Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Muffin Vanilla Dengan Kismis


Muffin Vanilla Dengan Kismis


Sebelum tu, jangan salah faham pulak. Saya menyediakan muffin ini sebelum saya disahkan allergik dengan tepung gandum. Itupun saya hanya memakannya 2 biji sahaja dan selebihnya saya menghantar ke rumah adik adik berdekatan kawasan perumahan kami. 

Saya memyediakan muffin ini pada hari itu pun, memang tanpa dirancang. Sambil bersarapan, saya memyediakan adunan apabila melihat bahan bahan yang digunakan sangat simple. Semudah membuat cucur gandum jer. Muffin adalah sesuatu yang sangat simple dan cepat disediakan. 

Secara asasnya, satukan  bahan kering dan bahan basah, kacau dan tuang ke dalam muffin cup. Sedia untuk dibakar. Pendek kata, kalau kita mempunyai tetamu di rumah pun, masih sempat menyediakan muffin dan menghidangkannya.


Muffin Vanilla Dengan Kismis


Resepi muffin ini saya ambil dari blog Corat Coret Nina MirzaMuffin ini sedap juga lebih lebih lagi di makan semasa panas panas walaupun saya suka makan muffin atau kek yang telah sejuk. Tapi saya masih suka cupcake dari muffin yang teksturnya agak kasar. Itu kiranya minat dan kesukaan masing masing lah kan. 

Saya membakar muffin hanya cukup cukup masak sahaja bagi mengekalkan kelembapannya. Jadi warnanya tidak cantik keperang perangan. Lagi pulak, saya dah tak mengikut arahan dan tips yang diberi Nina iaitu oven mesti betul betul panas dalam 20 minit dulu dan menggunakan suhu 180-190C. Memang agak kurang berpuashati dengan kejadian muffin hari ini. 

Jom kita tengok resepi yang saya olahkan sedikit mengikut bahasa sendiri...


Muffin Vanilla Dengan Kismis

Muffin Vanilla Dengan Kismis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1 biji telur
½ cawan minyak jagung
¼ cawan susu segar
½ sudu kecil vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kaster
Secubit garam

Bahan C
Kismis 

Cara-cara:
Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk.  Buatkan lubang di tengah-tengahnya

Dalam mangkuk yang lain, whisk telur, esen vanilla dan kemudian masukkan minyak dan susu. Kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam Bahan B. 




Kacau rata secara kaup balik memggunakan senduk (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa) 

Biarkan adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2 kali dan tuangkan adunan ke dalam sebanyak ¾ muffin cup.




Letakkan kismis kat atas dan dalam muffin tadi. Yang dalam, ditekankan ke dalam. 




Bakar muffin oven yang telah panas pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga kekuning-kuningan. 



Muffin Vanilla Dengan Kismis


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Muffin Vanilla Dengan Kismis"

  1. saya pun slalu gak buat muffin ni k.azie. fav anak.

    BalasPadam
  2. Salam Idul Adha Azie. Allergi tepung gandum? sorrylah...kakpb tak baca entry lepas2. Parah tu....boleh kurus dibuatnya.

    BalasPadam
  3. Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
    I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
    Boleh try ni....Sedap gila!!!
    Source and citation:http://resepimuffinvanillakukus.blogspot.com/

    BalasPadam