Makanan Untuk Orang Allergik
Lauk hidangan tengahari saya sejak mengalami allergik adalah makanan ringkas kering. Lagi pulak saya memang jenis yang tak suka makan nasi yang basah dan banjir. Memang boleh hilang selera melihat nasi yang banjir dengan kuah. Setelah 6 minggu, allergik saya tidak ada tanda menunjukkan sebarang perubahan, malah ianya silih berganti bak peta dunia. Bila ada yang mengecut, bengkak yang baru mula muncul sehingga saya malas lagi untuk memikirkannya. Ini adalah penyakit yang dikaitkan dengan "ageing" lah kot. Semakin usia meningkat, pelbagai masalah satu persatu yang muncul. Selain terus berusaha, kita kena redha dengan dugaan ini yang pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Insya Allah....
Ini adalah lauk yang biasa yang saya ambil, iaitu ayam goreng garam kunyit kosong seperti ini. Sangat susah untuk mencari masakan ayam yang dijual yang nampak menyelerakan. Pernah saya melihat ayam masak merah yang dijual di gerai nasi lemak di USJ4 yang langsung tidak menyelerakan. Hati saya berkata kata, biasanya orang berjualan begini, pasti pandai memasak. Tengok sahaja pun sudah rasa yang ianya tidak sedap. Langsung saya tak jadi membeli apa apa pada hari itu.
Ini adalah lauk yang biasa yang saya ambil, iaitu ayam goreng garam kunyit kosong seperti ini. Sangat susah untuk mencari masakan ayam yang dijual yang nampak menyelerakan. Pernah saya melihat ayam masak merah yang dijual di gerai nasi lemak di USJ4 yang langsung tidak menyelerakan. Hati saya berkata kata, biasanya orang berjualan begini, pasti pandai memasak. Tengok sahaja pun sudah rasa yang ianya tidak sedap. Langsung saya tak jadi membeli apa apa pada hari itu.
Yang ini pulak, salah satu makanan feveret saya tetapi tak bolehlah selalu selalu kerana saya juga mempunyai rekod tricegliseride yang tinggi. Memakan makanan dari internal organ ini boleh menyumbangkan ke arah menaikkan lemak di sekeliling internal organ. Hahaha juga kering kan. Saya pulak, bukan jenis yang suka letak kicap dalam nasi. Seingat saya, memang tak pernahlah saya makan nasi dengan kicap kecuali masakan berkicap.
Selain itu, saya dinasihatkan supaya mengambil banyak sayur sayuran, ulam ulaman dan buah buahan. Tapi dalam masa terdekat, saya tidak boleh mengambil oren walaupun saya tidak allergik dengan oren tetapi ianya boleh menambahkan lagi masalah allergik.
bersabar laa kak zie..maybe faktor usia juga mendorong kepada penyakit- penyakit yang tak ter sangka kak...lebih dari dapat yang lagi kronik seperti mama nikee..bermula dr hamil anggur,terus breast cancer.....patah jari tengah...fibroid remove+buang peranakan,dan last sekali 2009...colon kanser tahap 2..masih memakai colostomy bag...selama 4 tahun...atas alasan munasabah.....berat ujian tu tetapi dia mmg kuat kak!
BalasPadamNikee,
PadamRasa berat sungguh dugaan mama Nikee. Kita yang mendengar pun sudah merasa bebannya, apalagi dia yang menanggungnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan mama Nikee, pulihkan kesihatannya. Ameen
Saya pernah terkena allergik seperti akak sehingga dimasukkan beberapa hari di hospital....sehingga sesak nafas akibat allergic...doc pun tdk tahu punca...akhirnya baru saya tahu semasa allergic tidak boleh makan kicap,tempe ataupun makanan yg berasaskan soya...setiap orang berbeza allergicnya
BalasPadamAs salam dear..byk2 sbr ya dugaan dan ujian tidak memilih siapa, kesihatan yg baik memang tiada galang ganti namun percayalah pasti ada ganjaran yg besar menanti. su doakan semuga azie selalu didlm lindungan Allah dan sehat seperti sediakala, setiap penyakit pasti ada ubatnya, insyaallah pasti ada penawarnya. Berapa hari klu tak menjengok blog rindu dah rasanya,
BalasPadamSuhaila
Samalah kita Azie... saya kalau nasi 'banjir' tak puas makan... saya suka basah2 dan ada rasa kuah sikit dah cukup. Kalau makan nasi lemak saya tak suka sambal banyak.
BalasPadamTapi teruk juga alergik yang Azie alami ni... dah lama rasanya.... tak pulih2 lagi... sabar je ya... Nana tak ada apa-apa suggestion ke?
Nana masih baru. Doktor yg merawat saya ni deputy head di HkL for Dermatology for 22 yrs, pun bingung mencari punca nya
Padamsalam kak azie...susah jugak kan bila allergy ni..lagi-lagi pada golongan yang suka memasak dan makan ni...jenuh kena banyak bersabar
BalasPadamBila dpt sakit yg lmbt baik sy selalu ingat kata2 arwah opah sy..sakit lmbt baik bkn krn tak ada ubat tpi belum jumpa ubat yg serasi, in shaa allah bykkan brsbr n usaha n brdoa moga Allah sembuhkan pyakit...moga d tetapkan iman kita ats ujian(sy pn masih x sihat sgt tpi kna kuat demi mcri rezki)
BalasPadamAslmkm kak azie.. Kak buat detox khas utk hati. Yg terbaik setakat ni saya jumpe utk detox hati ialah milk thistle.
BalasPadamSuami sy juga mengalami allergic Susah hampir yg berpanjangan Dan berulang spt kak.. Mmg boleh sesak nafas kalau Taruk Sgt sbb saluran pernafasan turut membengkak.
Asalnya Kerana terlalu bnyk toksik masuk dlm bahan. Hati dah tak mampu nk tapis semua racun. Cuba perhatikan apakah sehari2 Kita terdedah dgn bahan kimia atau toksik. Kami tulah faham mengapa suami saya mengalaminya. Cuba kak kaji.. Mungkin racun spray.. Mungkin udara Kotor.. Dll..
Makanan bertoksik tinggi mmg tak boleh makan. Termasuk yg berperisa toksik sprti MSG. Makanan yg banyak perisa pewarna tiruan.. Beras yg tinggi kandungan pengawet, perhatikan makanan. Jika bertoksik mmg tak boleh. Punya yg dpt dilihat mungkin Kerana hati dah tak mampu taois racun. Suami sy buat detox hati Dan detox darah. Alhmdulillah sembuh. Jgn makan udang sbb tinggi toksik. Haritu tersilap makan udang.. Allergic menyerang kembali.
Tidur mesti awal sbb badan Kita detox pada waktu tidur awal malam. Smg kak diberi kesembuhan. Ameen
ambil redox dr hafiz sulaiman dan ikut protokol pemakanan dari dr hhafoz..alergik kerana badan kita kekurangan enzim dao pengurai histamin..inshaaAllah ramai yg alahan makanan,ekzema sembuh dengan mengambil redox bg meningkatkan enzim dao dan pulihkan usus.
BalasPadam