Terima Kasih Atas Keprihatinan
Saya menulis entri ini khas untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua saudara mara, kawan kawan, kawan kawan facebook dan kawan/pembaca blog saya yang sangat prihatin dengan keadaan kesihatan saya saat ini. Entri ini ditulis dari katil hospital di kala fikiran sangat kusut memikirkan apa punca sebenar penyakit yang sedang saya alami. Dari saya dimasukkan ke ward pagi semalam, doktor belum dapat memastikan puncanya walaupun pelbagai ujian darah telah dilakukan. Lihat bengkak bengkak yang baru muncul walaupun setelah segala ubat diberikan.
Apa yang saya ingat saya mula mengalami alergik yang serius selepas memakan steam crab di Fishermen Wharf, San Francisco. Dalam masa sejam selepas memakannya, saya terus mengalami kembung perut dan cirit birit diikuti dengan bengkak gegata di seluruh tubuh yang sangat gatal dan miang. Semalaman saya terpaksa menanggung derita sehingga menunggu farmasi dibuka pukul 8.00 pagi keesokannya.
Sebulan sekembali dari States, saya mengalaminya sekali lagi selepas memakan mee udang di Pulau Pinang. Sejak itu ianya mula menjadi perkara yang amat saya takuti. Saya akan membawa pil alergik ke mana mana saya pergi. Selepas mengambilnya, ia akan kembali ok. Jika keadaan bengkak banyak, doktor akan memberi injection yang membuatkan saya tidur seharian. Selepas bangkit dari tidur, bengkak akan hilang.
Namun kini, selepas saya menjalani prosedure pembuangan batu karang dalam buah pinggang pada pertengahan bulan Ogos yang lalu, bengkak mula kelihatan di belakang telinga, tengkuk yang merupakan sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Sejak awal September saya mengalami masalah bengkak gegata terutama selepas digaru. Keadaannya bertambah teruk pada minggu akhir bulan September sehingga steroid injection yang diberikan oleh doktor juga tidak memberi kesan, sebaliknya bengkak baru akan muncul satu persatu. Ianya menjadikan saya sangat keliru dan stress. Hospital menyediakan saya menu khas kerana mereka menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan diet untuk saya.
Di saat ini, saya hanya berdoa semoga saya kembali sihat. Di saat begini juga, barulah kita mengenali siapa sebenarnya kawan sejati yang ingin melihat kita sihat seperti biasa. Keikhlasan tanpa syarat giteww. Sahabat saya, Datin Hajah Wanros siap menghantar video nyanyian beliau sebagai satu cara untuk menghiburkan saya. Keperihatinan yang ditunjukkan kawan kawan semua membantu menguatkan semangat saya untuk terus berjuang. Hanya pada Allah saya berserah kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Allah jualah yang akan menentukan segalanya.
Di saat ini, saya hanya berdoa semoga saya kembali sihat. Di saat begini juga, barulah kita mengenali siapa sebenarnya kawan sejati yang ingin melihat kita sihat seperti biasa. Keikhlasan tanpa syarat giteww. Sahabat saya, Datin Hajah Wanros siap menghantar video nyanyian beliau sebagai satu cara untuk menghiburkan saya. Keperihatinan yang ditunjukkan kawan kawan semua membantu menguatkan semangat saya untuk terus berjuang. Hanya pada Allah saya berserah kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Allah jualah yang akan menentukan segalanya.
3 kuntum bunga dahlia berwarna kuning di dalam bekas comel yang membuatkan hati saya berbunga setiap kali memandangnya...
saya doakan akak cepat sembuh...banyak2kan bersabar ya kak...insyaAllah..
BalasPadamMmg x selesa dan miang rasanya klau kena gegata tu kak...harapnya x de yg serius ye..
BalasPadamsalam kak zie..semoga cepat semboh yaer!..nampaknya allergik ni menjadi-jadi semoga allah permudahkan urusan kak zie....makan makanan simple sahaja seperti bubur nasi kosong bersama sayuran hijau..or any soft diet kak!
BalasPadamsemoga akak cepat sembuh..amin
BalasPadamMudah2an kak Azie cepat sembuh..
BalasPadamKak Azie.... Moga cepat sembuh
BalasPadammudahan kak azie cepat sembuh..kak azie makan bubur kosong dgn sayur mcm yg Nikee sarankan..
BalasPadamsy follower blog akak.semoga cpt sembuh kak
BalasPadamsalam kak,semoga cepat sembuh yer. saya tetap doakan yg terbaik utk akak.
BalasPadamakak kt hosp mana? saya pun rasa akak sesuai mkn bubur kosong+sayur.
Semoga akak cepat sembuh seperti sedia kala. :(
BalasPadamsaya follower blog akak walaupun saya tak ada blog tapi saya mmng rajin baca akak punya entry.
BalasPadamluqman anak saya dulu ada mengalami bengkak2 macam ni jugak puas saya cari cause n cure rupa rupanya dia allegik ngn antibiotik dia.anything yg ada penicillin semua tak boleh kesian dia...tapi alhamdulillah now dah tahu kena berjaga2 n the worst is bila penicilin family ni reaction with seafood lagi menjadi2 huhuuhu ...
apa2 pun saya doakan akak sembuh cepat yer.
semoga akak cepat sembuh yer. saya ni follower akak walaupun saya tak ada blog, n kita pernah gak terjumpa saya tegur akak di bangsar village , grocerry.
BalasPadamsimpton akak ni sama ngn anak laki , dia allergik ngn family of penicilin , even worst when he eating seafood. soo now dah tahu apa yg dia allergik mmng tak ambik laa anything steroid from penicilin group.
Salam Kak Azie,
BalasPadamsemoga doktor dapat mengesan punca sebenar dan semoga cepat sembuh, insyallah.
take care.
Assalamualaikum puan azie,
BalasPadamTersentuh membaca nukilan puan, semoga puan cepat sembuh/baik dari penyakit ini. Ameen.
As salam dear. Terkejut buka blog je tengok azie warded. Su doakan muga azie tabah dan kuat atas ujian ini, cepat sembuh ya.
BalasPadamLove
suhaila
Salam, semoga Kak Azie cepat sembuh. Saya faham macamana rasanya bila kita kena alahan yg teruk sbb saya pernah kena eczema yg teruk hinggakan kena ambil suntikan steroid on off selama 2 tahun.
BalasPadamSalam..semoga kak azie cepat sembuh..
BalasPadamAslmkm Azie. Moga bersabar atas ujian ini. Setiap penyakit itu ada penyebab dan penyembuhnya. Cuba2lah buat solat hajat mohon Allah memberi petunjuk dan jalan terbaik untuk kesembuhan penyakit Azie itu.
BalasPadamAssalamualaikum Azie...ya Allah, saya baru melihat entry Azie dan baru tahu duduk perkara yang sedang dialami Azie. Nak jenguk FB mmg x dapat Wifi dah kat ofis ni semenjak di-block oleh Admin ofis sejak mei dulu dan saya tidak melanggan internet ke hp...huhu. Balik rumah pun mana2 yg sempat je la saya layan di Wall saya....namun notifications Azie jika ada keluarpun x melintas di depan mata saya kot...
BalasPadamApa jua, saya doakan Azie kembali sembuh seperti sediakala dan boleh berkongsi lagi. Bersolat dan bersabar banyak2 ya Azie...jangan berhenti beristighfar dan mengingatiNya..Maha Suci Allah, setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah. Innalillahi wainnailaihi rojiun...
Pn Azie, saya doakan semoga Pn Azie cepat sembuh ya...amin amin
BalasPadamSimpati sy pd k azie...mmg setiap org akan menempuh ujian sakit,susah dsb...disamping ubat yg dokter beri,berbyklah bersabar,redho n jgn putus asa. Sudah pasti ujian dtg tanpa dipinta,tp semoga disebaliknya ada saham utk kita di'sana'.
BalasPadamSemoga akak cepat sembuh..
BalasPadamOh dear, Azie you poor thing! I am terribly sorry that you are so unwell. I wish you a speedy recovery, my friend!
BalasPadamKak Azie..semoga cepat sembuh...nanti boleh post gambar masakan especially kek yang cantik cantik...sabra ya...
BalasPadamSalam Azie, kalau gegata cuba g ke klinik pakar kulit Ranjit kat subang tu.... mana tau, sesuai untuk Azie. Kak rose pernah kena gegata yg teruk dan Alhamdullilah, hilang terus setelah amik ubat tu...katanya allergic to food coloring..
BalasPadamIn shaa allah dlm hosp tu smua ada cuma x jumpa ubat yg serasi lg, sabar ye azie moga cepat sembuh
BalasPadamsemoga doktor dapat temui punca penyakit Azie ini.Cm doakan agar Azie cepat sembuh.
BalasPadamsemoga k.azie cepat sembuh & kembali sihat seperti sedia kala,,inshaAllah setiap penyakit ada ubat nya..
BalasPadamSemuga Azie cepat sembuh. Rindu nak baca entri Azie setiap hari. Nak tengok apa Azie masak, semestinya saya akan teruja nak mencubanya. Pasti menjadi. Semuga cepat sembuh. Hanya Allah maha berkuasa dan memudahkan segala urusan..
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak...banyakkan bersabar ye...
BalasPadamsemoga cepat sembuh...dulu masa saya kecil pernah jadi cam ni sbb mkn ketam terlampau byk...habis naik 1 badan..pas2 bapa saudara saya tonyoh badan saya dengan pukat yang dipakai menjala tu...alhamdulillah hilang..mungkin sbb pukat tu ada masin air laut kot...heheh
BalasPadam