Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Tepung Talam Beras Istimewa


Kuih Tepung Talam Beras Istimewa

Seperti biasa saya akan ke Kelana Jaya belajar Tajwid dengan Kak Kamariah. Sebelum pergi saya duduk di daybed melihat ikan ikan koi yang hubby pindahkan ke kolam besar malam sebelumnya. Dalam hati berkata kata, memang cantik sungguh warna warna ikan koi bila disimbahi cahaya matahari. Betapa indahnya makhluk makhluk ciptaan Allah yang tidak dijadikan sesuatu dengan sia sia. 

Manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini untuk taat dan beribadat kepada Allah. Apa apa pun hidayah adalah urusan Allah. Bak kata ustaz yang mengajar di surau pejabat tempat saya bekerja. Berapa ramai orang Islam yang bekerja di situ tetapi hanya beberapa kerat sahaja yang hadir di majlis ilmu yang diadakan setiap hari walaupun berada di majlis ilmu adalah seperti berada di Taman Syurga. Betapa nikmatnya berada di dalam majlis ilmu bagi mereka yang diberikan petunjuk dan hidayah. Syukur ke hadrat Mu, Ya Allah.



Kuih Tepung Talam Beras Istimewa


Resepi ini saya ambil dari resepi yang telah diolah oleh Puan Hazliza di myresepi sebanyak lebih kurang 10 kali sehingga memenuhi citarasa beliau. Sebenarnya dah lama saya tak membuat kuih muih selepas disahkan mengalami allergik dengan tepung gandum sejak bulan September tahun lepas. Maklumlah kebanyakan kuih diperbuat dari tepung gandum. Resepi yang saya gunakan ini pun ada menggunakan sedikit tepung gandum. Saya pernah juga membaca resepi kuih Talam Beras yang menggunakan semata mata tepung beras. Jadi saya rasa kalau mahu menggunakan 1 cawan tepung beras pun boleh. 

Memang sangat mudah dan cepat menyediakan kuih ini. Tak sampai setengah jam pun. Yang lama adalah kerana menunggu air gula disejukkan. Jadi lain kali mahu membuatnya, bolehlah buat air gula dulu dan diketepikan sementara kita melakukan kerja kerja lain. Seeloknya dibuat awal pagi jika untuk hidangan minum petang. Saya dah buat kesilapan sedikit, sepatutnya lapisan atas di tapis di dalam bekas dan kemudian dituang perlahan lahan ke atas lapisan bawah. Tapi saya tapis terus ke atas lapisan bawah. Jadi santannya berbuih menjadikan permukaan lapisan tidak licin dan cantik. Jom kita tengok resepi yang telah saya olahkan bahasa supaya lebih mudah untuk rujukan akan datang.




Kuih Tepung Talam Beras Istimewa

Kuih Tepung Talam Beras Istimewa
(Dalam 10 orang makan)

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras)
2 cawan air gula - seperti di bawah
Secalit kapur

Bahan Air Gula:
158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil
 3 sudu besar gula putih 
 2 cawan air 
1 helai daun pandan 

Bahan Lapisan Atas:
1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air
1/3 cawan tepung beras - (2 1/2 sudu besar).
1/2 sk garam


Cara cara:
Masak semua bahan untuk membuat air gula sehingga mendidih, angkat dan sejukkan. Sukat sebanyak 2 cawan air gula.

Satukan bahan lapisan bawah iaitu 1 cawan tepung, 2 cawan air gula di atas dan sedikit air kapur. Tapis ke dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak. Saya guna loyang 10" jadi kuih agak nipis. 

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Dikukus lapisan bawah selama 20 minit. Sekiranya ada air atas kukusan, hendaklah buka penutup pengukus dan kukus lagi selama beberapa minit atau dilap dengan tisu dapur. Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.

Satukan kesemua bahan lapisan atas sehingga sebati dan tapiskan. Kemudian tuang perlahan lahan ke atas bahan  bawah supaya tidak berbuih. Kukus selama 15 minit lagi.

Sama seperti tadi, lapkan lah dengan kitchen towel. Atau buka penutup pengukus dan kukus selama beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan.

Sejukkan kuih ini terlebih dahulu sehingga benar benar sejuk sebelum dipotong. Potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.



Kuih Tepung Talam Beras Istimewa


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

26 ulasan for "Kuih Tepung Talam Beras Istimewa"

  1. salam Azie, lama dah akak tak makan tepung talam ni, selalu nya time bulan puasa je kan, teringin lah pulak tengok memalam ni..

    BalasPadam
  2. wahh..sedap kuih talam ni k.azie..meme feveret saya..dh lama x mamam..nk wat sendiri xtau kurun bila akan rajin..hehe!

    BalasPadam
  3. Saya suka kuih talam... sedapnyaa

    BalasPadam
  4. Salam sis azie.. thanks 4 this recipe.. mmg terbaek laa..best n awesome..ouchh ! My hubby suka sgt2 kuih tpung talam nie..resepinya mmg terbaeek hgga x trkta.. :) :) thanks so much

    #zura#

    BalasPadam
  5. hai tak sangka ada yg sudi buat resepi kuih talam saya......tq......memang top ...semua yg buat kata senang n sedap......alhamdullillah.......blh add saya kat fb...hazliza hatta....wink wink

    BalasPadam
  6. Memang speacial edition la this resepi.....sdp sgt2...tq kepada owner resepi ni kerana sudi mengshare kan resepi beliau..semoga dimurahkan rezeki..aminn

    BalasPadam
  7. Akhirnya jumpa jugak resepi ni...tpi this resepi speacial edition...sdp sgt2...tq sekali lagi...

    BalasPadam
  8. Macam senang je nak buat ni AJ...harus cuba ni hehe

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..cubaan pertama hari ini..berkat info azie ni tadi..kite tukus lumus cuba buat...hahahahaha..tapi rasa dia kita tmbah kan gula pada lapisan bawah..dan masin kan lapisan atas. Atas permintaan trsayang, kite cuba buat juga.

    BalasPadam
  10. terima kasih sudi mengshare resepi tepung talam ni.suka sgt.husben pon suka mkn.harus cuba ni.thanks

    BalasPadam
  11. terima kasih k.azie sudi share resepi kuih talam...alhamdulillah first time buat jadi atas permintaan en.suami...

    BalasPadam
  12. DONE! Kuih Tepung Talam ni. Menjadi jgak pagi ni. TQ share resipi;)

    BalasPadam
  13. DONE! Dpt jgak buat tepung Talam pagi ni. 1st time buat ikut resipi ni, menjadi. TQ pada tuan punye resipi;)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah tadi teringin sangat nak makan kuih tepung talam,google dapat resepi yang hebat ni........ sambil2 tu jemput kunjungi blog saya di http://umiwarham.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Mohon pencerahan...time kukus bhgian Bawah tu kan...mcam cepat pulak lapisan Tu mengeras walhal baru 5min...jadi perlu x tunggu 20 min or dah bole tuang lapisan atas..t.kasih Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah masak, tak pyh lah tunggu. Mungkin api kuat, ia cepat masak

      Padam
  16. Assalammualaikum azie. Sy mohon share resepi talam tepung beras ni ya. Dh lama sy cari resepi ni. Setiap kali bulan puasa sy tak pernah miss beli kuih ni. Harap tahun ni boleh buat sendiri 😉

    BalasPadam
  17. thanks kak zie utk resepi ni.. ziha buat ptg ni xsngka rezeki kluarga utk mkn.. mjdi dn lmbut

    BalasPadam
  18. assalamualaikum...santan kotak tu..saiz kecil atau paling besar?dan air banyk mana?

    ~nor~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Jadikan sebanyak 1 1/2 cawan santan. Ikut lah nk guna kotak besar atau kotak kecil.

      Padam
  19. Salam akak klu tk letak kapur jadi ke tak nnti
    Naillah

    BalasPadam
  20. Tengah cuba...hihihi..tq k.zie...
    Saya slalu try resepi k.zie..
    Semua best2

    BalasPadam
  21. Assalam. Nak tanya, kalau tak letak kapur jadi tak ye?

    BalasPadam
  22. Assalam. Kalau tak letak kapur jadi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tapi tak jadi kenyal kenyal lah

      Padam