Ikan Siakap Kukus Chinese Style
Tanpa dirancang, hubby mengajak saya ke Darul Syifa, Bangi untuk mencuba perubatan secara Islam pula. Mungkin juga setelah mendengar pandangan Dato' Saleh dan kawan kawan yang lain semasa mesyuarat ETHICA baru baru ini lah agaknya. Memang ramai orang yang mendapatkan rawatan di sana. Berjam jam juga saya menunggu. Nasib baik dapat duduk atas leather sofa yang sangat selesa. Tak lah terasa penat, sakit pinggang, kebas kaki dsb.
Sempat ber whatsApp dengan sahabat saya, Ismati yang kebetulan ada di KB untuk menghadiri majlis perkahwinan. Memang tak sempat singgah di rumah mereka walaupun Encik Rahim meminta kami singgah kerana hubby membawa kereta Nana dan Nana pula bekerja malam. Tergesa gesa kami balik. Namun masih lagi sempat singgah di Furniture World, tepi jalan di Sungai Besi. Berlakulah kejadian di sini sebab hubby dah berkenan dengan satu sideboard with mirror. Kalau ikutkan, saya masih nak survey tempat tempat lain dulu. Hmm bukan mudah untuk saya membeli sesuatu barang sehingga saya betul betul berpuashati.
Dalam perjalanan balik, saya meminta hubby singgah di kedai runcit untuk membeli ikan siakap dan bahan bahan untuk dimasak Ikan Siakap Kukus Chinese Style. Masakan stail Chinese ni memang semua simple tapi sangat sedap dengan penggunaan bawang putih dan halia yang banyak. Pendek kata, chinese cooking style memang menyihatkan. Saya sebenarnya kurang menggemari ikan kukus sebab tak suka rasa isi ikannya. Tapi sejak kebelakangan ini, selera saya mula berubah selepas menikmati ikan Kukus yang sangat sedap masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap dengan rasa bawang putih jeruk yang memang feveret sejak kecil lagi. Selain bawang jeruk, diletakkan juga cendawan. Tapi hari ini, saya tak letak semua itu walaupun mempunyai stok bawang putih jeruk. Bukan apa lah pun. Tapi rashes saya dah berkurangan, jadi tak mahulah makan makanan berasid buat sementara ini.

OK apa kata kita tengok dulu resepi ringkas ini yang saya lupa dari sumber mana yang saya salin dulu. Selain ikan siakap, boleh juga guna ikan bawal putih ataupun ikan kerapu.
Ikan Kukus Chinese Style
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
2 inci halia muda - potong memanjang
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - potong memanjang
Sedikit daun ketumbar
Sedikit cili padi
2 sb minyak masak
Bahan sos:
4 sb kicap cair
5 sb stok ayam
1/4 sk minyak bijan
3 titis lada sulah
Cara cara:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur lada sulah dan garam di luar dan dalam ikan.
Letakkan halia dan bawang putih yang dihiris halus. Panaskan kukusan dan kukus ikan selama 8 minit.
Panaskan kuali dan masak minyak masak sehingga minyak panas. Curah minyak panas ke atas ikan. Tutup pengukus seketika.
sedap..mesti cuba.
BalasPadamSy
Padamsalam..
BalasPadamsimple nye...dah lama saya cari style masak yg mcm ni...ni baru jumpe..
must try!
Thanks for the recipe..
Kak, kicap cair jenis apa yg diguna. Satu lagi, darul shifa di sek 11 shah alam pun ada. kat area dekat stesyen CALTEX. rumah banglo. rawatan hari ahad aje.
BalasPadamOhh tak tahu pulak, ada juga di Shah Alam. Kami guna kicap cap Tamin rasanya lah.
PadamTerdapat pelbagai cara mengukus ikan. Ada yg diletak sedikit minyak sebelum dikukus. Ada yg dituang minyak panas dsb. Dalam istilah masakan tak ada yg pelik, semua ikut kreativiti masing masing.
BalasPadamSalam kak, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu... saya baru cuba resepi ni... memang simpel tapi sedap sangat... suami dan anak-anak pun suka... anak saya siap cakap... mmm... sedapnyer mama masak... mama bubuh apa? Terima kasih sekali lagi...
BalasPadamThanks Kak Azie. Saya dah cuba. Sedap. Terbaiklah akak. Update more ya.
BalasPadamTerima kasih...dah cuba sangat sedap
BalasPadamAssalamualaikum...terima kasih atas recipe...dh cuba masak...
BalasPadamA must try
BalasPadamNak cubaa.. bahan pun simple jaa.. tq kak azie
BalasPadamxguna minyak xpe ke
BalasPadam1st time try.mmg sdp.anak2 memuji.tdk rugi mencuba.trmksh Azie...
BalasPadamallhamdulilah mama saya cuma,
BalasPadamrasanya enak sangat....
thanks kak azie
Salam kenal..saya penah cuba resepi ni..tp xsempat nk ucap terima kasih...arini teringin nk mkn lg..cari resepi ni semula n ambik kesempatan utk ucap terima kasih sudi share resepi yg ringkas n sedap..sedap sgt2 ;)
BalasPadamEmang terbaik...sedap sngat..suami puas ati..tq.k.zie
BalasPadamTerbaekk lah kak...tq sudi kongsii...hehehe
BalasPadamoo..yg ni letak kicap ye.
BalasPadamsaya pun suka chinese food.
boleh cuba..
Tips Elak Anak-Anak Bergaduh Supaya Tenteram Rumahtangga
Assalamualaikum warahmatullah
BalasPadamBoleh mintak resepi ikan ni memang menarik dan simple. T.kasih ye
Mohon copy dlm blog zie just tuk senangkan nk crk balik bila nk msk...jgn risau mesti creditkan blog nie...& mohon mencuba resepi nie..tq ya..
BalasPadamSalam pn azie... br td cuba resepi ikan siakap ni. Mmg sedap n menyelerakan, wlupun x cukup bahan... terima kasih kerana sudi share resepi. Mmg sy akan refer blog pn azie bl cari apa2 jua resepi...
BalasPadamSaya dah cuba.. sedap..
BalasPadamUnik bila letak minyak panas tu.
BalasPadamkak... kalau x guna bawang putih boleh ke? nak ganti bawang pe ye?
BalasPadamSaya trynhari ni. Puas hati!! Thanks!
BalasPadamStok ayam yg mana ye? Betul ke 5 sudu besar?
BalasPadamboleh jadi resepi bulan puasa
BalasPadam