Puding Karamel Azie Kitchen
Puding Karamel adalah antara puding pencuci mulut kegemaran saya. Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya, Puan Asmawati. Kali ini saya telah membuat sedikit modikasi berdasarkan 2 resepi yang telah saya gunakan di SINI dan di SINI.
Percubaan saya berhasil kerana pada saya puding ini sangat sedap dan sesuai pada saya. Saya menggunakan resepi pertama, tetapi saya menggantikan penggunaan gula pasir dengan susu pekat manis yang memberikan rasa karamel lebih berlemak.
Saya menyediakan hidangan ini sebagai pencuci mulut hidangan petang untuk sahabat yang berkunjung ke rumah kami pada hari minggu yang lalu iaitu Alias dan Shahrol bersama isteri masing masing. Saya sebenarnya dah lama tak membuat kuih muih kerana banyak kuih yang saya tak dapat makan kerana allergik dengan tepung gandum. Jadi hari ini, saya memilih kuih yang tidak menggunakan tepung gandum supaya saya juga boleh menikmatinya bersama sama tetamu.
Memang sangat cepat menyediakan puding ini. Kalau di bulan Ramadhan, saya sempat menyediakannya selepas balik dari pejabat untuk dimakan selepas berbuka puasa. Haaa sangat cepat kan? Apakata anda mencuba resepi puding yang sangat ringkas ini untuk hidangan keluarga. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.....
Puding Karamel Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna ¾ tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
Cara cara:
Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.
Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.
Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.
Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.
Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.
Nota:
Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.
Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.
Salam Puan,saya silent reader blog puan..saya nk berkongsi tentang puding caramel puan..saya nampak puding puan agak menggerutu Dan teksturnya kasar..seeloknya,telur jangan dipukul,sebaliknya hanya di kacau bersama2 bahan2 lain dengan perlahan sehingga rata..kemudian tapiskan ke dalam acuan Dan pastikan tiada buih2 terhasil,buih itu penyebab lubang2 terjadi..insyaallah puan Akan dapat puding yang halus Dan licin teksturnya..-Latifah
BalasPadamTerima kasih Pn Latifah. Kalau mengguna resepi 2, mmg saya akan spt yg puan saran. Tapi saya mmg sengaja berbuat begini kr saya lebih suka puding karamel berlubang. Nmpk sedap dan menyelerakan
Padamsy memang suka puding yg blubang dari licin pmukaan..
Padamalhamdulillah bjaya jugak dpt resipi ni..
terima kasih byk2.-kaisya
Saya juga suka yg berlubang2 pudingnya..
Padamrecepi Kak Azie sama dgn saya gunakan tapi sy tak bubuh susu cair ,lainkali nak cuba
BalasPadamDah cuba semalam. Saya cuba resepi II. Jadi cantik tapi tersangat manis. Bila saya tuang campuran susu ianya bercampur dengan gula karamel. Pagi ni buang dan buat lain. Buat setengah adunan. Letak 100 gm susu manis aje. Gula karamel buat macam Azie buat, tak letak air. Cair dan gelap warna terus tuang dalam bekas kecil sebelum keras. Saya guna steamer letrik. Kali ni menjadi macam Azie, berlubang. Lapisan atas cantik sikit dari sekaya. Terima kasih Azie sudi berkongsi resepi.
BalasPadamesok sy nk cube buat..Thanks atas resepi dan komen semua...
BalasPadamSalam kak azie. Lame tak jengah blog ni akibat kekangan masa bekerja. Hmmm.... caramel ni mmg mabeles dan bahannya senang utk disediakan. Tq kak sebab berkongsi ilmu. Teringin nak ade blog mcm kak azie sbb saye pun suka memasak. Tapi nanti takut tak ade byk cerita boleh dikongsikan sbb jarang g berjalan. Huhuhu... apepun semoga kak azie suksess sokmo. :)
BalasPadamakak, masa nak goreng gula hangus, nk kena letak air x? hehe.. kalau kena nk letak brapa bnyk? -mira-
BalasPadamResepi ni tak letak. Resepi yang satu lagi, masuk air.
PadamMenggoda sungguh puding ni. Yummy!!!
BalasPadamMira dah cuba resepi yg akak bagi ni. Memang sedap sangat !! Terima kasih akak sebab kongsi resepi ni :D
BalasPadammemang kena cuba untuk hidangan petang skeluarga
BalasPadamjom blokwalking peminatvitamin.blogspot.com
whoaa...dah lama nak try buat ni...akhirnya jumpa jgk resepi yg senang paham...lg cun lah...
BalasPadamTadi tye En.Google.. Terus beliau bagi link blog ni. 1st time masuk ni. Thanks for this. Gonna try it out soon... 😘😘
BalasPadamAs Salam Ukhwah,
#vkenhuchena
www..facebook.com/vkenhuchena
Sy cube buat pakai resipi ni tp lembik sgt..ke xperlu letak air sbb susu cair dh ade
BalasPadamDah lebih 25 tahun saya guna resepi ni. Tak pernah lagi tak menjadi.
Padamberapa org boleh mkn ni
BalasPadamBahan dah beli tadi. Esok nak buat guna resepi akak la. Tq kak share resepi..
BalasPadamKalo x kukus terus masuk dlm peti ais boleh ke..dulu prnh buat tp yg xde telur
BalasPadamTq resepi..Alhamdulillah..
BalasPadamsedapnya..blh cuba utk juadah berbuka kejab lg..
BalasPadamAssalam puan. Kenapa saya kukus almost 20minit tapi masih lagi berbentuk cecair?
BalasPadamMungkin kah puan ada masalah dg periuk pengukus. Takut air jatuh banyak sangat. Masak ni sgt cepat. Sekejap dah siap dan boleh masuk dlm peti ais.
PadamAs salam. Puan. Tin tu pakai tin yg kecik atau yg tinggi
Padamtq k.azie.. ni antara fav ayah saya.. di wat masa ramadhan lepas..
BalasPadamalhamdulillah.. sempat dia makan 2 x buat.. bfr dia kembali kpd Pencipta..
Sedekahkah al-fatihah utk arwah ayh saya..
Al fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya
Padamsekali buat terus menjadi,cum saya kurangkan susu pekat untuk kurangkan manis,dan masa buat gula hangus tu sy tambah gula melaka dua sudu,
BalasPadamTerima kasih telah share resepi, nak tanya 1 tin susu pekat tu kira berapa mili kah..terima kasih🙏
BalasPadam