Percutian Kota Bharu December 2013
Memang ianya tidak dirancang bila tiba tiba teringat untuk balik kampung menziarah Bonda sementara saya masih menghabiskan cuti tahunan. Ini lah kali pertama saya bercuti tanpa ke mana mana. Kebiasaannya saya bercuti apabila mempunyai sesuatu urusan seperti bercuti ke mana mana. Oleh kerana ianya tidak dirancang lebih awal maka tiket yang ditempah adalah pada akhir cuti sekolah. Rasa sedih juga kerana pada saat akhir cuti persekolahan, saya biasanya lebih suka menghabiskan masa bersama anak anak. Tetapi apakan daya kerana hanya ini masa yang sesuai untuk saya menjenguk bonda. Kami hanya balik bertiga di mana Aween sahaja yang ikut kerana mempunyai tugasan di sekolah. Selepas menghantar Juita ke sekolah, Boy terus menghantar kami ke airport. Flight delayed disebabkan kelewatan flight dari Kota Bharu.
Selepas check in di Hotel Renaissance, Cik gu Noor Aini isteri Cik gu Li kawan hubby datang menjemput di hotel untuk membawa kami ke rumah mereka yang besar tersergam di Taman Pulau Kapas Pengkalan Chepa. Mereka telah bermurah hati meminjamkan kereta Estima mereka untuk kegunaan kami sepanjang di sini. Selepas itu kami ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk makan tengahari. Lama betul tak ke sana sehinggakan kami dah terpusing pusing mencari tempat menjual makanan. Rupanya ada bangunan baru yang dibina bersambung dengan pasar lama.
Selepas makan di atas pasar, saya singgah di kedai menjual peralatan tembaga yang juga di tingkat atas pasar besar itu. Beli lah juga sepasang kaki lilin tembaga untuk hiasan rumah kami. Selepas itu, kami ke tempat Bonda di Pondok Pasir Tumbuh. Kebetulan adik saya juga ada di sana bersama anak anak.
Selepas balik ke bilik, kami turun ke swimming pool menemankan Aween berenang seketika. Aduhaaii tak tahan sejuk dengan hembusan angin malam yang sejuknya terasa sampai ke tulang. Sebelum balik bilik saya dan hubby ke bazar Billion bersebelahan hotel mencari sedikit makanan dan kudapan. Aduhaai penat juga seharian tak berehat langsung. Hingga jumpa lagi entri seterusnya... selamat malam.
Assalammualaikum kak azie..
BalasPadamKnapa k.azie tdo dhotel ttapi tidak d teratak bonda tercinta?
Wslm. Kami dah tak ada rumah. Bonda dah berpuluh tahun tinggal di Pondok Pasir Tumbuh. Pondok kecil utk seorang duduk sambil belajar agama.
PadamOrang tua memang macam ni.Anak anak semua dah berjaya, dah berkeluarga. Maka mereka lebih suka beramal ibadat menambah bekalan di hari akhirat. Hanya kita jangan lupa menjenguk mereka. Tiada rumah bukan alasan untuk tidak balik. Rezeki kita adalah pemberian Allah dan berkat doa ibu.
BalasPadamBetul tu, Fradz. Sementara mereka masih ada
PadamK.azie, maafkn sy..kdg2 anggapan kita selalu salah..thanks n hopefully bonda k.azie sihat dan dcucuri rahmat..
BalasPadam