Gulai Ayam Daun Limau Purut
Ini adalah entri tertunda di mana hari itu saya memang buntu, tak tahu apa yang hendak dimasak untuk hidangan tengahari. Saya pun mula menanya Pak Cik Google apa menu yang boleh diguna. Dalam tercari cari, saya terpandang satu gambar yang membuatkan saya terus menelan air liur, aduhaaai sedaaap nyeer. Cepat cepat menghantar whatsApp kat hubby di pejabat meminta dibelikan bahan bahan yang diperlukan. Saya memasak sambil mendengar sidang media khas Mencari MH370 yang dibuat oleh Perdana Menteri. Sedih bila mendengar hasil siasatan awal yang menunjukkan kapalterbang telah membuat air turn back dan transponder telah dimatikan apabila menghampiri sempadan Vietnam. Komunikasi terakhir antara satelit ialah pada 8.11 pagi pada 8 Mac 2014. Deliberate action by someone on the plane, itulah kesimpulan awal sehingga setakat ini. Sedih sungguh sedih sekiranya ianya adalah perbuatan yang melibatkan konspirasi kerana ia melibatkan penganiayaan pada ramai penumpang dan keluarga.
Saya memang suka gulai yang dimasak dengan daun limau purut. Memang sangat sedap kerana saya memang menyukai apa apa masakan yang menggunakan daun limau purut seperti Mee Hoon Goreng Limau Purut, yang sangat saya sukai.
Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...
Gulai Ayam Daun Limau Purut
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 8
10 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam keping
2 cawan santan -1 santan kotak
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan putih dan manis
Garam
Gula
Cara cara:
Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.
Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk. Reneh ayam hingga ayam kecut.
Masukkan santan dan asam keping. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih. Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.
Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat.
Hi Azie! I have got to try this chicken curry. I love any curry that has daun limau purut in it. So fragrant! It is quite frustrating due to the water rationing and I can't cook when there is no water during the weekends. Let's hope it rains soon for this to be over.
BalasPadamIt is really sad that MH 370 has been confirmed lost with no survivors. May those that perish rest in peace and that their families and loved ones find strength to cope with this very painful and difficult time.
True dear. This is a very sad tragedy. Hope the families of the crews and passengers will be strong to face this sad episode.
Padam