Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan


Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan

Hari ini, saya ingin menayangkan entri yang telah lama tertunggak di dalam dashboard. Saya cuma perlu klik "publish" macam dalam filem Istanbul Aku Datang kesukaan saya yang dilakonkan oleh Lisa Surihani tu. Filem itu sangat sangat membuatkan saya terhibur menontonnya tanpa jemu. Hmm lepas ni, tak tahulah lagi bila saya boleh memasak dan makan daging kerana ujian darah mengesahkan yang saya allergik dengan daging terutama daging lembu. 

Sejak pandai memasak kerutuk ni, dalam kepala asyik teringin nak makan kerutuk jer. Kerutuk adalah masakan istimewa orang Kelantan. Rempah kerutuk juga dibawa dari sana. Kalau sebelum ini, saya menyediakan Kerutuk Itik Serati di SINI tapi kali ini, saya menyediakan kerutuk daging pula. Boleh juga tengok di SINI penyediaan gulai kerutuk daging kambing yang disediakan secara gotong royang di rumah kakak saya. Masakan kerutuk daging lebih sedap jika daging dipotong tebal. Orang Kelantan panggil sebagai kerutuk gulai buku besar. Barulah terasa urat urat dagingnya. Tetapi terdapat sedikit salahfaham bila saya memesan hubby membeli daging batang pinang ini di pasar Subang Jaya tempohari. Daging telah dihiris nipis pulak. Terpaksalah juga memasak kerutuk dengan daging ini, maklumlah hari itu, 2 kilo daging yang dibeli. 



Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan

Yang sebenarnya saya memasak kerutuk ini untuk dihidang pada Roslina, rakan sebilik semasa umrah Ramadhan tempohari. Bagi mempercepatkan proses memasak, saya menumis rempah dan memasak daging terdahulu sehingga empuk. Keesokannya barulah, dimasak dengan santan dan lain lain perencah. Tapi kita hanya merancang apabila malamnya saya dimasukkan ke ward kecemasan kerana serangan batu karang. Hubby telah menyimpan daging yang telah empuk di dalam freezer. Hari ini, saya cuma perlu menyambung kerja kerja memasak kerutuk sahaja.

Kerutuk ini lebih sedap dimakan dengan nasi putih dengan sambal belacan berulamkan hirisan timun atau acar timun mentah. Kita tak perlukan lagi lauk lauk lain pun. Tapi jika suka, boleh juga kalau nak dimakan dengan nasi minyak. Di Kelantan, sejak dulu lagi nasi minyak lebih popular berbanding dengan nasi briyani atau nasi tomato. Ianya biasa dimasak untuk majlis majlis perkahwinan. Jom layan resepinya.


Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan

Kerutuk Daging Batang Pinang

Bahan bahan:
1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2")
3 sb rempah kerutuk
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, bunga lawang, pelaga
1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.
3 sb kerisik
Garam
Gula
Gula Melaka
1 keping asam keping
Tomato ketchup - boleh menyedapkan lagi

Cara cara:
Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.

Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak. 

Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada. Kalau tak letak pun OK tapi ianya petua pakar masakan di Perupok.

Sesuaikan kepekatan dan rasa. Olehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas bersama sambal dan ulam timun. 




Memang terangkatlah. Kebetulan sambal belacan yang disediakan oleh sepupu saya ini memang sangat sedap.


Sambal Kelantan



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

31 ulasan for "Kerutuk Daging Masakan Negeri Kelantan"

  1. Kak Azie,

    sedapnya. nanti saya cuba resepi akak :)

    how are u?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deaf Ummi,
      Nnt boleh masak kerutuk daging korban

      Padam
  2. yummy!!..feveret SB la ni..cuma tak boleh mkn daging selalu sangat..

    BalasPadam
  3. salam Azie. Moga bertambah sihat. Hari tu pergi ke Halfest dan sempat sambar rempah kerutuk dari Kelantan. Dalam kepala dah terbayang nak cari resepinya di blog Azie. Saya suka daging kerutuk makan dengan nasi dagang spt di gerai Selera Pantai Timur sek 6 Kota Dmsra. Daging kerutuknya sedap!. Thanks sbb share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ohh ita pun selalu ke sana ya. Saya pun selalu ke sana terutama hari minggu. Sejujurnya kerutuk di situ, rupanya dah mmg nmpk best tp rasanya kurenng. Tak rasa manis masin. Tak secukup rasa. Kerutuk kena rasa manis gula Melaka. Mungkin sb yg masak tu org Indon bkn tukang masak Kelantan.

      Padam
  4. akak maksud rempah kerutuk tu apa nya ..

    BalasPadam
  5. Salam Kak Azie,

    Wah terliur sekejap. Tak tahu kalau kat Singapore ni ada jual rempah kerutuk. Nak kena pi memburu kat supermarket nampaknya nih... Memang ada rempah kari, rempah sop dari jenama Adabi. Rempah kerutuk tak perasan pulak. Teringin I nak mencuba.

    By the way, hope you are feeling much better now and recuperating well. Take care always.

    BalasPadam
  6. Salam Azie... ada cara ke nak bagi daging tu lembut ye? saya ni fail sikit bab masak daging, selalu je liat... boleh sakit gigi dibuatnya.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kina. I baru beli pressure cooker sb lama nk empukkan daging. Ada petua yg kena rebus daging dg betik muda bagi cepat empuk.

      Padam
  7. Meme sedak make gulai kerutuk daging...kade2 tuh kalu ado hk lebih wk cicoh dgn roti....

    BalasPadam
  8. Assalam.msh baru d dunia blog nie..nmpk sdp n sy msti cuba coz sy suka daging yg di masak kuah begini.nk request 1 resepi.org utara kata 'rendang besar'.k.tq

    BalasPadam
  9. salam akak. tenkiu bagi resepi. nampak sangat best. nak tanya sebelum tumis bawang, tumis kayu manis, bunga lawang dengan buah pelaga tu dulu eh? sebab dalam bahan ada tapi kat cara2 tu takda mention plak nak campak mana.. tenkiu kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan bahan tu dikenali sebagai rempah penumia yg ada disebut dlm perenggan kedua cara cara memasak

      Padam
  10. Assalam sis.. sgt sedap resepi yg sis kasi ni. Dinner mlm ni buat kerutub ni.. sedap..

    www.mamadasuki.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Kebetulan kakak angkat dr kelantan bw rempah kerutuk. Blh la mencuba resepi sis ni. Nmpk mcm mudah bg org yg x berapa mahir mcm saya ni. Tq sis azie krn sudi berkongsi resepi

    BalasPadam
  12. Assalamualakimu.. wa... sedapnye.. td dok cari ler resepi ni.. konon nak buat lah.. Allah tak izin kan.. sbb internet menyiput.. dah habis masak bru dapat buka blog ni.. maka td masak daging masak kicap jek. hahahai..

    Jemput Singgah blog saya..
    entry pg td tentang hari ahad yang power..

    http://adawiahnik.blogspot.com/2014/12/hari-ahad-yang-bermakna-kembara-glc.html

    BalasPadam
  13. Sis,nak mintak resepi sambal belacan boleh x...nampak sedap je..>_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..sy pn nak jugak sis azie..semua masakan kelantan sy follow dr resepi sis..alhamdulillah menjadi..ni tgh bt daging kerutup pulak..

      Padam
  14. assalamualaikum... mohon di ijazahkan pada saya kerana saya nak masak untuk isteri saya Dan keluarga...hehe

    BalasPadam
  15. salam kak azie boleh saya tahu resepi sambal belacan di atas? nampak sgt sedap..dan suka smbl blacan hehe

    BalasPadam
  16. okkk...tengah try masak kerutuk resipi ni.Ni masakan fave ibu mertuaku. Tak pernah mkn so tak tau rghupe mcm mana.hehe..so let's try..

    BalasPadam
  17. On azie.. Maaf bertanya kenapa sy msk kerutuk tak warna hitam sebaliknya warna kemerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya bergantung kpd rempah kerutuk. Kebanyakan rempah kerutuk, akan hasilkan warna gelap. Guna juga gula Melaka.

      Padam
  18. Salam azie.... Saya baru selesai buat kerutuk udang guna resepi ni...terbailah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Wah sedap tu. Nnt Ramadhan boleh tukar resepi

      Padam
  19. Macam mna nk buat sambal lada nye pulak kak azie? Boleh share resipi

    BalasPadam
  20. Boleh ya saya share resepi.

    BalasPadam
  21. Askum sis. Sy suke tgk resepi² sis buat. Sy share ye..tq

    BalasPadam
  22. Salam, Tq for sharing the delicious recipes. Awesome taste!
    I nak share Resepi Sejarah Nasi Lemak.
    Boleh try ni....Sedap gila!!!
    Source and citation:http://sejarahnasilemak.blogspot.com/
    #masakan #pelbagai #resepi masakan #menyediakan pelbagai
    #pelbagai resepi #resepi #dessert #dan pelbagai #menyediakan
    #pelbagai resepi masakan #dessert dan pelbagai #dessert #blogger

    BalasPadam