Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Kerabu Kelantan Dan Ayam Percik Dr Nana





Waah malam tadi dah terasa seronok sangat bila Nana memberitahu yang dia ingin memasak Nasi Kerabu. Dia ke Giant dengan adik adiknya mencari bahan bahan diperlukan. Sekali sekala teringin nak makan homecooked yang dimasak orang lain. Lebih lebih lauk atau kuih muih Kelantan, negeri kelahiran saya. Bila kita sendiri yang memasak, ada masanya, dah tak berselera nak makan terutama bila badan dah penat. 






Bila masuk ke dapur pagi, tengok Nana sedang menyediakan bahan bahannya seorang diri. Bukan sahaja ada Nasi Kerabu tetapi juga disediakan Ayam Percik. Saya tak dapat membantu kerana mempunyai appointment di Tropicana Medical Centre untuk melakukan pemeriksaan mamogram. Maklum kita orang perempuan ni, kena sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.

Saya memang bangga dengan Nana kerana serba boleh. Kadang kadang adik adiknya ada mengusik kononnya Nana puteri kebanggaan saya. Saya menanyakan resepi mana yang diguna. Katanya resepi yang dipelajari dari sepupu saya juga. Resepi ini telah selalu digunakan sewaktu beliau masih belajar di Egypt. Haaa saya rela tak bersarapan sebab mahu terus brunch dengan nasi kerabu sekembali dari hospital. Alhamdulillah dengan rezeki untuk menikmati makanan kegemaran hari ini. Oleh kerana Nana bekerja malam, dia membawa sedikit bekalan ke hospital.

Jom kita tengok resepi yang Nana gunakan untuk Nasi Kerabu. Klik di SINI untuk nasi kerabu biru atau SINI untuk entri Nasi Kerabu kuning saya sebelum ini. Untuk resepi Ayam Percik di SINI. Jom layan...



Nasi Kerabu Kelantan Versi Nana

Nasi Kerabu
Nasi dimasak seperti biasa. Jika suka boleh diletakkan pewarna biru atau kuning, jika tidak ada bunga Telang. Masukkan serai atau daun pandan, jika suka.




Sambal Kelapa
Kelapa parut
5-6 ekor ikan kembung rebus
4 batang serai
4-5 ulas bawang merah
Garam
Gula

Cara cara:
Goreng kelapa parut tanpa minyak dengan api perlahan sehingga kekuningan. Angkat dan tumbuk sedikit.

Tumbuk bahan bahan lain dan masukkan isi ikan. Tumbuk lagi. Satukan dengan kelapa goreng tadi.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Nota: Nana punya sambal kelapa jenis kasar. Saya suka sambal yang lebih halus yang juga sedap dimakan dengan nasi impit




Kuah Tumis
Bahan bahan:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
8 tangkai cili kering
1 keping asam keping
Garam
Gula
1 batang serai - ketuk
Santan pekat

Cara cara:
Kisar bawang bawang, halia dan cili kering. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan serai. 

Masukkan santan, asam, garam dan gula. Masak sehingga pecah minyak. Bolehlah tutup api.

Nota:
Kalau suka boleh masukkan 1/2 kiub ikan bilis.


Sambal Cili
Bahan bahan:
Cili merah kecil
Cili merah besar
Garam
Gula 
Cuka

Kisar kesemua bahan dan sesuaikan rasa.




Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus kesemuanya dan gaul rata.




Bahan lain
Telur masin
Keropok
Ayam Percik





Selamat mencuba...




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Nasi Kerabu Kelantan Dan Ayam Percik Dr Nana"

  1. nasi kerabu mmg tak pernah tolak ni Azie walaupun dah kenyang hehe best nya anak Azie dah boleh di harap utk masak nasi kerabu

    BalasPadam
  2. Wow, Azie! Your daughter is very talented. I guess she takes after her mum. I am really craving for Nasi Kerabu and all the accompaniments right now!

    BalasPadam
  3. Wah! beruntung Azie ada tukang masak... sedapnyaaa nasi kerabu...

    BalasPadam
  4. Saya memang suka makan nasi kerabu..saya dah beberapa kali buat resepi ini...semua ahli family suka..thank you kak azis atas resepi yang nyummy ini....

    BalasPadam