Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pisang Nipah Goreng


Pisang Nipah Goreng


Keinginan saya untuk makan pisang Nipah memang bukan calang calang tau, ke mana pergi pasti saya akan bertanya tentang pisang nipah. Mata juga mengintai ngintai kot ada pokok pisang Nipah untuk mendapatkan anak benihnya. Akhirnya setelah lebih dari 5 tahun, anak pokok pisang yang dihantar ke rumah Datin Ros telah berbuah. 

Datin Ros telah menghantar 2 sikat ke rumah saya. Jadi apa lagi, projek pertama pagi hari sabtu lalu ialah memasak pisang Nipah goreng. Kalau mengikut perancangan asal, saya dan Roslina akan mula belajar mengaji dengan Kak Kamariah di Kelana Jaya pada pagi itu. Jadi saya fikir, bolehlah juga dihidangkan kepada Roslina sebagai sarapan sebelum kali bertolak. Namun di saat akhir, Roslina mempunyai urusan keluarga. Hahaha jadi nya bersarapan seorang diri dengan menikmati keenakan pisang nipah goreng.


Pisang Nipah Goreng


Jom ikut saya ke dapur dan kita tengok bagaimana saya menyediakan pisang goreng. Sejujurnya, saya masih mencari resepi untuk membuat pisang goreng rangup seperti yang dijual di kampung. Resepi ini walaupun menghasilkan tepung yang rangup namun kerangupannya tidak bertahan lama. 

Siapa yang tahu cara caranya dan sudi berkongsi rahsia secara ikhlas, tanpa bayaran, sila angkat tangan. Janganlah risau, setiap orang pasti ada rezeki masing masing. Lagi kita memberi, lagi banyak yang akan kita perolehi. Sama juga dengan sedekah, lagi banyak diberi lagi bertambah tambah pula yang di dapati. Joom layaann...


Pisang Nipah Goreng

Pisang Nipah Goreng

Bahan bahan:
2 sikat pisang
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur (saya buang sedikit telur putih)
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan dituangkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang bersesuaian. Jangan terlalu pekat, nanti ianya menjadi kurang rangup.




Panaskan minyak dan celup pisang yang telah dibelah dua ke dalam adunan tepung dan gorenglah sehingga masak dan keperangan. 



Pisang Nipah Goreng


Tos dan bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

   Pisang Nipah Goreng


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Pisang Nipah Goreng "

  1. tak pernah letak tpg gandum kak zie..klu letak sesudu dua sahaja..selalunya tpg beras,kelapa parut,garam,air kapur,kunyit serta air....apa pun org siam letakkan sesudu bsr gula pasir...pisang nipah tu yg shoik makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee,
      Ini ambil resepi di blog juga. Serasa saya bahan digunakan pun mcm yg Nikee senaraikan. Ianya kekal rangup wp dah sejuk.

      Padam
  2. tuankan minyak panas kat tepung sebelum bancuh..nnti lg garing..

    BalasPadam
  3. Terliur tengok pisang goreng tuh. In shaa Allah hujung minggu nih nak buat pisang goreng mcm kak Azie nih :)

    BalasPadam
  4. ooh..kak zie pisang nipah juga enak di buat lumpia and turon..pinoy food snack..mudah sangat gaulkan bersma gula merah..gulung bersama nangka atau seadanya...lipat bersama puffpastri atau kulit popia..di goreng garing..niki selalu sediakan di rumah jika asa pisang lebih...selain di goreng..pisang ni mmg sedap

    BalasPadam
  5. yelah...sy pun mencari bancuhan tpg yg rangup. bonda sy kata curah minyak panas...kalau MIL sy guna tpg beras shj + kapur sikit. ada jugak petua bubuh kiub ais dlm bancuhan tpg utk kasi rangup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tumpang tanya...minyak panas yg nak dicurahkan tu bnyk mana ya? boleh beri sedikit panduan tak? terima kasih

      Padam
  6. Kt tmpt sy ni pkcik jual grg psg nipah yg trsdp đ dunia ..sejuk pon rangup giler..tp bila dtanya rsepi ..x mau lgsg bagi ...skrg dh xde mniaga..xde stok psg ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh rugi. Berkongsi ilmu adalah pelaburan akhirat yg sgt besar ganjaran. Mungkin dia risau kot ada org lain berniaga pisang goreng yg sedap hingga mengurangkan pelanggan beliau.

      Padam
  7. secawan tepung beras,
    2 sudu tepung ubi,
    secubit gula,
    telur merah sebiji,
    air sejuk dari peti ais * di rendam kiub ais
    air kapur
    serbuk kunyit

    gaul semua bancuk agak cair jgn cair sangat ikut sesuai, masa nak letak pisang goreng dalam kuali angkat tinggi sikit supaya berserdak, tapi jaga-jaga minyak panas.. api dapur sedang2 saje... resepi daripada penjual goreng pisang.. dah try mmg menjadi.. tapi kena pandai agak2 bancuhan ikut kepekatan sesuai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air sejuk dari peti ais tu kena direndam dg kiub ais lagi ke. Insya Allah blh cuba sb blh makan buah dg tepung beras

      Padam
    2. Salam Puan,
      Tak perlu rendam dengan ais dah, yg penting air tu sejuk macam ais... saya doa kan puan cepat sembuh.. saya selalu bace blog puan.. kerana ianya jujur dari hati.. halalkan untuk saya menguna info serta resepi dari blog puan .. wassalam..

      Padam
  8. Sukatan air kapur tuh byk mana ye?sy pn cri resepi grg pisg mcm kt kedai yg ader kriuk2 tu...huhuhu

    BalasPadam
  9. Terbaca entry ni, td baru je buat goreng pisang.
    Cara sy buat guna satu cawan tepung beras, 1sdu bsr air kapur, sebiji telur (kuning shja), garam, gula sikit( optional), serbuk kunyit ( nak bg cantik je ), air. Gaulkan je smua skali, jgn terlalu likat atau cair.

    Satu lg resepi boleh cuba, yg ni resepi google, tp dah try, jd jgk. Rangup.. Guna tepung beras, grm skit, pewarna skit, air sod f&n. Gaulkan Sebati, celup, dan goreng. ☺

    BalasPadam
  10. nak garing & tahan lama goreng roti sekeping terlebih dahulu.. roti akan serap molekul2 lemak dari minyak.. tak percaya jgn cuba..

    BalasPadam
  11. Kita pernah tersilap pakai tepung pulut. Rangup ya amat. Skrg kita akan campur separuh tepung beras, separuh tepung pulut, garam ,serbuk kunyit, air.
    Kalau goreng tempeh kita masuk bawang putih tumbuk. Cer try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok membaca perkongsian puan. Tak perlu letak air kapur ya.

      Padam
  12. https://www.aziekitchen.com/2013/09/pisang-nipah-goreng.html

    BalasPadam