Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sedap
Sebelum saya menulis berkenaan nasi ayam, saya ingin menyentuh sedikit petikan kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan penyesalan manusia di saat kematian sehingga memohon merayu meminta disambung nyawa. Banyak amalan baik yang boleh dilakukan.
Banyak yang kita tak buat atau kita lalai dengan mengejar harta dan urusan dunia. Sebaliknya seharian hidup kita dipenuhi dosa terutama dosa mengumpat, mengadu domba dan mempunyai perasaan sakit hati sesama manusia. Keadaan ini sangat sangat lumrah berlaku di pejabat. Memang dalam masyarakat kita terutamanya, tidak ada istilah saling menyayangi dan menyebarkan salam.
Sebaliknya mempunyai perasaan saling dengki mendengki sehingga mengumpat tidak lagi dirasakan yang ianya satu perbuatan keji. Al Quran merekodkan manusia ketika di saat menghadapi kematian akan menyesal dan minta sambung nyawa. Ayat 99-100 surah Al Mu'minun menceritakan penyelesalan orang kafir dan Islam yang fasik, yang hari hari buat maksiat.
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)" Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.
Bukan sahaja orang kafir dan orang Islam fasik sahaja yang memohon sambung nyawa tetapi juga orang Islam yang beriman. Orang beriman juga menyesal kerana ambil mudah dan tidak memperbanyakkan amalan soleh seperti disebut dalam surah Al Munafiqun ayat 10.
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Jadi kita yang masih bernyawa yang masih berpeluang untuk berbuat amal soleh dan memjauhi perkara yang berdosa, mengapa tidak mahu mengambil iktibar dari peringatan Al Quran ini?
Ok sekarang kita sambung cerita nasi ayam pulak. Hari minggu lepas, tiba tiba sahaja Juita bertanya bila mama nak memasak nasi ayam. Hmm terdiam saya seketika memikirkan masa yang sesuai kerana pada hari itu, saya mempunyai 2 undangan perkahwinan di Dewan Perdana Felda dan sebelahnya malamnya di Sime Darby Convention.
Bila saya mencadangkan minggu berikutnya, dia mengatakan lama lagi. Semasa dalam perjalanan balik dari majlis perkahwinan di Dewan Perdana Felda, hubby meminta saya memasak nasi ayam kalau terasa larat. Mungkin hubby merasa tak sampai hati untuk menghampakan permintaan anak anak.
Kali ini saya memilih untuk mencuba resepi Nasi Ayam Keluarga Diana pula. Sebenarnya bahan bahan dan cara cara menyediakan Nasi Ayam Keluarga Diana ini tidak banyak berbeza dengan cara menyediakan Nasi Ayam Kak Laily di SINI.
Yang berbeza adalah Nasi Ayam Kak Laily menggunakan minyak dari lemak ayam untuk memasak nasi. Di samping itu, Nasi Ayam Kak Laily menggunakan Kicap Cap Gajah yang merupakan bahan yang dikatakan oleh pekerja di gerai Kak Laily sebagai menyedapkan nasi ayam mereka. Lain lain bahan semuanya sama.
Kali ini yang seronoknya kerana saya menggunakan besi pencangkuk yang biasa digunakan untuk menggantung ayam di gerai nasi ayam. Memang memudahkan kerja kerana untuk mengangkat ayam yang direbus dan ayam yang digoreng, hanya perlu mengangkat cangkuk tanpa perlu risau yang ayam akan jatuh dan menyebabkan air atau minyak terpercik.
Di samping itu, dengan menggunakan cangkuk, kulit ayam tidak terkoyak dan menjadikan ayam sangat cantik. Haa tengok gambar kat bawah ni, cantikkan? Berkilat kilat dek penggunaan madu semasa memerapnya. Terima kasih kepada abang di Gulam Mee yang telah sudi membelikan cangkuk ini untuk saya.
Jom kita tengok resepi nasi ayam yang mudah dan sedap ini. Jika kita menyediakan sendiri, memang menjimatkan dan anak anak boleh makan dengan menambah nambah. Jika mahu tengok koleksi resepi nasi ayam saya yang lain, boleh klik di SINI. Memang semuanya sedap sedap dan dah ramai juga pembaca blog Azie Kitchen yang telah mencubanya....
Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
½ cawan halia yang telah dikisar
½ cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
½ sudu besar garam
Serbuk perasa (saya guna kiub ayam)
Air paras sukatan beras
Minyak untuk menumis
Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
¾ cawan air masak
1 sudu teh garam
½ cawan gula
Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
Air untuk rebus secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Nota: Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.
Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.
Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya.
Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam.
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Saya guna 2 plastik minyak masak. Goreng ayam hingga kulitnya garing.
Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut di dalam dan mendapat kulit yang garing.
Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya.
Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam.
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Saya guna 2 plastik minyak masak. Goreng ayam hingga kulitnya garing.
Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut di dalam dan mendapat kulit yang garing.
SUP (untuk Nasi Ayam)
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Sos Kicap
Masakkan sos yang diguna untuk memerap ayam sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.
Sos Kicap
Masakkan sos yang diguna untuk memerap ayam sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.
Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka.
Salam Kak Azie,
BalasPadamYes! This is the recipe I've been looking for. Insha'Allah, I akan cuba resepi ni bila nak masak nasi ayam dan pastinya I will backlink to you. Thanks so much Kak kerana sudi berkongsi resepi! Love you deep deep Kak!
Mak aiiii..seksinya ayam. Kak azie,hr ni sy nk msk ns ayam jugaklh. Minta salin resepi ye. Tk.
BalasPadamsalam Azie, kak noor dh try nasi ayam Azie mmg sedap tang ayam dia tu marbeles lah
BalasPadamnasi ayam one of my favorite...boleh cuba resepi yang k.azie bagi ni
BalasPadamubah rasa sikit sikit :)
salam sayang,
BalasPadamterima kasih atas perkongsian kak azie yg sudi memaparkan resepi yg tidak rugi saya mencubanya malahan hasilnya tidak perna mengecewakan. saya ni adalah seorg ibu muda yg masa remaja jarang ke dapur....hanya tahu pegang buku dan pen je.kehidupan berumahtangga tanpa ilmu di dapur ne teramatlah mencabar hidup saya.apapun....jutaan terima kasih pd kak azie kerana resepi kak azie yg saya cuba adalah untuk mengambil ibu mertua saya. beliau rajin menolong kenduri kendara di kg dan saya membuat kuih sebagai buahtgn kepada tn rumah.hanya allah saja yg mampu mmembalas baik budi kak azie sekeluarga.dr kejauhan saya hnya mampu mengirim doa semoga kak azie sekeluarga sentiasa dlm rahmat allah
tawau, sabah
izzah
Assalamualikum Kak..nampak menyelerakan betul ayam goreng itewwww..Siap saya CnP lagi untuk rujukan dimasa akan datang....
BalasPadamsaya pernah cuba resepi nasi ayam n nasi kerabu kat blog k.azie, memang sedap
BalasPadamlaparnya tengok makanan kat sini
BalasPadamAzie, I love your collection of chicken rice recipes! And the chicken has such a beautiful color :)
BalasPadamTergoda melihat nasi dan ayamnya....kalau dekat dah terjah hehehehe
BalasPadamsungguh menyelerakan la...sedapnya...rasa lapar serta merta
BalasPadamaswt kak azie,
BalasPadamkat mana nak beli pencangkuk ayam tu ye? -anne
wslm, saya minta pekerja kedai yang menjual nasi ayam tolong belikan. Katanya ada dijual di kedai di Sg Buluh. Cuba cari yang panjang sebab yang pendek susah nak handle.
PadamAssalamualaikum....sy dh cuba kak...br buat ptg td...sblum ni buat xbrapa nk mnjdi tp kali ni suami pn ckp sedap sgt smpi xckup plak ayam...hehehe...
BalasPadamTerima kasih kak..
A'slm kak azie",)
BalasPadamFirstly I would like to thank you for sharing the recipe nasi ayam goreng madu. This is my first time masak nasi ayam and I just got married for 3mth.. maklumlah nak jaga perut suami lagi lagi nasi ayam is favourite food dia so give it a try and turn out to be tasty and delicious. My husband comment nxt time bole masak mcm ni lagi.. alhamdulillah sungguh happy and bersyukur. .
once again kak azie, thank you ye for sharing the recipe with us here. Semoga sekeluarga diberkati dari Nye A'aminn
with♥
Happy wife from s'pore
Ryn
wah.. yang ni pun nampak sedap.. saya kena cuba buat juga nanti..
BalasPadamAssalamualaikum.....thank kongsi resepi....saya dah cuba sedap anak2 kata nasi cam nasi ayam KFC...ayam pun sedap....zulieza
BalasPadamNyuM nyum. Sedapnye.
BalasPadamtq perkongsiannya..pasti saya cuba nanti..
BalasPadamsaya suka guna resepi nasi ayam kak azie ni..sedap...tapi saya olah sikit ikut kesesuaian dengan resepi mak saya...setiap kali masak nasi ayam ni anak makan bertambah2 hehe terima kasih kak :)
BalasPadam