Kuih Bom Asli Berinti Kacang Hijau
Ini adalah kali pertama saya membuat Kuih Bom versi original kerana kuih bom saya di SINI sebelum ini, adalah versi moden yang menggunakan sedikit ubi keledek menjadikan kuih bom tidak sekenyal kuih Bom versi original. Sejak balik dari kediaman eksklusif sahabat saya Tuan Kamal dan Ita di Ozana Resort Club di Ayer Keroh, saya asyik teringatkan Kuih Bom yang dihidangkan untuk minum petang kami. Sedap sangat walaupun ianya dah sejuk. Masih kenyal kenyap manja.
Semasa menghadiri majlis perkahwinan Azmeer di Melaka, saya memasang angan angan untuk mencari kuih Bom itu tapi diberitahu yang ianya biasa dijual di sebelah pagi sahaja. Alahaai hampa lagi. Jadi apa pilihan yang ada? Hmm buat sendiri lah nampaknya. Ingat mahu membuatnya semalam supaya boleh dibekalkan kepada rombongan ETHICA dalam perjalanan ke Pekan.
Tetapi saya dah tersangat kepenatan selepas berkebun di sebelah petangnya. Dah lama tak memegang cangkul, memang sakit habis lengan dan melecet pulak jejari. Siapa kata saya tak biasa membuat kerja kerja begini? Walaupun mampu, saya tetap seronok melakukannya sendiri bila mempunyai kelapangan masa.
Kali saya menyalin resepi dari blog Norzie Hany tapi saya telah mengolahkan sedikit bahasanya untuk mudah diikuti di masa masa depan. Saya juga telah mencari tips tips dari blog lain seperti Jurnal Resepi Bdaria di SINI. Untuk resepi di bawah, saya membuat 2 adunan doh. Itun masih berlebihan lagi intinya.
Jadi saya simpan di dalam freezer untuk digunakan bagi inti kuih lain pula. Untuk 2 adunan, saya dapat dalam 16 biji Kuih Bom yang bersaiz agak lumayan juga besarnya. Hahaha saiznya pelbagai sebab lupa nak bulat bulatkan adunan doh supaya sama besar saiznya.
Tapi bak kata Yatie Memories, kita yang membuatnya jadi tak ada masalah lah asalkan ianya sedap dan disukai. Alhamdulillah kerana kuih Bom saya hari ini tak meletup walaupun macam terdapat rekahan di kulit.
Jom kita tengok resepi dulu....
Kuih Bom Inti Kacang Hijau
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
¾ -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut
Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.
Inti Kacang Hijau:
250 gm kacang hijau - rendam
½ cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
1 cawan gula pasir
½ cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum
Cara membuat Inti:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.
Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.
Nota:
Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih gulung, koci dsb.
Cara membuat kuih bom:
Cara membuat kuih bom:
Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.
Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.
Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.
Nota Dari Jurnal Resepi Bdaria:
Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.
Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.
Salam...Sedapnya kuih Bom..mkn panas2 dgn air kopi tak sedar berbiji2 masuk dalam mulut :D
BalasPadamsedapnya...blh cuba buat ni
BalasPadambaru jek makan kuih ni ptg semalam. hb beli utk minum petang semalam dgn kuih keria sekali di Limbongan Melaka
BalasPadamAssalamualaikum kak azie..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.. Saya baru je buat petang tadi.. Nnti view blog saya yer..
http://bisikancintamu.blogspot.com/2014/05/resepi-kuih-bom-inti-kacang-hijau-sedap.html
Salam,
BalasPadamKuih feveret saya..baru lepas makan (beli jer)..nanti leh cuba buat..tq
http://ninyfariza82.blogspot.com
Salam,
BalasPadamkak azie, saya nak tanya..
kalau doh tepung tu di gunakan sepenuhnya tepung pulut tanpa campur tepung gandum, apa akan jadi. Atau dalam kata lain, apa fungsi tepung gandum tu dalam doh?
akak azie... can I call u akak? Akak, kite suke sgt2 resepi akak...penat kite cari resepi yang tak guna keledek, akhirnya jumpe jugak...terima kasih sangat2222... love u akak!
BalasPadamTerima kasih banyak2..saya selalu melawati blog ini sekiranya ingin mencuba apa2 resepi..
BalasPadamSalam,ini memang favoret sy klu kat kg,inti dalam tu sebijik sama...jas nak syer masa keja kat singapura dulu memang kerja saya hari hari goreng mengoreng termasuklah goreng kuih onde ni.. tapi disana dia letak kacang dal sedap sangat...ada auti tu cakap pakai kacang dal ni sebenarnya dari kacang hijau besar yg dibuang kulit..lain kali boleh try kot.....nak syer pengalaman cara mengoreng...mula,mula panaskan minyak,,,lepas dia panas tuTUP API.sekejap..agak2 x terlalu panas...masukan onde onde...biar dia terendam boleh nampak dia panas..tu untuk masakan inti dia...pas seketika dia akan timbul then buka api perlahan,,bila kat luar nampak garing,maksudnya kudua2 sudah masak..jgn terkena beli kat luar garing tapi kat dalam masih tepung...jas 2 syer
BalasPadamTerima kasih atas poerkongsian. Insya Allah akan cuba
Padamassalamuaikum..
BalasPadamkak azie sy suke kuih onde2 ni..nsb baik akk ade rsepinye..sy suke tgk resepi dr blog akk..klu nk cari resepi ape2 kuih mst cr dr akk dulu..cntk kuih onde2 akk tu..sblm dgrg kuihnye kne dbiarkn dulukn soalannye klu dsimpan dlm peti ais bole tak...
Kak Azie. Nak tanya...kalau nak di sejuk bekukan kuih bom ni..kena goreng sekejap dulu ke.
BalasPadam.
Saya dah cuba resepi kak Azie ni..memang sedap kak.. Lembut je makan. Tapi ada yang campur kentang lenyek tu kenapa ye..
Klau guna tepung pulut kan akan kenyal sikit. Tapi saya suka rasa tepung bom asli. Yang kenyal sikit. Bubuh tepung keledek supaya lembut dan kurang kenyal
PadamOuhh..terima kasih kak Azie atas perkongsian.
PadamTadi da try buat..dan berjaya!! Xikut kuantiti sgt, dpt buat 13 biji, goreng sekejap dan simpan buat frozen
BalasPadamekin dah cuba buat kuih ni.. alhamdulilah jadi.. dapat dalam 23 bijji hahhahah...mok n suami puji jadi dah buat.. tapi ekin terlebih goreng dia meletup hahahhaha
BalasPadamSy dh cuba resepi ni smlm..pg td goreng bekalkn suami ke ofiz n sy bawa ke ofiz bg kwn2 rs..alhamdulillah..semua suka..
BalasPadamHappy!
Salam kak azie..terima kasih atas perkongsian resepi kuih ni..nak tanya..kalau nak buat kuih ni frozen macam mana ya?..kena goreng sekejap ke pastu simpan atau tak payah goreng terus simpan dlm freezer?
BalasPadamBaru nak try buat..hehe
Salam... Kak.. Kalau frozen.. Cam mana ya.. Nk goreng ke x payah
BalasPadam