Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Sambal


Ayam Masak Sambal


Tergelak besar bila sahabat baik saya mengatakan, "Zie, you dah jadi macam selebriti. Kawan saya masa sekolah dulu pun ramai yang mengikuti blog you". Walaupun gelak tapi dalam hati, serius... sangat terharu kerana mempunyai ramai pengikut yang walaupun lebih suka hadir sebagai silent reader, namun kehadiran mereka yang sentiasa menyokong di kala suka dan duka adalah juga kurniaan Allah. 

Saya tidak merasa diri berseorangan walaupun hakikatnya saya sedang bersendirian. Saya pasti membaca setiap komen yang ditinggalkan tanpa mengira di mana saya berada. Masih teringat satu email yang saya terima tat kala saya berada di Mekah yang membuatkan saya merasa sangat sebak. 


Ayam Masak Sambal

Sekali lagi, saya ingin menulis yang saya hanyalah budak kampung biasa yang hanya diberikan nikmat oleh Allah. Saya hanyalah bernasib baik kerana dikurniakan nikmat yang sebenarnya lebih dari apa yang saya layak. Semuanya tidak akan menjadi kenyataan tanpa rahmat dan kasih sayang Allah yang sesungguhnya Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. 

Saya sangat bersimpati bila melihat kesusahan dan kepayahan terutama mereka yang bekerja di tengah panas di tepi tepi highway dsb. Teringat kepayahan ibubapa saya yang hanyalah seorang petani yang bekerja di bawah panas dan terik mentari. Kerana nikmat Allah, saya hidup bersenang lenang tanpa perlu merasai kepayahan yang mereka lalui. 

Inilah yang diingini oleh mereka sewaktu menasihati saya supaya belajar bersungguh sungguh. Dulu semasa mendaftar di dalam darjah satu, arwah bapa terpaksa menunggu sehingga lebih dari seminggu. Bila dah letih menunggu, dia membawa saya balik secara diam diam. Hahaha lucu mengenangkan saat itu...

Kita tinggalkan topik masa lalu dan beralih kepada topik masakan pula. Kalau sebelum ini, saya kongsikan resepi nasi minyak di SINI. Kini saya kongsikan pula resepi Ayam Masak Sambal yang digandingkan dengan nasi minyak itu. Sebenarnya telah lama Aween meminta saya memasak Ayam Masam Manis tapi saya terpaksa memasak Ayam masak Sambal kerana mahu menghabiskan stok cili yang telah lama dikisar. Saya jarang sekali membeli cili yang telah dikisar sebaliknya lebih suka mengisar sendiri cili kering yang digunting dan rebus bersama sedikit minyak masak sebelum ditos dan kisar. 

Kadang kadang kita menjadi buntu hendak memasak lauk pauk. Akhirnya saya membuat lauk ini pun kira macam macam campak juga. Tuang punya tuang sos tomato, sampai akhirnya terlebih masam. Jadi kenalah dilebihkan gula bagi mengimbangi rasanya. Memasak ni memang memerlukan latihan, buat sekali tak menjadi, buat lagi kali kedua dan seterusnya. Kita belajar dari kesilapan yang dibuat.

Jom kita tengok resepi saya gunakan untuk digandingkan dengan nasi minyak ini. Jom layannn...


Ayam Masak Sambal

Ayam Masak Sambal

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
2 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
4-5 sudu besar cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Garam

Gula

Bahan kisar:
4 biji bawang besar saiz besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul betul masak. 

Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Masakkan sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak dan acar timun.

Ayam Masak Sambal



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

39 ulasan for "Ayam Masak Sambal"

  1. sedapnyaa kkak. femes dah akak yeaa. hehee

    BalasPadam
  2. Salam Kak Azie, yes, from your posts, memang sudah tersirat, kelembutan, keluhuran serta pekerti merendah diri. I read your every posts and I enjoy them even though I don't always get to leave comments. Keep it coming.

    BalasPadam
  3. sedapnya nampak...
    ayam ada lagi dalam peti, boleh masak esok plak..

    Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi Anak-Anak

    BalasPadam
  4. sedapnye...

    meh lawat blog saya -->>> http://ainieyibrahim.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Saya akan mencuba resipi ini. Mesti sedap!!

    BalasPadam
  6. Sy nk cuba resepi ni plak.. terima kasih =)

    BalasPadam
  7. Saya dah cuba resepi ni. Alhamdulillah sedap. Anak saudara saya tambah nasi sebab suka sambal tu.

    BalasPadam
  8. Hihiiii ... terasa plak kak azie ckp silent reader .... anyway sy mmg pengikut sètia resepi kak azie .. mmg terbest .. thanx utk resepi yg sy slalu cilok ya kak azie ...=D

    BalasPadam
  9. Akak sye amek resipi yer. Nanti nak cube..

    BalasPadam
  10. Nak masak hari ni..hehe

    BalasPadam
  11. Sy slh seorg silent reader..hihihi..tp sy klo nk cr resepi mmg ikut resepi k.azie ni...

    BalasPadam
  12. Saya lau nak masak, n buntu tkbtau nak masak ape, mesti sy google resepi azie kitchen ni.. Hihi.. Buku resepi di hujung jari sahaja...😉😉

    BalasPadam
  13. Same jgk ngn sY. Slalu ambik resepi dr azie kitchen..mmg best. Mcm2 resepi ad. Tq ye kak azie share resepi. Jazakillah. :)

    BalasPadam
  14. syuran kak..mohon share resepi akk. alhamdulillah semua menjadi.. suka sgt.. tq.. moga Allah panjangkan pahala akk

    iqah

    BalasPadam
  15. thanks a lot kak.. Moga Allah membalas jasamu.. dah try byk jugak resepi dalam ni semua menjadi Alhamduillah..seronok sgt.

    BalasPadam
  16. Kak azie ekin cuba resepi mintak izin nak share resepi kat blog

    BalasPadam
  17. Selalu confuse bawang besar(holand) atau bwang besar biasa tu kulit kaler oren tu..huhu

    BalasPadam
  18. baru lepas masak,mak saya rasa macam mkn di kenduri kahwin.Alhamdulillah tima kasih aziejaya memang sedap :-)

    BalasPadam
  19. Hi..sis...i really like your blog.If i need any recipe,i will just look into it.Keep up the good work....Have a nice day....anyway if want to cook sambal ayam -3ekor...how much chili paste i should use?...thx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Just double or triple it ikut jumlah ayam diguna. Resepi di atas utk 1 ekor ayam

      Padam
  20. Kak azie... blog resipi masakkan kak azie ni memang saya akan bukak setiap kali nak cari idea nak masak. Terima kasih ya kak azie sebab dgn adanya blog ni memang banyak membantu saya dan saya bertambah yakin dan seronok nak masak. Thanks kak azie!

    BalasPadam
  21. Heeee. Tq akk... tgh2 malam gini la dok mencari resepi esok nak masak apa..nampknya sambal ayam ni la kod

    BalasPadam
  22. bru nk try...mintak2 sedap...

    BalasPadam
  23. Sy dr sabah, klu cari resipi esp masa bln posa memng resipi azie kitchen jd pilihan, slama ni jd silent reader ja, tqsm.

    BalasPadam
  24. Ntah kenapa bila google resepi mesti x cari tempat lain.. mesti singgah sini. Tq so much sis sbb kongsi ilmu masakan... boleh la org mcm saya yg x pandai masak ni jd pandai masak..hehe

    BalasPadam
  25. Tadi masak ayam sambal.. Kita lupa serai sos dengan halia.. Rasa semacam yang kurang.. Hehehe.. Bila baca blog sist baru tahu apa yang tertinggal.. Hehehe.. Nice blog sist..

    BalasPadam
  26. salam kak azie, saya ni dh berumah tangga 5 tahun tapi tak juga pandai masak, saya selalu tanya org pasal ayam sambal tapi semua mcm2 bahan sehingga tadi pagi saya goggle and tengok recipe kak azie simple plus sedap saya try lah buat,alhamdulilah kak azie menjadi,thnx uu kak azie....

    BalasPadam
  27. Ayam sambal eah.. Resipi kita sama.. Tapi.. Sha panggil ni masak ayam merah 😂😂

    BalasPadam
  28. Sedap nampak ni...nnti nak try resepi ni. Tk share resepi.

    BalasPadam
  29. Salam sis kalo tk pakai serai bole tak? Kebetulan serai tkde

    BalasPadam
  30. Salam kak azie.. sama seperti yang lain kalau nak cari idea atau resepi memasak mesti blog kak azie yang saya cari dulu ☺️ Tq kak semoga terua beri inspirasi memasak kepada kami semua salam perkenalan dari saya suzie

    BalasPadam
  31. Thank you Kak Azie. Dah lama mengikuti Blog Kak Azie tapi baru Kali ni terucap Terima Kasih. Saya bnyk belajar dari blog ni. Terima kasih sudi berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  32. saya dah masak sambal ayam harini ikut resepi yang kak azie bagi ...sedap thanks ya 😊

    BalasPadam
  33. Sis sye pn dh bnyak bca sis pnye resipi ni. Tpi sye cuma nk tnye mmg 7biji yg bsar bsar tu ke 7ulas yg yg kcik kcik dlm dia. Harap tulis dgn jelas sis.

    BalasPadam
  34. Hi, dah try resepi sambal ayam ini, memang sedap. Thank you

    BalasPadam