Bak Delima Merekah
Pokok delima adalah antara pokok buah yang tidak ditanam oleh arwah ayah. Sejak kecil bila nampak pokok delima berbuah di mana mana, mulalah tangan teringin untuk memetiknya. Saya memang jarang sekali berpeluang makan buah delima. Lagi pulak, saya tak suka isi buah delima yang berbiji biji.
Semasa di Egypt untuk menghadiri majlis graduasi Nana, hubby telah membeli beberapa biji buah delima yang sangat besar dan mempunyai isi kemerah merahan yang cantik bak permata delima kesukaan saya. Dari situlah, saya merasa keenakan buah delima yang sangat sangat manis. Sehingga bangun tidur sahaja, saya terus ke dapur untuk menikmati buah delima. Klik di SINI untuk melihat buah delima di Egypt yang sangat cantik dan manis. Semasa bercuti, Izzad membawa balik beberapa biji buah delima.
Anak buah saya, Hariri ada menyemai benih pokok delima dan memberikannya sepokok kepada kami. Buah delima yang didatangkan dari India ini dibeli dari kedai di UKM. Ali, tukang kebun Bangla yang bekerja secara part time di rumah kami telah memindahkannya ke tanah. Inilah kali pertama, saya menanam pokok delima, pertama kali melihat ianya berbunga. Warna bunganya yang kemerahan sangat cantik. Haa memang tak sabar untuk melihat ianya berbuah pulak. Oleh kerana pokoknya akan rebah ke tanah, saya telah mengikatnya dengan tali rafia untuk menegakkan kembali kedudukan batangnya.
Hmmm tak sabar untuk menuai hasil tanaman delima ini. Semoga kehadiran pokok yang disebut di dalam Al Quran ini memberi keberkatan kepada kami seisi rumah. Sebelum mengundur, saya ingin berkongsi apa yang dipesan ustaz semasa kuliah zohor minggu lepas supaya kita menukar segala aktiviti kita supaya menjadi amal soleh.
Elakkan dari berbuat dosa samada dalam perbuatan atau kata kata. Jika jalanraya sesak, jangan marah dan sakit hati. Sebaliknya ucapkan Alhamdulillah ya Allah, bolehlah aku berzikir. Bila hati rasa sakit, maknanya kita ada membuat dosa. Rasulullah SAW bersabda, dosa adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Kalau hati tenang, maknanya dapat pahala. Jadi jangan lah bila ditegur, kita mencebik dan menyumpah di dalam hati kerana dosa pasti tercalit di kala itu. Jom berazam untuk menukar aktiviti kita kepada bentuk amal soleh.....

oh indahnya buah delima Tak Mungkin Benar
BalasPadamAzim Aris
Darah Mengaum
kecik je rupanya pokok buah delima ni ye :)
BalasPadambunga delima cantik ye//
BalasPadamCantiknya buah delima
BalasPadam