Red Velvet Cheese Brownies Untuk Majlis Harijadi
Ini adalah kali kedua saya menyediakan Red Velvet Cheese Brownies sebagai meraikan staf dalam seksyen yang menyambut hari jadi dalam bulan September. Kalau nak tengok, RVCB yang saya sediakan sebelum ini, boleh klik di SINI.
Saya menyediakan adunan kek manakala Juita pula menyiapkan adunan lapisan cheese. Pada mulanya bercadang untuk menyediakan Carrot Cake tetapi memikirkan pasti ramai kawan kawan yang belum pernah merasai keenakan kek RVCB berbanding dengan Carrot Cake, saya pun menukar ke resepi ini.
Saya menyediakan adunan kek manakala Juita pula menyiapkan adunan lapisan cheese. Pada mulanya bercadang untuk menyediakan Carrot Cake tetapi memikirkan pasti ramai kawan kawan yang belum pernah merasai keenakan kek RVCB berbanding dengan Carrot Cake, saya pun menukar ke resepi ini.
Menyediakan RVCB ni yang seronoknya apabila kita boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mencorakkan lapisan permukaan cheese. Inilah saat yang menyeronokkan. Saya mengambil 3 sudu besar adunan untuk dilorek di atas lapisan cheese tapi ada lebihan yang kemudiannya saya bakar di dalam bekas kecil. Memang sedap kek ini yang dimakan semasa masih panas panas bersama Juita. Lain kali, ambil 1-2 sudu besar pun sudah memadai.
Jika ada yang ingin mencuba kek yang sangat sedap ini, lebih lebih lagi jika dimakan sejuk sejuk, bolehlah melihat resepinya di bawah ini...
Red Velvet Cheese Brownies
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (boleh jer guna saiz B)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 1-2 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. (Nota: Saya bakar hanya 30 minit kerana menggunakan loyang bersaiz 10"x10''). Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.
Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.
Isikan adunan kek yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.
Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak (Saya bakar dalam 25 minit sahaja). Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan.
Lapisan Cheese
Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A (guna gred B)
1 sb jus Lemon
Cara cara:
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.
Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan tepung kek yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.
Sedapnya kek velvet....
BalasPadamSB mintak izin salin resepi keknya, AK..
BalasPadamMmg menggoda.. Mntk izin salin resepi ye. Tk
BalasPadamakak.. kite mintak resepi ni ehh? kite share ye kak.. nampak best sangat!.
BalasPadamcopy resepi ni yer sis..bestnyer..
BalasPadam