Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Nogori Yang Sodap


Rendang Ayam Nogori Yang Sodap


Setiap hari minggu, saya melihat ada beberapa gerai yang terletak berhadapan simpang ke rumah Kak Kamariah dipenuhi ramai orang yang bersarapan. Selepas habis mengaji, gerai gerai tersebut telah mula ditutup. Entah kenapa satu hari, tergerak hati saya untuk mengajak hubby singgah di gerai tersebut selepas dah jemu bersarapan di tempat sama sahaja setiap hari minggu. Saya begitu seronok apabila mendapati salah satu dari gerai di situ adalah gerai yang menjual makanan Kelantan seperti nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu. Yang lagi seronok sebab ada dijual sekali Solok Lada yang menggunakan lada Solok Kelantan yang memang susah ditemui di KL ni. 



Rendang Ayam Nogori Yang Sodap

Selepas teringatkan kesedapan nasi kerabu di situ, minggu berikutnya saya mengajak Roslina bersarapan di situ. Tapi macam langkah kiri pulak sebab gerai Kelantan itu ditutup. Mereka tak berniaga pada hari itu. Jadi saya memilih Nasi Lemak di gerai yang menjual masakan Nogori yang juga masakan kegemaran saya. Sedap sungguh rendangnya menyebabkan saya ringan mulut bertanya cara menyediakan rendang dari anak lelaki tuanpunya gerai yang ketika itu sedang sibuk melayan pelanggan. Kemudian, barulah saya tahu nama tuanpunya gerai itu ialah Kak Rokiah dan beliau telah sudi berkongsikan cara penyediaan rendang Negeri Sembilan turun temurun keluarga dan juga Sambal Sardin. Apa yang saya perhatikan rendang ini, tidak menggunakan asam. Ianya hanya menggunakan garam dan gula sebagai perasa. Tapi kata Kak Rokiah, tak jadi masalah kalau nak memasukkan asam keping pun. Rendang saya tak berwarna kuning cantik. Kata kak Rokiah, kena tambahlah serbuk kunyit kalau belum berwarna kuning... Aduuuh belum habis berguru ni.

Kak Rokiah juga memberitahu yang ayam elok digoreng seketika jer supaya ianya tidak hancur dan lebih cantik. Saya pulak dah terlupa dengan tips ini, terus jer masukkan ayam ke dalam bahan yang ditumis. Haddooii. Apa yang menarik, mengikut Kak Rokiah dia dulu tak pandai memasak sehinggalah satu hari beliau membawa nasi lemak yang dimasak sendiri untuk jamuan di pejabat. Ramai yang memuji dan sejak itu, setiap hari beliau membawa berbungkus bungkus nasi lemak yang dipesan oleh rakan rakan pejabat. Selepas bersara, beliau memohon lesen untuk berniaga di tepi jalan bersebelahan perumahan Kastam Kelana Jaya.

Jom kita tengok resepi yang saya salin berdasarkan apa yang diajar oleh Kak Rokiah kalau ada antara pembaca yang ingin mencubanya untuk hidangan keluarga masing masing atau untuk berjualan.....


Rendang Ayam Nogori Yang Sodap

Rendang Ayam Nogori
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong & goreng seketika
2 pek santan pekat - dari 2 biji kelapa
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit 
Garam
Gula
Beberapa helai daun limau purut

Bahan  kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
Sedikit lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam seketika. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam kecut.







Masukkan santan pekat dan biarkan sehingga pecah minyak. 

Masukkan kerisik, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Bolehlah ditutup api mengikut kepekatan yang disukai. Jika mahu rendang yang kering, panaskan lama lama dengan api perlahan sehingga kering.


Rendang Ayam Nogori Yang Sodap




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Rendang Ayam Nogori Yang Sodap"

  1. fuhh sedapnyerrr....
    peberet jgk nih....

    BalasPadam
  2. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  3. Tq resepi... dh try sedap sgt 👍👍

    BalasPadam
  4. Mmg marveles...dah byk kali buat..cuma sy tambah daun kunyit je...dan guna kunyit hidup...

    BalasPadam