Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Karot Nana Ain - A Keeper Recipe


Kek Karot Nana Ain - A Keeper Recipe


Selamat menyambut Maal Hijrah buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Semoga kita berazam dengan bersungguh sungguh untuk melakukan penghirahan dalam hidup kita. Sempena Maal Hijrah ini juga, saya ingin berkongsi intipati kuliah tafsir Al Quran Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani dI mana hidup di dunia, ibarat berniaga iaitu berniaga dengan Allah. 

Surah As Saf 61:10-12. Wahai orang beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Berniaga di dunia, walaupun mendapat untung banyak tapi belum tentu selamat di akhirat. Jadi perniagaan macam mana yang boleh menyelamatkan diri dari azab? Ayat 11, pula menyebut caranya ialah dengan kita beriman kepada Allah. Penat lelah masa yang dikorban kerana agama ini, dikira berniaga yang untungnya sangat besar. Untungnya diambil di sisi Allah di akhirat. Keluar rumah untuk ke masjid, habis petrol 50 sen adalah dikira modal berniaga, di mana untungnya berlipat kali ganda. 

Bentuk bentuk perniagaan adalah dengan cara beriman kepada Allah, beriman kepada Rasulullah dan akhir sekali berjihad ke jalan Allah dengan harta dan jiwa. Jangan kita tak buat urusan perniagaan semasa kita masih hidup di dunia ini. Rugi kalau tak dapat mengambil untung di akhirat kelak. Mungkin kita ada buat perniagaan seperti bersolat tapi belum tentu solat diterima, belum tentu betul, belum tentu kusyuk. Jadi kena perbanyakkan. Bangun malam bersolat, berzikir, semuanya dikira sebagai berniaga. Orang munafik berniaga juga tapi tak ada untung, disebut dalam surah Al Baqarah Ayat 16. Orang orang  munafik membeli kesesatan. Kita kena minta supaya kita bukan seperti orang yang dimurkai Allah SWT dan orang orang sesat yang tidak mendapat petunjuk. 

Orang berjaya dunia tak semesti berjaya di akhirat. Cara untuk mendapat kedua duanya ialah dengan beriman dengan Allah SWT, beriman dengan Rasulullah SAW dan berjihad dengan harta dan jiwa. Apabila kita mendapat untung dari perniagaan di dunia, labur ke jalan Allah SWT. Dunia boleh dijadikan akhirat. Setiap perkara yang  boleh disentuh, ditengok, dirasa dan dicium bau, semua nya adalah dunia. Akhirat tak boleh sentuh, rasa dan lihat. 

Sekarang kita sambung berkenaan resepi Kek Karot pulak. Resepi ini adalah a keeper recipe untuk saya dan saya namakan sebagai Kek Karot Nana Ain kerana saya belajar resepinya dari Nana. Tak lah pulak saya claim yang Nana mencipta resepi ini tetapi untuk memudahkan saya mengingati resepi ini. Setakat ini, saya telah mencuba 4 resepi Kek Karot dan kesemuanya sedap, cuma yang ini lebih kerap dibuat. Pernah Nana mencadangkan supaya saya hanya stick kepada resepi ini sahaja. Katanya lagi, saya kena punya own identity di mana bila disebut berkenaan kek karot, semua orang akan ingat kek yang kita hasilkan. hmmm begitulah lebih kurang kata kata Nana. Mungkin betul apa yang dicadangkan. Jadi hari ini, saya menyediakan Kek Karot sekali lagi dengan menggunakan resepi Kek Karot Nana Ain. Boleh tengok hasilnya di SINI dan di SINI

Rasa macam baru jer saya menyediakan Kek Karot untuk menyambut hari jadi Ashira di SINI, tetapi apakan daya saya tidak dapat sama sama menikmatinya kerana diserang oleh alergik. Kena redha lah sebab bila berumur ni, antibodi dan ketahanan badan pun sudah mula berkurang. Setelah lebih dari sebulan, allergik saya pun telah mula menunjukkan sedikit perubahan positif. Ianya telah berkurang dengan ketara. 

Berdasarkan maklumbalas kawan kawan pejabat, rata rata memuji kek tersebut yang sesuai sahaja kemanisannya. Oleh kerana masih ada lagi stok karot dalam peti ais, saya pun terus memarut untuk membuat sebiji kek karot lagi. Tapi kali ini saya menggunakan resepi Nana. 

Klik di SINI untuk melihat kek yang saya buat sebelum ini menggunakan resepi yang sama. Manakala resepi frosting masih menggunakan resepi untuk kek Ashira. Saya suka sangat dengan frosting ini yang pada saya sangat sedap. Jangan risau, saya hanya menjamah cream cheese jer, bukan makan kek. Oleh kerana tak mahu melanggar nasihat doktor, kek ini saya potong dan berikan pada sahabat saya, Sue dan Feeza.

Bagi yang tak dapat menyalin resepi sebelum ini, saya sertakan sekali lagi resepinya di bawah ini....



Kek Karot Nana Ain - A Keeper Recipe

Kek Karot Nana Ain
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
100 gram/1 cawan walnut - panggang sekejap & cincang kasar
1 1/2 cawan karot - parut kasar (saya guna 2 cawan)
100 gram/1 cawan kismis  

Cara cara:
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi. 

Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.

Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.





Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Oleh kerana saya menggunakan loyang 8x8x2, saya membakar selama 1 jam.










Bila sejuk, sapukan cream cheese dan hias mengikut kreativiti masing masing.


Cream Cheese

Bahan bahan:
1/2 cawan cream cheese - 113 gram
1/4 cawan mentega - 57 gram
1 cawan gula ising - 125 gram
1 sk vanilla extract

Cara cara:
Biarkan cream cheese dan butter pada suhu bilik. Setelah itu, putar cream cheese bersama mentega, masukkan vanila dan akhir sekali, masukkan gula. Jika suka frosting yang lebih manis, tambahkan gula ising.






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Kek Karot Nana Ain - A Keeper Recipe"

  1. http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Assalam Kak,

    Adunan ni boleh diubahsuai untuk buat cupcake tak? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah ubahsuai. Dah siap adunan, sudukan ke dalam cawan kertas. Jadilah carrot cupcake

      Padam
  3. Terima kasih, kak..

    Ha..haritu saya dah buat kek snow cheese untuk birthday abang. Sedap sangat, kak.. semua puji sedap, macam beli kat kedai katanya.. hehehe.. Malam ni nak cuba buat carrot cupcake pulak.

    Terima kasih, kak..di atas perkongsian resepi yang sangat berharga.

    BalasPadam
  4. Salam kak azie,

    Terima kasih kerana berkongsi resepi. Pertama kali mencuba buat kek karot dan sangat sedap pula. Sangat setuju, resepi ni memang worth to keep.

    Adilah

    BalasPadam