Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab


Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab


Resepi Chef Nor Zailina ini saya ambik di SINI. Apabila pertama kali terpandang, saya cuma menyalin resepi tapi bila kali kedua diulang tayang resepi, saya dah tak boleh tahan. Bangun jer terus ke dapur dan bila tengok semua bahan cukup, terus hantar WhatsApp kat hubby yang ketika itu dalam perjalanan balik ke rumah untuk menunaikan solat Jumaat supaya membeli serikaya. Saya tertarik membaca kek ini yang ditulis sebagai sangat lembab dan gebu. Lagi pulak, penggunaan serikaya dan susu pekat manis mengingatkan saya Kek Lumut yang sangat sedap yang saya sediakan dulu. Boleh klik di SINI untuk resepi Kek Lumut yang lembab dan sedap ala ala kek lapis Sarawak yang cukup terkenal tu.



Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab

Saya buat kek ini untuk meriangkan hati kerana beberapa hari lagi, akan mula bekerja. Dengan warna warni kek ini, hati pun turut sama berlagu riang. Nana pun turut membantu membancuh warna. Memang dah lama betul, saya tak membuat kek dan kuih muih. 

Kebelakangan ini, saya hanya memasak lauk pauk simple sahaja. Nana kata lamalah masa menyediakannya jika banyak warna. Saya kata tak apalah, ini adalah sebahagian dari kepuasan dalam membuat kek. Saya guna loyang bulat saiz 8 inci sebab tak ada loyang 7". Jadi kek nya agak nipis dan masa mengukus lebih pendek. Kita boleh juga mengukus dalam bekas kek yang kecil comel ala ala cupcake, jika suka. 




Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab

Kek ini memang sedap dan lembut jer teksturnya. Apa apa kek pun, akan lebih sedap selepas sehari kerana butternya akan mula serasi dengan keseluruhan kek.  Saya bawa separuh ke rumah Kak Jah dan komen yag diberi oleh kawan kawan pun kata kek ini sedap. 

Mudah jer pun nak buat kek ini, kalau rasa malas nak mengukus, boleh jer dibakar dengan oven seperti kek lain. Lagi pulak, bila dibakar, kek akan naik rata cantik. Selepas dilorek tadi, saya lupa nak hentak bagi permukaannya sekata. Alamaknya, kek saya jadi berlekuk kesan lorekan. Aduhaaii, ada jer yang tak sempurna at the first attempt. huuh. Walaupun tak pernah cuba guna oven, tapi hasilnya pasti sama jer. Kalau tak percaya, cuba buat. hahaha memang konpem nyer. Jom tengok resepi di bawah ini....



Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab

Kek Pelangi Kukus

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb serbuk koko (tak guna pun)
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai

Cara cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.





Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab


Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab

Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Ikut Noor, dia tak gunapun tapi kek tetap lembut.  Saya guna 1 sudu besar jer susu segar.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

60 ulasan for "Kek Kukus Pelangi Yang Lembut Dan Lembab"

  1. Terliur..thanks for sharing.

    suhaila

    BalasPadam
  2. salam kak azie,

    rasanya saya berhutang budi dgn kak azie..saya adala seorg ibu muda yg ketika remaja jarang ke dapur...hanya tahu memegang buku dan pen.cabaran berumahtangga benar benar mengajar saya erti hidup.saya mengambil hati ibu mertua dgn mencuba resepi kak azie.tidak perna sekalipun saya gagal memcuba dr resepi kak azie.terima kasih kerana ikhlas berkongsi resepi.saya perna mencuba resepi org lain tetapi ada yg sukatan dan bhn yg kurg atau tdk tepat.hanya allah sahaja yg mampu membalas budi kak azie...dr jauh ( tawau, sbh) saya hnya mampu mendoakan kak azie sekeluarga mendapat rahmat allah.

    ikhlas
    pn nora

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Pn Nora,
      Terharu saya membaca komen puan. Terima kasih kr sudi meluangkan masa utk meninggalkan komen di sini. Semoga puan dapat menjadi seorang isteri mithali yang dibanggakan suami dan dikasihi ibu mertua.

      Padam
  3. semoga allah merahmatimu.....

    BalasPadam
  4. Azie, your cake is so colorful and beautiful! This is definitely a cake to cheer anyone up :)

    BalasPadam
  5. salam kenal sis
    saya follower ke 1000
    masuk sini sbb mencari resepi nasi kerabu yg sedap ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah Irfa sgt istimewa kr menjadi follower blog saya yang ke 1000

      Padam
    2. Saya pn sarimah...saya ni bkn lah org kelantan tapi suami dn anak2 saya suka masakan ala2 kelantan..saya sngat bertuah dn bersyukur kerana dengan mebuka blog azie saya dah pandai masak masakan kelantan terima kasih azie...semoga Allah merahmati abda dn keluarga..Aaminn.

      Padam
  6. hadoiii!!terliur pon ada..kejap SB tunggu kek dlm peti sejuk abiss baru nak try buat ni..

    BalasPadam
  7. Hari tu tengok auntie buat kek pelangi frust sebab guna oven n kat rumah sewa saya takde oven. Cuma ada pengukus periuk elektrik (rice cooker). Nak try la buat. Tq auntie share resepi =)

    BalasPadam
  8. Saya memang suka apa2 pun hasiltgn Azie.
    saya pasal salin resepi no 1!terimakasih byk1. Saya juga terharu baca komen ibu muda tu.
    Moga apa yg kita semua buat bermanafaat.

    BalasPadam
  9. Assalam kak azie..
    nmpk gebu dan perfect kejadian kek pelangi ni...mesti sedap dan lembut bila kukus...

    BalasPadam
  10. Salam Kak Azie....I nakkkkkkk!!!!!

    BalasPadam
  11. Salam.thanks bg resepi.sedappp sgt tp sy terlebih gula kot.hehe..nk letak pic tp guna hp.nnti sy letak k

    BalasPadam
  12. Boleg guna tepung naik sendiri tak..gantikan tepung gandum n baking powder

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tak payan lagi letak baking powder.

      Padam
  13. nak juga lah....ahahahaahahaaa

    BalasPadam
  14. salam.... azie... kalo 1 cawan mentega tu agak2 brape gram ek????

    BalasPadam
  15. Terima kasih kerana berkongsi... jab lagi saya nak cuba kek pelangi kukus...
    https://www.facebook.com/BeutskinSneTopMobileAndAgentMalaysia

    BalasPadam
  16. Assalam..Kak Azie..Setiap kali sy gunakan resepi kak azie sy cukup berpuast ati, dari resepi nasi,kek semuanya menjadi dgn elok dan cantik..Alhamdulillah....Terima Kasih kerna sudi berkongsi apa jua segala jns masakan...

    BalasPadam
  17. aslamualaikum ..kak boleh saya tau,berapa sudu sukatan warna utk setiap warna tu ye

    BalasPadam
  18. Salam Sis..izinkan saya share resepi ni yea.Dah lama cari resepi kek ni..anak2 suke...lg pun skrg ni time cuti skolah..semuanye dah macam piranah jer.Anyway thanks in advance..

    BalasPadam
  19. Salam kak.. Bole saya copy resepi akak kat blog akak ni utk cuba buat...

    BalasPadam
  20. Salam sis nak tanya nie mana mana sis buat pattern mcm tu ada cara tak? Tak pun pakai layer by layer .Thanks alot sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm sis. Saya ada tunjukkan gambar saya melapis. Lepas tu lorekkan. Atau ada juga cara lain spt tompok tompok lepas tu pusingkan loyang

      Padam
  21. msa nk tuang tu secara tuang terus @ membulat or cm mn?

    BalasPadam
  22. waa....nk try wat mlm nie...

    BalasPadam
  23. sy pun nak cuba...thankss kak...

    BalasPadam
  24. salam kak azie,
    boleh tak kek ni di bakar?

    Leeya

    BalasPadam
  25. Meriah nye warna..I wanna try diz..

    BalasPadam
  26. Kak azie...kalu x guna srikaya jd x ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa nya boleh kot tp kurang lemak. Kek Sarawak kebanyakannya menggunakan srikaya. Rasa kek ni lembab dan lemak

      Padam
  27. boleh tak susu segar gantikan dengan susu cair..
    Terima Kasih :)

    BalasPadam
  28. nampak sedap...nak cuba la....

    BalasPadam
  29. mcm mane yek akak kasi warne tu belapis?sy buat kaler dia tak berlapis sgt

    BalasPadam
  30. Thanks Kak for Sharing...

    BalasPadam
  31. Kak Azie...saya baru cuba resepi ni malam tadi..
    Alhamdulillah. Sedap dan sangat lembut..
    Tq for sharing...

    BalasPadam
  32. Saya sedang kukus kek ni, saya tak pandai masak kek selalu bantat haha. Tp saye suke cube hihi. Saya br jumpa blog ni, tq atas resepi ni

    BalasPadam
  33. Harus cuba petang nt.. dah suruh husband beli seri kaya..hehe..tq atas resipi ni Pn. Azie..

    BalasPadam
  34. Tahniah..semoga usaha berterusan untuk kongsi resipi...

    BalasPadam
  35. thanks azie untuk resepi yang dikongsikan
    untuk info kesihatan bole follow web saya juga.

    http://www.chekuseeha.com/

    BalasPadam
  36. Wahh sedapnya kek kukus .....

    BalasPadam
  37. suka baca blog kak azie..leh try nih...yum2

    BalasPadam
  38. banyak resepi yg mudah mudah dan sedap semuanya..
    Saya telah cuba buat... jadi dan sedap sangattttt..tq Azie..

    BalasPadam
  39. Slm sis..sy dh try buat arini..xtau slp kt mna..kek tu awalnya naik elok je..bila dh msk, kek tu trus turun menjunam.silap kt mna ye..tvm

    BalasPadam
  40. Terima kasih untuk resepi ni....saya dah cuba....alhamdulillah.....sedap...lembut.....

    BalasPadam
  41. Terima kasih share resepi...saya dah buat kek ni...mengikut resepi kak azie byk lagi resepi lain yg saya buat mengikut resepi kak azie...alhamdulillah semuanya menjadi....terima kasih......

    BalasPadam
  42. salam kak,
    saya pelajar 19 tahun dan tak lama lagi menjadi isteri orang. alhamdulillah sepanjang belajar masak hanya ikut resepi akak saya tak pernah gagal. terima kasih :)

    BalasPadam
  43. Tqvm kak azie... smua resepi best2.

    BalasPadam
  44. Azie...saye penah letak ketas minyak..pastu lepas sejam adunan xjadik ape..masih bentuk adunan dan corak sume gone..knp eik....

    BalasPadam
  45. wahhhhh sedapnya, mesti cuba nih...

    BalasPadam
  46. tq kak azie share resepi,in sha allah akan cuba buat..

    BalasPadam
  47. salam .First time sye buat kek menggunakan resipi ni . Tak sangka menjadi . kek lembut dan sedap

    BalasPadam
  48. Selamat Petang Puan Azie, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan,sebab memberi resepi ini. Anak2 saya suka makan kek, jadi saya cari resepi ni dan first time buat memang jadi, jadi saya telah membuat banyak kali untuk family dan kenalan saya. Anak saya yang berumur 2 tahu 9 bulan tidak suka kek yang dibakar jadi saya mencuba resepi Puan pada tahun lepas dia boleh menhabiskan separuh kek ini....👌👌👌 Terima kasih banyak2

    BalasPadam
  49. Sy dah buat guna resepi pn.azie. .alhamdulillah jadi...sy tak letak coco dan susu..drp mula tinggal asing sbb keja jauh sy bnyk mencuba resepi2 drp azie kitchen....resepi semua menjadi...terima kasih pn.azie...

    BalasPadam
  50. Kalau gantikan susu dgn santan blh ka?

    BalasPadam