Satay Bakar Dalam Oven
Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari kuliah Zohor Ustazah Suraya hari Jumaat sebelum cuti Hari Malaysia yang sangat menyentuh hati saya, yang saya salin dan olah untuk mudah difahami. Maaf jika ada kelemahan di dalam tulisan ini. Saya kongsikan juga di dalam facebook. Ternyata topik ini banyak memberi kesedaran kepada saya terutamanya. Topiknya adalah Asmaul Husna, Al-Muzil: ( المذل) Maha Menghina/Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
Kenapa manusia dihina oleh Allah SWT? Kerana manusia telah menzalimi diri sendiri. Contoh Nabi Yunus yang merajuk dan pergi ke tepi pantai sehingga akhirnya ditelan dan masuk dalam perut ikan dan Nabi Adam yang telah dihalau dari syurga. Bila kita ditimpa musibah, mungkin adalah kesilapan, kesombongan kita atau penghinaan kita pada orang lain samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Jika kita ditimpa musibah, kena redha kerana Allah pilih kita, kerana Allah sayangkan kita, kerana Allah mahu kita berdoa dan meminta kepadaNya dan Allah mahu mengabulkan permintaan kita. Terima kasih, Ya Allah kerana aku yang Engkau pilih. Seperti juga Nabi Yunus dan Nabi Adam, mereka tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya Nabi Adam memohon keampunan Allah SWT dengan membaca "Rabbana zalamna anfusana wa il lam taghfir lana wa tarhamna lanakunan minal-khasireen".
Allah berfirman, Aku malu kalau tak bagi pada kamu, Aku malu kerana Aku Maha Kaya, Aku adalah Ar-Razzaq, Al Malik. Maka apa sahaja yang kamu minta, Aku bagi. Tapi kamu dengan Aku sedikit pun tak merasa malu, tapi kalau dengan manusia lain, sangat lah malu. Fikirkan lah, betapa kita kalau dengan manusia lain, apa tindakan kita. Bunyi handphone, cepat dijawab tapi bunyi azan, sedikit pun kita tak peduli. Sedangkan Allah SWT yang mencipta kita. Sama sama lah untuk kita berubah, letak hanya Allah SWT di dalam hati kita. Dengan mengingati Allah sepanjang masa, hati akan menjadi tenteram yang disebut dalam ayat 28 Surah Ar Ra'd.
Kalau di entri sebelum ini di SINI dan di SINI, saya kongsikan resepi Satay goreng yang dicucuk dengan lidi dan digoreng dan juga satay yang terus digoreng dalam minyak yang banyak, kali ini, saya sediakan pula versi satay yang dibakar di dalam oven. Pada saya, cara inilah yang paling mudah dan paling sedap kerana ianya agak lembab lembab bila disiram dengan minyak masak. Pendek kata lebihan perencah dalam dulang pembakar pun licin disapu, kerana memang sedap weeh...
Kalau nak membuat Satay, saya cadangkan supaya membeli daging batang pinang. Ianya cukup lembut dan sekejap sahaja dibakar, sudah memadai. Lepas ni, saya nak cuba membuat Satay Ayam pulak. Satay bakar seperti ini sedap juga dimakan begitu sahaja dengan nasi impit walapun tanpa kuah kacang. Atau boleh disediakan sebagai lauk. Dulu dulu, saya ada menyediakan Satay Goreng yang resepinya saya belajar dari Kak Ana, yang merupakan sahabat saya yang juga ex boss. Resepi arwah Bonda Kak Ana ini juga sangat mudah dan sedap. Jika ada masa yang sesuai, saya akan kongsikan resepinya di blog Azie Kitchen. Kenapa saya katakan, saya perlukan masa yang sesuai? Ooh kerana resepi itu lebih sedap jika dicampurkan daging, paru, limpa dan hati. Hahaha ini resepi versi tak derhaka nyer. Versi yang ikut ajaran guru.
Jom kita layan resepi satay yang sangat mudah ini tetapi sedap...
Satay Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit
Cara cara:
Daging dibersih2kan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.
Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul.
Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.
Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.
Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.
Kali ini, saya membakar di dalam oven dengan merenjis sedikit minyak di atas daging perap. Jadi daging tak perlu dicucuk dengan lidi. Panaskan oven ke tahap maksimum. Saya guna suhu 200C. Masukkan dulang ke dalam oven.
Sekali sekala dibalik balikkan daging dan terus bakar lagi sehingga daging garing. Bolehlah diangkat dan dihidangkan...
Kali ini, saya membakar di dalam oven dengan merenjis sedikit minyak di atas daging perap. Jadi daging tak perlu dicucuk dengan lidi. Panaskan oven ke tahap maksimum. Saya guna suhu 200C. Masukkan dulang ke dalam oven.
Sekali sekala dibalik balikkan daging dan terus bakar lagi sehingga daging garing. Bolehlah diangkat dan dihidangkan...
As'salam Azie
BalasPadamInsyaAllah nanti saya akan cuba, terima kasih.
sedap
BalasPadamAssalamualaikum Kak..Terima kasih untuk kisah yang penuh ingatan itew...Sebab kita yang bersifat manusia selalu juga terlalai dan terlupa...
BalasPadamDan Sate Goreng itew nampak sangat sedapppppp..teringin sangat nak mencubanya....
Kak,tk sgt share tazkirah Ustazah Suraya tu... Sgt bagus.
BalasPadamDan sate tu pulak,dh beberapa kali tengok kt blog ni.......waaaaa!!! Sedapnyeee....! Mesti cuba ni,tk share resepi..;-)
suke resepi ni. terima kasih kak :)
BalasPadamdill.
sdaapp lhaaa
BalasPadambest buat gini kan..senang pun ye ..t nak try juga la zila..
BalasPadam