Rendang Tok Bonda Mertua Yang Sedap
Sementara daging korban tengah banyak ni, hari ini saya memasak Rendang Tok walaupun saya tak boleh makan daging. Saya belajar resepi ini dari arwah Bonda Mertua di mana arwah mengajar saya dengan cara sama sama memasaknya di kampung setelah mengetahui yang saya sangat menggemari Rendang Tok. Sejak kawin tak pernah melihat Bonda Mertua menyediakan Rendang Tok. Setelah melihat saya sangat berminat untuk mempelajarinya, barulah kami memasaknya bersama sama. Kalau dulu, setiap kali balik beraya di kampung suami, kami pasti singgah di Bazar Ramadhan Batu Gajah untuk membeli rendang Tok. Harganya sangat mahal.
Sejak itu, beberapa kali juga saya memasak Rendang Tok ini bersama sama Sri Handayani, bekas Pembantu Rumah kami untuk majlis rumah terbuka dan juga untuk majlis di kampung saya menggunakan daging korban. Tapi masa tu, saya tidak pernah pulak mengambil gambar. Jadi inilah kali pertama saya menayangkan resepi Arwah Bonda Mertua.
Sebenarnya saya menggunakan periuk pressure cooker untuk merebus daging terlebih dahulu. Akibatnya rendang saya kelihatan kering tanpa lemak atau minyak kerana saya hanya menggunakan sedikit sahaja air rebusan daging tadi. Ianya tak keluar minyak seperti selalu. Keduanya saya merenih hanya 1 jam sahaja kerana anak anak hendak makan sebab mereka tidak mengambil sarapan. Sepatutnya daging direneh selama 3 jam kerana lagi lama dimasak, ianya akan menjadi bertambah gelap warnanya. Tapi boleh sahaja dipanaskan lagi sehingga menjadi kering dan hitam seperti Rendang Tok Perak. Lagi lama lagi bertambah gelap warnanya dan lagi sedap. Ketiga, saya memang tak menghiris halus terutama serai sebab tu masih nampak. Hahaha memang tak berapa sihat sikit. Terasa badan panas demam dan batuk batuk.
Apa apa pun, jom cubalah resepi tradisi negeri Perak ini. Memang sedap dan menjadi kesukaan saya sejak dulu. Hmmm apa lagi kalau dicicah dengan lemang atau makan dengan nasi minyak. Jom kita tengok resepi di bawah ini...
Apa apa pun, jom cubalah resepi tradisi negeri Perak ini. Memang sedap dan menjadi kesukaan saya sejak dulu. Hmmm apa lagi kalau dicicah dengan lemang atau makan dengan nasi minyak. Jom kita tengok resepi di bawah ini...
Rendang Tok Mertua
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb jintan manis )
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan hiris halus:
30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm halia
5 -7 batang serai
Cara cara:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging.
Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.
Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota:
Rendang ini lebih sedap selepas sehari.
suker mkn rendang tok...tapi tak pernah memasaknya......
BalasPadamLepas ni bolehlah cuba Nikee. Membuatnya tak sesusah mana sebab banyak bahan yang tersedia di kedai tanpa perlu bersusah payah
PadamSedapnya kalau dpt makan bersama lemang. Thanks kat azie for the recipe.
BalasPadamsedapnya...suka mkn rendang dgn ketupat..tksh kak azie sudi share recipe..moga kak azie cepat sembuh dan sentiasa perlindungan Allah swt...take care.
BalasPadamsedapnye kak....teringin nak masak nanti...thanks share resepi kak.. ;)
BalasPadamsdp btl tgk gmba rndang tu...rye nt msti saye cube buat.
BalasPadamsy tgok gambar pon sy dh rase lapar......
BalasPadamSedapnya kak... Salam perkenalan... Byk cuba resepi kak azie... Smua jadi..
BalasPadamSalam K.Azie...sy dah cuba..mmg sedap...sy share resepinya di blog...:)
BalasPadamMcm ada bunga lawang dan kayu manis...ker saya salah tgk yer
BalasPadamSedapnyeèe
BalasPadamSaya pun masak rendang dalam periuk tembaga... Turun temurun periuk nya.
BalasPadamSedapnya thank share resepi
BalasPadamThanks azie.last syawal saya try resepi u share ni.result my kids suka Sgt. Sy masak 2jenis rendang utk 1syawal yg lepas. Rendang cilipadi dan tok. Special for my kids after 6years xberaya dgn saya. Thank you so much dgn resepi yg azie share kat blog ni. Semoga Allah berikan rezeki mlimpahruah utk azie&family.
BalasPadamsalam kak azie. daging tu kene rebus dulu tak sebelum masak rendang? ke masak teros nanti die lembot sdiri ye?
BalasPadamTak perlu rebus pun. Nnt akan lembut sendiri.
PadamSalam kak sukatan utk kerisik berapa ye? Dan jintan manis pakai jintan serbuk ke?
BalasPadamLevih sedap guna jintan yang ditumbuk sendiri. Ikut sukatan daging. Boleh guna 2-3 sudu besar kerisik
PadamTengah buat rendang tok ikut resepi ni ngn pulut kuning juga tgk resepi akak...utk juadah di pagi raya....
BalasPadamMinta halal, selamat hari raya...tqvm😍😍😍😍😍😍
Salam puan . . Maaf nak tanya, selepas perap, adakah perlu ditumis dgn minyak atau terus letak di api sehingga air kering dan empuk ? Maaf first time nak buat rendang tok
BalasPadamDh selalu buat rendang tok huna resepi azie,mmg terbaik lah..ank selalu request rendang tok walau bukan time hati raya,terima kasih azie atas resepinya moga Allah sentiase memberkati azie dan keluarga dan mempermudahkan segala urusan azie
BalasPadam