Ikan Masak 3 Rasa
Ini pula adalah masakan ikan saya yang seterusnya dalam usaha mempelbagaikan masakan ikan. Memang sedap masakan ini, bukan lagi 3 rasa tapi ada pelbagai rasa di dalamnya. Ada sedikit rasa masakan ala Thailand apabila saya menggunakan sedikit sos ikan di dalamnya. Saya memang sukakan rasa dan bau bunga kantan dan daun limau purut, yang menambahkan lagi keenakan rasa isi ikan. Tapi, syarat utama untuk menyediakan lauk ikan yang sedap ialah dengan menggunakan ikan segar kerana isi ikannya masih manis.
Kalau nak tahu bagaimana sedap nyer rencah ikan hari ini, sehingga Aween semasa makan asyik menyebut, "Esok Mama masak ayam macam ni juga tau". Maknanya bukanlah ikan yang sedap pada Aween tapi rencah yang menyaluti ikan tu lah yang sangat sedap. Berkali kali dia berpesan supaya memasak lauk ini lagi esok tetapi menggunakan ayam pula. Sekembali dari surau, Aween meminta saya memasak nasi lagi kerana ingin menghabiskan ikan yang sebelumnya saya minta disimpankan sedikit untuk Juita. Aduhaai kalau sekadar nak memasak 1 pot beras, tak ada lah saya nak guna rice cooker. Jadinya saya pun tanak sahaja beras tu.
Kalau nak tahu bagaimana sedap nyer rencah ikan hari ini, sehingga Aween semasa makan asyik menyebut, "Esok Mama masak ayam macam ni juga tau". Maknanya bukanlah ikan yang sedap pada Aween tapi rencah yang menyaluti ikan tu lah yang sangat sedap. Berkali kali dia berpesan supaya memasak lauk ini lagi esok tetapi menggunakan ayam pula. Sekembali dari surau, Aween meminta saya memasak nasi lagi kerana ingin menghabiskan ikan yang sebelumnya saya minta disimpankan sedikit untuk Juita. Aduhaai kalau sekadar nak memasak 1 pot beras, tak ada lah saya nak guna rice cooker. Jadinya saya pun tanak sahaja beras tu.
Memang lama betul rasanya saya tak menanak nasi seperti ini. Semasa kecil dulu, nasi dimasak dengan cara ditanak atas dapur kayur api. Memang kena pandai mengagak bara yang akhir supaya nasi tidak berkerak. Dulu petang petang, kena ke hutan belakang rumah mencari kayu api dan tempurung serta sabut kelapa untuk memasak. Kalau musim tengkujuh, kenalah banyak menyimpan stok kayu api. Setelah berpindah ke rumah baru, barulah kami menggunakan dapur gas untuk memasak. Masa tu, baru lah belakang periuk tidak lagi hitam melegam tebal diselaputi asap jelaga.
Haa kalau dengar cerita anak saya di atas, pastinya lauk ini sangat sangat patut dicuba. Lepas ini, saya nak cuba lagi resepi ini tetapi menggunakan ikan yang digoreng pula. Jika ada yang ingin mencubanya, saya sertakan di bawah ini resepi Ikan 3 Rasa......
Ikan Masak 3 Rasa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
1 sk kicap manis
1 sb jus limau nipis/lemon
2 sb gula pasir1 sb jus limau nipis/lemon
Cara Cara:
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.
Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.
yummeh...!!!
BalasPadamTerliur pulak...
BalasPadamrasa nak buatlah...insyallah esok kut,,,
BalasPadamNoor,
PadamBuat jangan tak buat sebab sangat sedap
Aduhhh sedapnya tgk ikan tu kak... ratah pun seda.saya pun sama cam akak..setakat nk masak nasi 1 @1/2 pot..guna claypot aje.masak atas dapur stimbot.kalau gn rice cooker alamatnya buat membazir elektrik saja...
BalasPadamAda kelainan.. Boleh cuba ni..
BalasPadamterliurrrrrrrrrr....
BalasPadambaju murah2
BalasPadamhttps://www.facebook.com/butiknur.zaara
dah cuba semalam.. tp tkr ketam.. mmg best.. tq kak azie for sharing resepi..
BalasPadamHari ini saya masak resipi ni tapi guna ayam goreng garam kunyit seperti yang Aween suruh. Sedap, sambil makan sambil kata sedap. Terima kasih Azie kerana sudi berkongsi resepi.
BalasPadamsedapnya..ada ikan bawal je..blh lah.. singgah blog >>
BalasPadamkasihmamaaqil4.blogspot.com
klu google masakan apa2, msti saya pilih dari azie kitchen.. sgt menyelerakan dan sgtlah byk menu nye.. tq azie kitchen..
BalasPadamsedapnyer..terima kasih sudi berkongsi
BalasPadamsedappppp! thank u kak. kalau xda akak mmg susah cari recipe yang sedap dan simple.
BalasPadamTerliurnye kak...nk cube lepas ni
BalasPadamSalam...minta izin guna guna resepi di atas kak...memang mantap resepi ni...perlu dicuba!!!!
BalasPadamWah, sedap nampaknya..saya nk cuba masak mlm ni :) tq for the resipi yer kak :)
BalasPadamJazakallahu khair kak..sudi kongsikan resepi nie...
BalasPadamnak buat dah nie....cari resepi kat internet...
mcm sedap je!nak try jugak la..tapi bergoreng kot.
BalasPadamTerliur tgk resepi akak ni...skrg ni tgh try resepi akak ni..hrap mnjadi...
BalasPadamhari tu tak menjadi nasi briyani ..sedih la kak ;(
BalasPadamapapun nak buat ikan masak 3 rasa ni pulak..
mudahan2 kali ni menjadi
tq sharing.. nak try tuk buka posa :)
BalasPadamSedap.. dah try. And this is one of my fav. Recipe.
BalasPadammesti cuba ni untuk berbuka.. nyummy
BalasPadamCherita Chenta
Sedapnya.....
BalasPadamSedapnya...
BalasPadamNommm nommmm.... yummehhh... makasih doang atas respinya... 😄
BalasPadamLooks yummy gotta try tonite for dinner hehe
BalasPadamThank you for sharing n btw eid Mubarak ye
First time masak spenuhnya. Alhamdulillah menjadi sgt2 sedap diatas panduan Puan Azie kite nih. Makasih ya^^
BalasPadamSedap sgt2 alhamdulillah menjadi hehe ank2 n somi ske, tkg masak pon hepi hehe. T.ksh sis for sharing
BalasPadamSalam kak azie..cili kisar tu cili kering kisar kan..
BalasPadamtq 4 sharing...
BalasPadamPergh sedap
BalasPadamAwesome..tq
BalasPadamSaya dah cuba..memang sedap..
BalasPadamHalo Kak Azie, saya sudah mencoba resep ikan 3 rasanya. Sedap sekali! Saya ijin sharing masakan yang telah saya recook di blog saya, Just Try & Taste ya, dan tentu saja saya cantumkan sumber dan link back ke blog Kakak. Terima kasih. Selamat menunaikan ibadah pusa. ^_^
BalasPadamSedap sangat...thanks resepinya kak Azie...
BalasPadamKalau xde bunga kantan..boleh x?
BalasPadamBoleh juga tapi rasa bunga kantan tak ada lah dalam tu
PadamTq.. Saya nak cuba esok.. Anak2 memang suka ikan 3 rasa
BalasPadamSedap
BalasPadamI try the recipe verry tested
BalasPadamI love it tq soooo much yummmyyy....yummmyyy....
Harap2 menjadi! Akan cuba hari ni
BalasPadamterima kasih kak azie atas perkongsian resepi ini...
BalasPadamTerima kasih k.azie atas perkongsian resepi...Semoga Allah sentiasa memberkati
BalasPadamSaya br lepas mencuba resepi ni. Sedap !! Terima kasih kak azie :) cuma sy xde sos ikan jd gantikan dgn asam jawa
BalasPadamPakai sos ikan rasa kuah akan lebih menyerlah,lepas ni boleh beli sos ikan dan simpan, bila2 masa bole pakai
PadamBetul tu.Sy pun sk msk gn sos ikan.
Padamdari cerita yang dibaca... dapat dibayangkan orangnya ini. Jenis baik hati, ceria sentiasa membantu yang lain. Saya tersentuh dengan kebaikan akak yang tidak lokek berkongsi resepi. Blog yang sangat memberi kebaikan kepada saya. terimakasih kak !
BalasPadamKalo sya goreng ikan dengan tepung goreng serbaguna adabi,rasa ikan lebih sedap apabila digabung dengan kuah dan ada sedikit kerangupan pada ikan nyum..nyum..
BalasPadamBoleh tak kalau nak guna ikan lain sebagai ganti .??
BalasPadamKalau ganti dgn ikan lsin masih sedap ke ??
BalasPadamBoleh juga
Padamsaya kalau nak masak lupa resepi, mesti nak cari yang azie kitchen punya sebab gerenti sedap... dah cuba macam2 resepi.. terbaik dan teruskan berkongsi semoga beroleh pahala berpanjangan
BalasPadamResepi azie kitchen X pernah mengecewakan..menjadi n sedap2 semua.tq sudi share resepi..❤️❤️❤️
BalasPadam