Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Satay Goreng


Satay Goreng


Saya sememangnya penggemar satay sejak kecil dan boleh menghabiskan berpuluh cucuk satay sekali makan. Cuma bila dah berusia ni, jumlah yang dimakan dah berkurangan. Bukan sahaja satay tapi apa apa jer, macam dah tak berselera macam dulu. Tapi kalau time tengah tak lalu makan, pasti satay lah yang akan membangkitkan selera saya. 

Teringat semasa kecil dulu, susah sangat nak dapat makan satay kerana bonda saya memang tak pernah lah buat satay. Satay ni kira makanan orang orang kaya lah. Kalau nak makan satay, kenalah tunggu hari raya. Pergi beraya rumah aunty, baru dapat makan kerana mereka selalu menyediakan satay yang sedap pada hari raya.



Satay Goreng



Teringat satu lagi peristiwa sewaktu baru baru datang ke KL kerana melanjutkan pengajian di universiti, saya dan kawan kawan ke Chow Kit. Hari tu jer, saya makan hampir 20 cucuk satay. Aduhaai maklumlah masa tu dapat merasa pegang duit sendiri, duit biasiswa yang sangat lumayan giteww. 

Terdapat berbagai cara untuk menyediakan satay yang telah dibuat transformasi ni. Klau yang tradisional semua orang pun tahu kan? Di bakar atas dapur yang ada bara arang dan dipercikkan minyak dengan batang serai yang diketuk ketuk terlebih dahulu. Tapi kini satay boleh digoreng di dalam kuali dengan minyak yang banyak, boleh juga digoreng di dalam kuali tanpa minyak/guna minyak sedikit atau dibakar di dalam oven dengan dengan sedikit minyak pada suhu maksimum dan dikacau sekejap kejap hingga masak. 

Kalau sebelum ini, saya mencucuk satay di lidi buluh dan digoreng di dalam minyak, tapi kali ini saya hanya menggoreng di dalam minyak yang banyak. Boleh klik entri satay cucuk goreng di SINI dan kuah kacang di SINI. Memang resepi kuah kacang ini akan menjadi a keeper recipe untuk saya. sini. Jom kita layan resepi satay yang saya sertakan di bawah ini untuk memudahkan rujukan....


Satay Goreng

Satay Daging

Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah 
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara cara:
Daging dibersihkan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.




Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. 




Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. 



Satay Goreng

Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. 

Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Biarkan basah basah sedikit. Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah. 


Satay Goreng

Memang terbaik dan sangat mudah dan cepat disediakan. Pendek kata dengan Satay goreng ni, sesiapa pun boleh menyediakan satay sendiri di rumah. Yeaay...



Satay Goreng

Tengok banyaknya dalam pinggan saya. Hahaha anak saya pun suka makan satay goreng ni. Memang terbaik lah.


Satay Goreng

Selamat mencuba....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Satay Goreng"

  1. yeayyy!!! nak cuba buat satay goreng lepas ni.(tak tau ler selama ni satay boleh digoreng)..huhuhu...

    BalasPadam
  2. Mmg gud idea ..sy pon peminat sate !.. Tak sabo nk cuba ..tq k azie

    BalasPadam
  3. Masuk- masuk ja terus nampak sate goreng yg menggiurkan..Ops! sampai lupa bg salam..Assalamualaikum.
    Selama ni sue punya sate goreng adalah baki sate yg cucuk tu..Ditanggalkan dan digoreng dgn cara sue semual. Tu la sate goreng sue.. ternyata ini rupanya sate goreng. Sangat2 bagus la..Sebab tak perlu di bako atas arang.. :)

    BalasPadam
  4. Salam kak azie..mak saya pun selalu wat satay goreng..senangkan..xyah nk cucuk2 dah..hehe!

    BalasPadam