Makan Durian Di Changkat Jering
Dalam perjalanan ke Sg Petani, hubby singgah sekejap di Taiping untuk bertemu kawan. Sempat minum di Mc Donald dan makan kentang goreng. Biasanya saya tak suka pun tapi sebab dah tak ada apa nak dibuat, makan juga ler. Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah menikmati keenakan buah durian di gerai tepi jalan di Changkat Jering. Mengikut kawan hubby, durian baru sahaja luruh, belum banyak lagi. Jadi harganya pun masih mahal. Saya kata kat hubby, bukan nak makan banyak pun. Mahal sikit pun tak apa lah.
Dapat durian kampung yang masih baru. Sedap dengan rasanya yang manis dan sedikit pahit pahit. Tak perlu banyak, 2 biji pun dah cukup untuk dimakan seramai 4 orang. Kalau banyak dan terlebih, akan menghilangkan keenakannya. Biar secukup giteww barulah kita akan teringat ingat.
Boy dan Aween tak turun dari kereta kerana mereka tak suka makan durian. Rugi tau siapa yang tak makan durian, raja segala buah. Mestilah bersebab diberi gelaran sebegitu. OK dah kenyang, bolehlah teruskan perjalanan ke Sg Petani.
salam kak azie..
BalasPadamwow, bestnya dapat makan durian..terliur pula tengok..hehe..
As salam..kak azie br semlm pi taiping bkn meronda tp tgk aysh kwn sakit..jd tak singgah lama la
BalasPadamKak azie,blk nnt singgah Kk mkn laksa kuale pulak... :-P
BalasPadampertama kali singgah ke blog kak azie, terus nak nampak posting durian...terasa nak p cari buah durian pulak.. insyallah, nnt sy dtg singgah ke blog kak azie lg..
BalasPadamAlhamdulillah.. kita da makan da... utk tahun ni.. walaupun mahal sekilo RM14
BalasPadam