Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Jenahak Masak Tauchu


Ikan Jenahak Masak Tauchu


Ikan Masak Tauchu adalah antara masakan ikan yang paling ringkas tetapi sedap terutama bila menggunakan ikan yang segar dan sedap seperti ikan jenahak, ikan merah, ikan senangin dsb. Hari ini saya ingin kongsikan masakan Ikan Jenahak Masak Tauchu yang disediakan untuk hidangan makan tengahari anak saya.



Ikan Jenahak Masak Tauchu

Boleh klik di SINI untuk melihat entri berkenaan ikan kerisi yang dimasak tauchu. Dulu ada yang bertanya berkenaan jenama tauchu yang saya guna. Tapi masa tu, saya tidak berada di rumah. Jadi hari ini, saya mahu menjawab pertanyaan tentang jenama yang saya guna ada Tamin. Alaa yang macam kicap Tamin tu. Saya sebenarnya tidak mengira sangat tentang brand, yang penting halal. Apa yang ada di kedai runcit kat rumah saya, yang tu lah, yang saya akan ambil. 

Jom kita tengok resepi masak tauchu yang saya gunakan. Kalau ada cili merah, lagi cantik berwarna lauk ini... 


Ikan Jenahak Masak Tauchu

Ikan Jenahak Masak Tauchu

Bahan bahan:
3 keping ikan jenahak - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 sb tauchu
3 cili padi
2 biji cili hijau
Sedikit asam jawa

Cara cara:
Tumis bawang dan halia yang dihiris menggunakan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan. Setelah garing, masukkan tauchu dan dikacau rata seketika.

Masukkan cili padi dan cili hijau dan juga sedikit air. Tambahkan air asam jawa dan biarkan seketika sehingga mendidih.

Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.

  
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Ikan Jenahak Masak Tauchu"

  1. Salam Pn Azie,
    Sama resepi saya dengan Pn Azie :) Ikan masak tauchu memang kegemaran kami sekeluarga dari dulu lagi. Saya menggunakan tauchu opah nur (brand ini terkenal di Perak).

    BalasPadam
  2. lapar tgk simple2 lauk yg bisa menambahkan nasi berkali kali .http://aroracaterers.blogspot.com/2013/12/kerja-mencairkan-coklat-lebih-mudah.html

    BalasPadam
  3. Salam Kak Azie! I baru terperasan. Thank you so much for linking your post to my blog. How sweet and kind of you Kak. Sayang Kak Azie! :-*

    BalasPadam