Makanan Di Dalam Ward
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Alhamdulillah hari ini doktor membenarkan saya discharged walaupun saya sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Masih terdapat rashes baru yang muncul setiap masa. Kali ini saya hanya ingin membuat coretan entri berkenaan makanan di dalam ward jer. Dalam banyak banyak kali saya dimasukkan ke ward, kemasukan kali ini agak berlainan kerana saya disahkan mengalami allergik dengan badan dipenuhi dengan bengkak gegata yang kronik sehingga ubat yang diberi tidak memberi kesan sepatutnya. Ujian allergik yang dibuat mengesahkan saya tidak boleh mengambil menu berasaskan tepung, yis, daging serta makanan laut. Yang paling utama dalam kategori makanan laut ialah ketam. Hmm patutlah saya mengalami allergik yang secara instant di Fisherman Wharf dulu. Tapi saya tak janjilah kalau ke sana lagi yang saya tak akan memakan steam crab lagi. Mungkin kena dapatkan nasihat doktor, andai ingin berkunjung ke tempat dalam kategori "seafood heaven".
Bila makanan berasaskan tepung disenaraikan, memang banyaklah yang terlibat seperti roti, biskut, kek, bun, pastries, roti canai, spaghetti, mee kuning dan banyak lagi. Jadi kali ini bukan sahaja saya memikirkan apa yang boleh dimakan tetapi pihak dietian di hospital yang dipanggil untuk memberi nasihat kepada saya juga mengalami masalah untuk menentukan makanan yang sesuai untuk saya apabila mereka menerima senarai makanan yang tidak boleh diberikan kepada saya. Terutama selepas mengambil kira saya tidak mempunyai pembantu rumah yang boleh menyediakan makanan dari rumah untuk sarapan dalam keadaan terkejar kejar ke pejabat. Maklumlah menu sarapan pagi di Malaysia ni, selain nasi lemak adalah kuih muih berasaskan tepung. Manakala nasi lemak pula, saya mesti memastikan tiada lauk menggunakan makanan laut atau belacan di dalamnya. Kalau telur pula, hanya dibolehkan telur putih sahaja.
Sebagai kenangan, saya nak tayangkan menu yang dipilih termasuklah nasi goreng yang digoreng khas untuk saya bersama ayam goreng dan sayur sayuran.

Selain itu, saya diberikan bubur nasi yang sangat kosong tanpa ikan bilis, telur masin dan daun bawang. Saya menjamah sedikit sahaja bubur ini dan selebihnya memakan oren dan anggur yang hubby beli.
Yang ini pula, ada menu makana malam yang sempat saya snap bila saya rasa sihat sikit. Itu pun dah makan separuh, barulah teringat nak snap. Ini rasanya kali pertama saya menjamah Brown Rice. Hmm memang tak berapa sedap. Jadinya saya hanya meratah ikan dan sayur peria yang pahit tapi sedap pulak pada tekak saya.
Pada hari terakhir, menu sarapan pagi yang lebih membuatkan saya ceria. Taaraaa Lontong dan Kuah Lodeh yang barulah kena dengan selera Melayu saya. Tapi biasalah hidangan di hospital, mana ada kaya dengan pelbagai sayuran. Hanya diletakkan kubis, terung, karot, kacang panjang, cili dan tempe sahaja. Dah ok pun senarai tu, cuma jumlah portion sayuran yang diberi agak sedikit.

Yang ini pulak menu tengahari sebelum discharged. Saya siap meminta 2 biji telur rebus. Namun dipesan supaya saya tidak memakan telur kuning. hihihi telur kuning tu yang saya suka, camne nak buat ya. Haa buat buat tergigit sedikit telur kuning. Ish ish memang jenis payah nak disiplinkan diri kalau bab makan nih.
Apa apa pun, saya sebenarnya tidak merungut sebaliknya redha dan yakin dengan hikmah di sebalik ujian ini. Mungkin dengan cara ini, saya boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat apabila saya perlu mengambil lebih banyak ulam ulaman, sayur sayuran dan buah buahan di dalam diet saya. Di samping itu, saya ingin kembali melakukan simple exercise bagi mengelakkan masalah jantung dan lain lain penyakit yang berkaitan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Selamat tinggal Room 509 yang begitu lama saya huni. Di sini mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan. Erti nikmat rezeki Allah yang dikurniakan kepada kita selama ini. Pemandangan tasik yang pastinya akan dirindui...

asalamualaikum!..alhamdullillah allah telah permudahkan urusan akak di sana....semua makanan di atas adalah feveret saya di hospital..yerlah..walaupun blum pernah merasa dok di tropicana hospital milik doc colin lee ni....ye kak zie..ini adalah yg terbaik...kak semoga akak selamat selalu dan cepat semboh ok..
BalasPadamSalam, Kak Azie... amboiii, buat2lah pulak tergigit kuning telur tu ya.. haippp!! Len kali jangan buat lagi Kak Azie.. semoga Kak Azie dikurniakan kesihatan yg elok supaya dapat terus membuat catatan di sini...
BalasPadamp/s Steam Crab??? Nangis kalau tak dapat, huhu
Salam Kak Azie,
BalasPadamSetiap ujian tuh ada hikmahkan kak...insyallah u'll be okay. take care.
Hi Azie, glad to hear you are discharged. Couldn't help giggling about the egg yolks. I love egg yolks too :) Hope that you recover fully soon!
BalasPadamAs'salam kak azie...semoga cepat sembuh! kena lebih berdisiplin kalau nak cepat baik kan..
BalasPadamtetapi kadang-kadang kalah gak kita kan...take care kak