Ikan Selar Goreng Berlado Yang Sungguh Sedap
Bila sudah buntu memikirkan apa nak dimakan, dapat makan masakan simple seperti ini memang ngam sekali. Lebih lebih lagi dimakan dengan Gulai Kambing yang dikirim Kak Nah, kakak sulung saya dari kampung. Ikan selar memang sedap jika digoreng garing garing. Sedap dimakan begitu jer, maksud saya selepas digoreng dengan garam kunyit.
Sebelum itu, saya nak mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Said di atas pemergian Ustaz Said ke rahmatullah pada pagi ini. Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh. 2 tahun mengikuti kuliah Maghrib dan Subuh beliau di bulan Ramadhan di Surau Ad Dhuha, sangat banyak ilmu yang saya pelajari. Antaranya yang selalu ditekankan ialah menghadiri majlis ilmu yang sangat besar ganjarannya. Diberikan contoh, mengikuti 1 jam kuliah memberi 1000 rakaat pahala berbanding dengan 20 rakaat solat Terawih yang memakan masa 3 jam. Bukan bermakna kita tak boleh melakukan solat terawih tetapi perbanyakkan juga amalan mudah tetapi memberikan ganjaran yang besar. Akan sentiasa saya ingatkan pesanan ini.
Sebelum kita tengok resepi, saya nak kongsikan sedikit pesanan Ustaz Ibrahim supaya memperbanyakkan amalan soleh yang memberi pahala berterusan selepas mati. Sejak itu, saya mula mencari hadis hadis berkenaan perkara ini. Saya mahu segera mengamalkannya. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya apa yang mengikuti orang mukmin daripada amalannya dan kebaikannya selepas wafatnya. Ilmu yang disebarkan, dan anak soleh yang ditinggalkan, atau kitab yang diwariskan, atau masjid yang dibangunkan, atau rumah tumpangan untuk ibnu sabil dibangunkan, atau sungai yang dialirkan atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya sewaktu hidupnya, maka akan berterusan pahalanya selepas wafatnya".
Ia menunjukkan amalan jariah adalah amat luas pengertiannya daripada kita sempitkan dengan hanya perkara perkara yang bersangkutan dengan ibadah sahaja. Jika seseorang itu berkebun sehingga ditakdirkan meninggal dunia dan tanamannya berterusan dijaga oleh orang lain, maka pahala orang yang meninggal akan tetap berjalan selagi tanamannya masih ada. Bahkan jika ada binatang seperti ulat, burung dan sebagainya yang memakan tanamannya, dianya tetap mendapat pahala sedekah juga. Subhanallah. Selain itu, didikan dan tunjuk ajar yang baik juga akan mendapat pahala berterusan. Jom sama sama kita tingkatkan amalan sebagai bekalan supaya kita terus mendapat manafaatnya walaupun kita tiada lagi di dunia ini.
Jom kita tengok resepi mudah tetapi sangat sedap ala ala meletop ni....

Ikan Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 - 5 ekor ikan selar - kelar & lumur garam kunyit
2 biji bawang besar Holland - hiris
20 tangkai cili kering - 3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah
3 bawang putih - opsyenal
1/2 helai daun kunyit
1 asam keping
Garam
Gula
Cara cara:
Panaskan minyak mengikut jumlah yang sesuai supaya sambal tidak kering. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan cili kering yang dikisar bersama bawang.
Tumis sehingga cili masak dan keluar minyak. Masukkan daun kunyit yang dicarik carik.
Tumis sehingga cili masak dan keluar minyak. Masukkan daun kunyit yang dicarik carik.
Salam Isnin Kak Azie,
BalasPadamMemang sedap masak sambal begitu. Selalunya saya tukarkan cili kering dengan cili padi untuk lebih umpph..hehehe
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamsalam kenal k.azie
BalasPadamAssalam Kak Azie... aduhh... laparnya saya tengok ikan selar ni...terus menyanyi perut saya.. selamat berkenalan, kalau sudi selekelah singgoh rumoh ambo. tq
BalasPadamsy pun suka mcm ni simple & sedap....sy setuju tu.
BalasPadambelado2 mmg saye suke..cik abg je xbrape suke..xpe janji saye suke suke suke...;))
BalasPadamsdapnye..thanks kak azie share resipi ni, nak cuba lah bt :) simple dan jimat masa..
BalasPadammy favourite menu ever... sy try letak daun kunyit tu mmg tambah sedap... thanks kak azie.. ;)
BalasPadamDh try ptg smlm.. Mmg sedap, tp sy buat kering skit.. Mmg ummm.. Tq akak..
BalasPadamMmg sdp lh menu y kak share,dh byk sy try..vry dlcs..
BalasPadamTengah mencari resepi pelbagai jenis masakan utk ikan. Huhu.
BalasPadamSedapnya.......
BalasPadamAssalamualaikum azie...
BalasPadamSaya suka mengikuti blog ni...banyak dah resepi yang saya dah cuba...
Dan hari ni...nak try ni pulak....
Makasih sebab dgn ade blog ni saya dpt belajar memasak...
Ptg ni mao try:)
BalasPadamx payah guna air asam jawa ye..
BalasPadamKan dah guna asam keping. Kalau nak guna asam jawa, jangan guna asam keping
Padampagi pagi mcm ni dh terliur dah, balik karang nk cuba buat lah. tq for sharing
BalasPadamKalau saya search resepi di google selalu akan keluar resepi blog k.zie ^_^ Alhamdulillah mudah sy nak dpt idea menu memasak...Jazakallah..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi....saya selalu guna resepi dlm blog ni.....sedap....
BalasPadam