Akhirnya Ikan Bakar Di Tg Dawai Menjadi Kenyataan
Setiap kali bercuti ke Kedah, saya pasti mengajak hubby mencari makanan laut kerana teringin sekali untuk menikmati makanan laut yang segar. Maklumlah asyik terbaca yang makanan laut di Kedah ni murah dan masih fresh terutama di Kuala Muda. Pada masa itu, Nelly belajar di UiTM Sg Petani, jadi kerap juga lah kami ke sini.
Sewaktu hubby menemani Aween berenang di kolam renang hotel, saya menghantar mesej menanyakan sahabat FB saya TeeaRa Yatie di mana tempat makan best di SP. Apabila dicadangkan ikan bakar di Tg Dawai, saya terus mengajak hubby ke sana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang apabila hubby memberitahu yang Haji Zul Darus akan datang ke hotel dan membawa kami ke Tg Dawai. Hati riang tidak terkira, sangat seronok kerana akhirnya saya dapat mengunjungi tempat makanan laut di Kedah.
Sewaktu hubby menemani Aween berenang di kolam renang hotel, saya menghantar mesej menanyakan sahabat FB saya TeeaRa Yatie di mana tempat makan best di SP. Apabila dicadangkan ikan bakar di Tg Dawai, saya terus mengajak hubby ke sana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang apabila hubby memberitahu yang Haji Zul Darus akan datang ke hotel dan membawa kami ke Tg Dawai. Hati riang tidak terkira, sangat seronok kerana akhirnya saya dapat mengunjungi tempat makanan laut di Kedah.
Sesampai di sana, hubby terus memilih ikan ikan dan lauk lain yang ingin dimasak. Memang nampak segar sangat ikan ikan yang terdapat di situ. Cuba tengok sotong di dalam gambar di bawah. Besar dan fresh pulak tu. Pendek kata puashati lah datang ke sini kerana terdapat banyak pilihan makanan laut.
Sementara menunggu makanan disiapkan, saya mengambil kesempatan untuk meninjau tepi lautnya yang sangat cantik dengan pemandangan berpulau. Terdapat ramai ibu bapa yang membawa anak anak mereka bermain layang layang dan juga bersiar siar di tepian pantai.
Aduhaai banyak bukan main lauk yang dipesan sehingga bercinta nak menghabiskannya. Memang gitulah kalau bab pesan memesan lauk pauk ini diserahkan kepada orang lelaki. Mereka akan order supaya biar berlebihan, asal jangan tak mencukupi. Di antara banyak banyak masakan, saya rasa yang paling sedap ialah ikan jenahak putih yang dibakar. Air asam pencicahnya yang sangat pekat melekat juga sangat sedap.
Haaa tengok tu, penuh meja sehingga nak letak pinggan nasi pun dah tak muat meja. Semua lauk pauk dibuat 2 set. Satu untuk meja kami dan satu lagi meja anak anak. Memang puaslah anak anak meratah tanpa perlu berebut rebut.
Sebelum balik, kami singgah di kedai yang menjual pelbagai makanan laut. Di samping itu ada juga hasil hasil dan produk tempatan seperti belacan tumbuk dan asam jawa. Asam jawa ada yang tanpa biji yang sedia untuk digunakan dalam masakan dan ada juga yang mempunyai biji. Saya beli asam jawa tanpa biji yang baunya pun sangat segar. huhuhu menelan air liur bila mencium bau asam jawa ni.
Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada Haji Zul Darus dan isteri kerana bukan sahaja sudi membawa kami ke sini tetapi telah belanja kami sekeluarga menikmati makanan laut. Semoga dimurahkan dan bertambah tambahlah lagi rezeki....
Saya pernah makan di tempat ni Azie... memang sedap dan harga jugak ok!
BalasPadamNAK KE SANA..DAH LAMA SIS I NAK BWA TAPI TAK SESAMPAIAN...
BalasPadamkalau ke tanjung dawai kedai makan itu yang akan pergi..memang sedap..terliur plak melihat ikan bakar tu..pegi ahad aritu x makan ikan bakar pun...
BalasPadamsalam kak azie...qist dr bsb. nak bgatu akak yg qist dah byk cuba resepi dr blog akak...mmg best !..terima kasih ye kak. qist ada post ke blog qist..harap akak izinkan.tq qistcupcakes.blogspot
BalasPadamkedai first tue mmg sedap masakan di
BalasPadamNk tnya..no talifon kedai seafood tu ada x...
BalasPadam