Kuih Lompang Gula Merah
Setiap hari Sabtu dan Ahad adalah hari saya melayan selera keluarga. Ada juga sekali sekala saya bercuti dari memasak. Tetapi masalahnya, tidak tahu apa yang hendak dimakan pula. Sebagai wanita berkerjaya, saya memang tidak banyak menghabiskan masa di dapur. Lebih lebih lagi semasa anak masih kecil, semuanya disediakan oleh Pembantu Rumah. Tapi segalanya bagai dirancang sempurna, setelah berpindah dan tiada Pembantu Rumah, saya banyak memasak sambil ber blogging. Sekurang kurangnya anak anak boleh mengingati keenakan masakan yang saya sediakan untuk mereka apabila mereka dewasa kelak. Better late than never. Betul tak?
Setelah sepagi saya menyediakan lauk pauk untuk hidangan, diikuti pula dengan Rendang Ayam Nogori untuk hidangan malam, saya ke dapur untuk menyediakan Kuih Lompang. Semuanya gara gara teringatkan kuih lompang sedap yang dihidangkan semasa tea break di pejabat sehari sebelumnya. Memang lembut dan secukup rasa kemanisan Kuih Lompang Pandan itu. Jadi saya pun, mencari resepi resepi lain yang mungkin boleh menghasilkan Kuih lompang sesedap itu. Lagi pulak, saya tak ada membuat apa apa, hanya mengikuti perkembangan dan laporan terkini Kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing pada pukul 2.40 pagi setelah berlepas dalam kira kira 2 jam. Apa pun kesudahannya, semoga mereka semua sentiasa ingatkan Allah di saat kritikal tersebut. Sehingga pukul 6.30 petang tadi, masih belum ada apa apa penemuan pesawat tersebut.
Secara jujur saya seorang yang sangat takut setiap kali menaiki kapal terbang. Saya akan melangkah kaki kanan dan membaca ayat 3 Qul. Begitu juga ketika kapal terbang melakukan take off. Masih teringat betapa cemasnya semasa dalam penerbangan ke San Francisco dulu, di mana selepas berlepas dari Taiwan, kapal terbang mula terasa tidak stabil seolah menjunam turun. Saya tidak putus putus beristighfar dan mengucap kalimah syahadah di saat cemas itu. Saya sangat salute dengan krew kabin yang kelihatan tenang walaupun di dalam keadaan cemas seperti itu. Bayangkan macam mana kalau mereka menjerit dan kelihatan cemas, pasti penumpang akan lagi panik.
OK sekarang kita tengok resepi kuih lompang Chef Hanieliza yang sedap dan lembut ini. Tetapi tak tahu lah apa puncanya, kerana bahagian tengah masih berair. Mungkinkah kalau air yang jatuh dari tutup pengukus.
Secara jujur saya seorang yang sangat takut setiap kali menaiki kapal terbang. Saya akan melangkah kaki kanan dan membaca ayat 3 Qul. Begitu juga ketika kapal terbang melakukan take off. Masih teringat betapa cemasnya semasa dalam penerbangan ke San Francisco dulu, di mana selepas berlepas dari Taiwan, kapal terbang mula terasa tidak stabil seolah menjunam turun. Saya tidak putus putus beristighfar dan mengucap kalimah syahadah di saat cemas itu. Saya sangat salute dengan krew kabin yang kelihatan tenang walaupun di dalam keadaan cemas seperti itu. Bayangkan macam mana kalau mereka menjerit dan kelihatan cemas, pasti penumpang akan lagi panik.
OK sekarang kita tengok resepi kuih lompang Chef Hanieliza yang sedap dan lembut ini. Tetapi tak tahu lah apa puncanya, kerana bahagian tengah masih berair. Mungkinkah kalau air yang jatuh dari tutup pengukus.
Kuih Lompang Gula Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam
Bahan B:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air
Cara cara:
Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yang telah suam ke dalam tepung sambil dikacau rata. Tapis adunan ke dalam bekas.
Didihkan air dalam kukusan. Lumurkan sedikit minyak pada acuan lompang.
Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang sehingga penuh. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
kaknoor yg kat brunei ni pun sdg tengok tv awani utk mengikuti perkembangan terkini trajidi nahas tu Azie, memang sedih lah, btw lompang Azie memang nampak macam sedappp sngt, kalau cukup bahan boleh lah buat esuk hee
BalasPadamMemang sedih kak Noor. Our national airlines dan ramai pula rakyat kita di dalamnya termasuk dipandu oleh Pilot dan Co Pilot Melayu. Mudah mudahan roh mereka dicucuri rahmat.
Padamsedapnyerr kuih lompang..baru teringin nak buat esok..memang suka sangat kuih ni..
BalasPadamKalau takde air kapur, macam mana nak buat eyh? still menjadi tak agak2?
BalasPadamsetshaklee.com
saya pun nk tanya soalan yang sama. klu kat luar negara susahlah mana nk dapat air kapur. apa ganti air kapur utk buat lompang? fungsi utk kentalkan? klu xletak apa jadi?
PadamAir kapur ada d kedai India atau kedai filipin
Padamklu x salah,pernah terbaca dlm other blog..blh ganti air alkaline if xde air kapur..
PadamIsteriku teringin pulak..
BalasPadamAzie, kenapa lompang saya berair di tengah? Terlebih air ke?
BalasPadamYer la...saya rasa air tu bukan 4 cwn la...mungkin 3 cwn kut.sbb laompang saya juga berair ditgh..macam juga acumok punyer masaalah..
PadamSEDAP NYER....AIR KAPUR LEH GANTI NGAN LAIN TAK??SAJE TANYA PENDAPAT
BalasPadamOkje Tgh mencari resepi ni AK....hihi
BalasPadamAlhamdulillah saya buat jadi...kurangkan sukatan air jadi 3 setengah cawan air�� Terima kasih kongsi resepi..
BalasPadamAssalam akk kenapa resepi tak dapat tgk..dpt tgk gambar jer..
BalasPadamWslm. Guna lap top atau hp. Saya check ada jer resepi nya
PadamFor your info kapur bolih dibeli di hypermarket, kedai India dan pasar basah yg org India peniaganye. Kita org Melayu elok simpan kapur ni dirumah utk buat kuih umpamanye, kuih lopes, lompang, buah melaka,kaswi.Saya juga guna air kapur utk cuci bekas2 yg kuning dek kunyit.Rendam air kapur dibekas itu lepas tu cuci dg sabun.Sorry Cik Azie I terlajak enterframe disini tp I just want to share, thank you.
BalasPadamTerima kasih. Baru dgr ni air kapur mmbantu utk mncuci bekas2 yang kuning dek kunyit.
PadamAlhamdullilah saya dah buat kuih ni dan menjadi happy sungguh.Rasanya sukatan air tu tertakluk pada jenis tepung kot, sb saya guna tpg beras cap teratai dan gula merah yg bederai cmpr dg gula pasir.Bancuhan saya agak cair jugelah.Terima kasih cik Azie.Semoga anda dan keluarga hidup bahagia dan dicucuri rahmat ..amin
BalasPadamMcm mne nak jadikan kuih tu ada lompong di tgh sbb saya punya tak jadi byk kali dh try
BalasPadam