Sup Ekor Yang Sedap
Berhenti sebentar, makan Kit Kat. Eh bukan Kit Kat tapi minum di Mc Donald Simpang Taiping semasa dalam perjalanan ke Sg Petani. Sempat update dan post entri berkenaan Sup Ekor yang sedap. Begitulah kalau dah blogger, kat mana pun mesti nak check blog kalau ada komen yang perlu dijawab dsb.
Sebenarnya sejak balik dari berhari raya dan mengerjakan ibadah Korban, saya belum pun berkesempatan untuk memasak daging dan macam macam bahagian organ lembu yang dibawa balik dari sana. Antaranya ialah ekor lembu yang pastinya sedap dimasak sup ekorlah kan? Pada mulanya saya mahukan bahagian kaki lembu tapi hubby memberikan bahagiannya kepada orang yang menyembelih lembu dan membawa balik bahagian ekor lembu. Apa apa pun tak kisahlah, dah rezeki kami untuk mendapatkan bahagian ekor.

Saya sebenarnya hampir terlupa yang ekor dan lidah lembu masih terperap dalam peti ais. Maklumlah saya kena berpantang dan tak boleh makan daging, jadi sedikit sebanyak membantutkan hajat saya untuk memasak. Kalau memasakpun, hanya masakan yang ringkas seperti masak lemak atau pun masak sardin sahaja. Kali ini saya memasak sup ekor lembu dulu dan lidah akan dimasak pada hujung minggu bila semua anak anak ada di rumah.
Cara cara memasak sup ni adalah sama dengan cara saya memasak sup tulang. Saya masih menggunakan pressure cooker kerana ianya memang menjimatkan masa. Boleh klik di SINI. Memang inilah cara saya memasak sup yang mungkin berbeza dengan cara orang lain. Cuma kali ini, saya memasukkan sekali ubi kentang, karot dan batang sadri yang dipotong kecil atau dadu sebagai sayuran dan menambahkan warna di dalam kuah sup. Lagi satu, saya memasukkan beberapa sudu besar sos tiram ke dalam kuahnya. Memang sedap.
Sebelum dihidangkan, taburkan daun sup, daun bawang, cili padi, bawang goreng dan perahkan air limau nipis. Wallaaa. Bagaimana pun caranya tak penting tapi yang pentingnya sup dihasilkan mestilah sedap dan kena dengan selera kita giteww. Seronok melihat anak anak makan dengan banyak dan penuh dalam pinggan dengan sup daging dan ekor. Hmm kalau beli, memang sudah pasti sangat mahal dan belum tentu sedap...

walla sedapnya kak :)
BalasPadamperghh...segarnya pekena sup ekor...
BalasPadamok,, bolehla jadikan sebagai juadah berbuka puasa. since ekor lembu ada dalam fridge kat umah tu. lagi pun hubby suka... tq kak... :)
BalasPadamAkk bestnya sup ni
BalasPadamwife cakap sup nie sedapp😃😋
BalasPadamsedapnyaaaa..😋
BalasPadam