Lidah Lembu Masak Merah
Saya memang sangat menggemari masakan lidah lembu samada digoreng atau dibuat sup. Sekarang selera saya ini diikuti pula oleh Nelly, Juita dan Aween. Manakala Nana dan Boy tidak berapa menggemari makanan eksotik seperti ini. Teringat semasa kecil dulu, selain lidah saya amat amat menyukai otak lembu yang dimasak kurma.
Sejak ketiadaan arwah ayah, abang saya yang sulung arwah Cikgu Hashim yang akan mengerjakan kepala lembu atau kepala kambing. Bukan mudah untuk mendapatkannya tau. Jadi setelah kedua dua mereka telah tiada, lagi lama lah saya tidak dapat makan otak lembu kerana tiada orang yang mahu mengerjakannya. Lagi pulak, Bonda pun dah tak larat nak memasaknya untuk saya. Cara nak mengerjakan lidah ni pun hubby belajar dari Bonda kerana tahu yang ianya makanan feveret saya. Ianya perlu dicelur terlebih dahulu, dibuang kulit dan akhir sekali dipotong nipis.

Seperti biasa lah, kalau makanan pelik macam ni, saya hanya boleh makan makanan yang telah siap dimasak. Hehehe ye lah, mestilah dimasak dulu sebelum boleh dimakan kan? Haiipp, ada jer tersasul atau merapu nih. Maksudnya, saya tak boleh memasaknya sendiri leeer, kena orang lain yang masakkan. Kalau saya yang masak, pasti saya tak lalu makan. Sama gak dengan ikan ikan sungai, saya tak suka memasak ikan yang berlendir tu. Hilang selera dibuatnya. Tapi kalau orang lain yang masak, pasti saya makan menambah nambah. Itu sebab kalau balik kampung, mesti cari ikan keli lembut di Pasar Jelawat untuk dimasak oleh kakak saya. Issh kita nak cerita pasal lidah lembu dah melarat ke makanan lain lak.
Lidah lembu ini adalah lidah masa korban yang diminta bahagian dari adik beradik dan anak saudara lain supaya diberikan kepada kami. Kalau tidak, kenalah bahagi kepada 7 bahagian. Tapi sebab korban lembu ini sesama adik beradik sendiri jer, bolehlah main minta minta bahagian yang disukai dari mereka. Kebiasaannya saya hanya memasak dengan menggoreng garam kunyit sahaja tapi kali ini, saya cuba memasak Masak Merah selepas melihat Juita suka makan Masak Merah Lidah Lembu setiap kali kami makan malam di Restoran Waneeda di Sunway Damansara. Sedap tau, masak merah ni. Bolehlah cuba, kalau tak suka lidah, boleh jer gantikan dengan daging batang pinang. Jom kita tengok resepinya dulu...
Masak Merah Lidah Lembu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
Lidah lembu - dicelur dgn air panas dan buang kulit luar
1-2 sb cili kisar - tak letak
Secubit asam jawa
1 sudu besar pewarna merah
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
Bahan sos:
2-3 sb sos tiram
2-3 sb sos cili
2-3 sb sos tomato
Bahan hiris:
2 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji capsicum hijau
2 biji tomato
1 biji cili merah
5 helai daun limau purut
Cili padi
Daun bawang
5 helai daun limau purut
Cili padi
Daun bawang
Cara-cara:
Hiris lidah lembu nipis-nipis dan rebus dengan pewarna merah.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Terus menumis sehingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air rebusan lidah tadi serta air asam jawa.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Terus menumis sehingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air rebusan lidah tadi serta air asam jawa.
Apabila mendidih dan sedikit pekat, masukkan lidah lembu tadi dan masak sehingga masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
wahh..sedappnya tengok..
BalasPadamselalunya lidah lembu, mas masak rendang pedas jerk kak...boleh try nnti...
tq kak share resepi...
sedapnye!!
BalasPadamSedapnyee.lama dh xmakan lidah lembu,kalau sis nak cari lidah lembu n otak,singgahlah ke kedai ayah saya di pasar chowkit.gerai no 1 dlm banggunan pasar.sebelah toilet perempuan..look for gera aziz dan mie
BalasPadamMemang sedap masakan lidah lembu ni. Biasanya hariraya qurban memang banyak. Tq admin atas resipi menyelerakan.
BalasPadam