Nasi Goreng Ikan Rebus
Sebelum kita tengok resepi, saya ingin berkongsikan petikan kuliah Zohor Ustaz Aliff Mahari dari Kitab Dosa Dosa Besar. Kali ini berkenaan bab dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa. Menyakiti atau membuat ibu bapa berkecil hati sudah dikira sebagai menderhaka. Dikongsikan berkenaan bagaimana anak anak yang membela ibubapa yang sudah tua dengan kata kata di dalam hati, ibubapa dah tua dan tidak lama akan mati sedangkan ibu bapa semasa menjaga anak anak tidak pernah terlintas untuk anak anak mati. Itulah bezanya.
Begitu besarnya dosa menderhaka kepada ibu bapa sehingga terdapat banyak Al Quran dan hadis hadis yang menyebut mengenai perkara ini. Di antaranya yang sempat saya salin ialah Surah Luqman ayat 14 yang antara lain menyebut “bersyukur kepada Ku dan kedua ibubapa mu”. Bersyukur kepada Allah ialah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggal apa yang ditegah. Syukur pada ibubapa ialah dengan mentaati ibubapa selagi tidak disuruh berbuat sesuatu yang dilarang Allah. Amalan tak diterima jika tidak berbuat baik pada ibubapa. Redha Allah bergantung pada redha kedua ibubapa. Murka Allah bergantung kepada murka ibubapa. Buat jahat adalah berdosa tapi jika berbuat jahat pada ibubapa berganda lagi dosanya, begitu juga sebaliknya jika berbuat baik pada ibubapa.
Jadi kalau kita masih mempunyai ibubapa, peliharalah mereka. Berikan sumbangan kepada ibubapa dari gaji yang diterima untuk mendapat barakah. Jika mereka sudah tiada, bersedekah dan berdoalah untuk mereka, Siapa yang patut kita berbuat baik? Sebanyak 3 kali Nabi mengulang ulang ibu sehingga kali yang keempat, barulah disebut bapa. Ibu bapa adalah ibarat perantaraan untuk kita ke syurga. Dinyatakan juga bahawa 3 doa yang tidak akan ditolak ialah:

1. Doa orang yang dizalimi walaupun doa orang kafir. Lebih malang jika orang yang menzalimi adalah orang Islam
2. Doa orang yang sedang bermusafir ke jalan yang bukan maksiat kerana perjalanan bermusafir adalah sebahagian dari azab seperti kepenatan dsb.
3. Doa ibu dan bapa. Oleh itu restu dan doa ibu bapa adalah perlu untuk keselematan kita di dunia dan akhirat.
OK cukup dulu untuk kali ini, sekarang kita balik semula kepada cerita masakan. Ikan rebus adalah antara lauk yang sentiasa saya gemari sejak dari kecil sehingga kini. Semasa di Ipoh baru baru ini, saya diperkenalkan dengan Nasi Goreng Ikan Rebus yang sedap. Sebenarnya nasi goreng ni biasa sahaja. Yang berbeza dan membuatkan ianya sedap pada tekak saya hanyalah ianya dihidangkan dengan ikan rebus yang digoreng bersama kacang panjang dan karot sahaja.

Setiba di rumah saya meminta hubby membeli ikan untuk dibuat ikan rebus. Kebetulan ikan kembung yang dibeli sangat segar menjadikan ikan rebus lebih sedap. Kebiasaannya saya akan menggoreng atau membuat gulai ikan rebus selepas ianya dibiarkan semalaman. Lauk gulai nasi berlauk di Kelantan memang menggunakan ikan rebus. Tetapi hari ini, memang saya dah tak boleh tunggu semalaman. Selepas direbus, angkat dan terus digoreng.
Kali ini saya merebus ikan dengan memasukkan sedikit air asam jawa dan sedikit cuka di samping beberapa keping asam keping dan garam.
Ikan rebus mesti menpunyai rasa masam dan masin, barulah sedap. Memang betul lah petua memasukkan air asam jawa dan cuka kerana ianya menjadikan ikan rebus lebih pejal dan sedap. Jadi ikannya tidak hancur semasa digoreng.
Selepas ikan digoreng garing, masukkan bawang besar dan cili merah hiris. Selain dari itu, boleh juga dimasukkan kacang panjang atau karot seperti nasi goreng Ikan Rebus yang saya makan di Ipoh tempohari. Ikan rebus goreng sedap juga dimakan bersama pulut kelapa dan juga nasi kerabu. Memang terbaeek lah.

sedap nyer..lagi sedap mkn panas2!
BalasPadamsedapnye..tmbh dengan keropok ke..lagi mabeless!! :)
BalasPadamSalam, kak.... pertama kali saya jumpa menu ni.. haruslah sy mencubanya nanti, terima kasih kak Azie
BalasPadamsy suka rebus ikan dulu kemudian dicelup tepung mkn dgn nasi kerabu....mmg sedap....
BalasPadam