Puding Karamel Kegemaran
Sebelum kita melihat resepi, saya nak kongsikan sedikit berkenaan perbezaan pandangan dalam bab berkaitan fiqh. Kata Ustaz Zulkifli Ahmad, kita kena lihat dari sudut big picture sebelum mengatakan sesuatu itu haram atau harus dalam bab berkaitan fiqh.
Bila dalam keadaan ada 2 pilihan, Nabi Muhamad SAW akan memilih yang lebih mudah. Memilih untuk mengharamkan sesuatu tidak bermakna membawa ianya lebih dekat pada agama. Contohnya dalam kes Shila Amzah yang memenangi pertandingan nyanyian di China. Beliau mampu berdakwah secara tidak langsung dg membawa imej wanita Islam dan mengucap syukur pada Allah atas kemenangan beliau di hadapan penonton China.
Jadi kesimpulannya harus bagi seorang wanita menyanyi jika ianya mampu menengahkan kedudukan Islam. Soal Ustaz lagi, adakah mana mana ustaz mampu berdiri di kalangan orang China untuk berdakwah? Sedang Shila berpeluang melakukannya.
Jadi kesimpulannya harus bagi seorang wanita menyanyi jika ianya mampu menengahkan kedudukan Islam. Soal Ustaz lagi, adakah mana mana ustaz mampu berdiri di kalangan orang China untuk berdakwah? Sedang Shila berpeluang melakukannya.
Jadi jangan melihat Islam dalam konteks yang sempit, bila berlaku perselisihan pandangan. Sama juga dalam bab merokok atau bab bermain gendang di dalam masjid dll. Kalau kita mengatakan haram merokok pada budak budak yang baru hendak merokok, lebih sesuai berbanding dengan mereka yang telah berpuluh tahun merokok. Mereka mungkin terdiri dari imam, bilal atau Jawatankuasa masjid.
Begitu juga dengan kes gendang dan berhibur yang biasanya di kalangan anak muda. Jika larangan dibuat, akan menyebabkan golongan ini menjauhi masjid. Sekadar perkongsian dari apa yang dipelajari dari kuliah Zohor Ustaz Zulkifli.
Serius sangat sedap Puding Karamel yang Juita sediakan untuk Minggu Keusahawanan Sekolah. Sebaik tiba di rumah, Nelly mengambil 1 bekas dan memberi komen yang karamel ini sangat sedap dan berkrim.
Serius sangat sedap Puding Karamel yang Juita sediakan untuk Minggu Keusahawanan Sekolah. Sebaik tiba di rumah, Nelly mengambil 1 bekas dan memberi komen yang karamel ini sangat sedap dan berkrim.
Mendengar komen Nelly, saya pun mengambil sebekas dan makan bersama sama. Memang betul, sangat sedap dan berkrim Karamel ini. Apalagi dengan gula hangus yang terasa sedikit pahit sangat sedap bila digandingkan dengan karamel yang manis dan lemak berkrim. Tak habis habis kami memuji keenakan karamel ini dihadapan Juita.
Resepi ini saya pelajari dari Puan Maziah yang merupakan resepi koleksi arwah Bondanya yang telah bertahun tahun digunakan. Kalau ada sesiapa yang ingin mencubanya, bolehlah lihat resepi di bawah. Memang sangat berbaloi menyediakannya sendiri...
Resepi ini saya pelajari dari Puan Maziah yang merupakan resepi koleksi arwah Bondanya yang telah bertahun tahun digunakan. Kalau ada sesiapa yang ingin mencubanya, bolehlah lihat resepi di bawah. Memang sangat berbaloi menyediakannya sendiri...
Puding Karamel - Resepi II
Oleh: Azie Kitchen
Untuk: 20 bekas
Bahan bahan:
1 tin susu pekat manis (guna ¾ tin, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla
Gula Hangus:
Gula Hangus:
1 ½ cawan gula pasir
3 cawan air
Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil, jika tidak mahu terus digunakan.
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil, jika tidak mahu terus digunakan.
Telur dibuang mata dan dipukul perlahan supaya adunan tidak berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Kacau adunan terlebih dahulu sebelum setiap kali dituangkan dalam bekas kecil.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.
Nota:
Saya akan buka penutup pengukus dan terus mengukus tanpa penutup untuk selama beberapa minit bagi mengeringkan air di permukaan.
sedappnyeeee
BalasPadamDah try guna resepi ni. Erm memang sedap dan senang nak serve. Tqvm for sharing
BalasPadamAssalam
BalasPadamSedapnya, sejuk tekak
Tqqq k azie
sedapnya .. terliur rasanye..
BalasPadamSalam sis,
BalasPadamTried few reciepies from your blog. Alhamdullilah, perfectly semuanya. Thank you and may Allah bless you. Keep it up sharing with us kakak. Moga murah rezeki dunia akhirat.
Rina
Tk kerna berkongsi,
BalasPadamSaya dah try resipi ni Azie. Sedap. Tak sabar tunggu entri seterusnya. Di antara resipi yang sentiasa saya buat ialah blueberry muffin, akok, Ikan tiga rasa. Thank you Azie.
BalasPadamkak azie ...saya nak try!!...
BalasPadamBlm try dah rasa happy & hati berbunga2 ceria ni...hehehhehhe.
tq for sharing this reciepi
saya suka..blh buat ni
BalasPadamsedapnya...lama tak buat
BalasPadammf tya buang mta tu apa...buang kuning telur ka..tqq
BalasPadamBuang yg macam ketulan putih dlm telur putih
PadamSalam..kak Azie ..saya dh buat tadi..sedapp alhamdulillah
BalasPadamMenjadi...-ain-
Sis nak tanya kenapa bila.Sya campurkan sebatian telur dgn gula hangus dlm bekas kecil Die bergaul n Bile kukus Die x jadi dua lapis. Tq
BalasPadamAir gula perlu disejukkan dahulu.
PadamOo.. Saya biase buat sis puye resepi. Cume kali ni tersalah step. Tq di atas share resepi selama ini..Tq sekali lg.
PadamSejuk kan air gula sj kan?bkn bekukan?
PadamKlu guna rasepi ni tapi bakar dlm oven guna kaedah water bath boleh x sis?
BalasPadamSepatutnya boleh. Kaedahnya sama iaitu kukus. Tapi saya belum pernah cuba.
PadamBuang mata tu maksudnya guna putih telur je kan pn Azie??
BalasPadamGuna telur kuning dan telur putih sekali. Jangan lah pulak dibuang telur kuning, dik weh. Yang dikatakan mata tu, yg berketul dalam telur putih tu.
Padamsy bru cuba.. igt buang tlur kuning. xtaa tu ap jd... hahahhaha... x bc abis dulu.
BalasPadamMmg suka guna resepi dalam blog azie ni.mmg sedap.tq ya...
BalasPadamHaa.. Tgh try buat ni! X baca komen lak.. Air gula x tgu sejuk da tindis ngn lapisan atas tu.. Alamaakk.. X taw la pr jd... Huhuhuu.. Xpe la.. Jnji de rasa puding kot.. Hihii.. Mekacih resepi ni.. Nex time try lg.. Ni pcubaan.. Ni resepi pling mudah, ringkas n cpat! Huhuuu
BalasPadamResepi akak ni semua Best...terpercaya
BalasPadamSaya dah try byk kali azie...memang sedap tuk musim panas cam nih...tqvmuch for sharing...x menghapakan....
BalasPadamalhamdullilah puan azie... menjadi.. sye ikut sebutir2 rsepi puan azie... ptut la blog puan azie slalu dipuji puji kerana resepi yg mudah, ringkas dan sedap... ~miss panda~
BalasPadamAlhamdulillah. Segala puji pujian buat Allah. Tahniah kerana berjaya menyediakannya. Luv u
PadamHalalkan ambik resepi.....smoga murah rezeki...
BalasPadamAzie...kalau xde bekas kecil2 & nak letak dlm satu bekas besar, kemudian kukus menjadi tak?
BalasPadamSalam,
Rohani
Saya tak pernah cusb untuk resepi ini kerana caramel nya lebih lembut. Tapi resepi puding karamel saya yang satu lagi, mmg selalu dikukus dslsm bekas besar. Cuba search ya. Puding karamel Azie Kitchen
PadamSis..saya selalu buat x jadi gula hangus tu. Ada ape2 tips tak
BalasPadam