Kek Karot Untuk Hari Jadi Ashira
Kek karot dan cream cheese frosting, boleh disediakan awal awal dan disimpan di dalam freezer. Jadi memang memudahkan jika kita ingin menghidangkan pada tetamu yang berkunjung ke rumah. Lagi pulak kek yang disediakan sehari atau dua hari sebelumnya akan menjadi lebih moist. Kali ini bersempena cuti Hari Malaysia, saya menyediakan Kek Karot yang ditempah oleh Ghaz, rakan sepejabat untuk meraikan staf yang menyambut hari jadi. Happy birthday, Ashira.
Saya mengambil kesempatan untuk mencuba resepi baru yang walaupun menggunakan bahan yang sama dengan Kek Karot Nana di SINI tetapi sukatan bahan yang digunakan adalah sedikit berbeza. Resepi telah lama pun saya bookmark di SINI tetapi sebab terlalu banyak resepi Kek Karot menyebabkan saya hampir terlupa pada resepi ini. Resepi cream cheese frosting juga diambil dari laman yang sama.
Saya tertarik dengan resepi yang dikatakan sangat mudah, lembab dan sesuai untuk disimpan di dalam freezer. Kali ini saya membuat 1 1/2 adunan di bawah dengan menggunakan loyang 10x10". Saya adjust suhu oven bila nampak permukaan kek dah perang dari 180 ke 160 dan 150. Waktu membakar adalah 1 jam 30 minit sebab tebal kek nya. Tapi aduhaai, kismis pulak dah terjatuh ke bahagian bawah kek. Pada awalnya macam tak nak letak kismis, jadi saya simpan kismis di dalam peti ais. Jadi itulah agaknya ianya menjadi berat dan jatuh. Apa apa pun, kawan kawan memberi feedback yang positif dan mengatakan kek ini sedap dan sederhana jer kemanisannya kerana ada kawan memang tak suka makan makanan yang manis...
Saya tertarik dengan resepi yang dikatakan sangat mudah, lembab dan sesuai untuk disimpan di dalam freezer. Kali ini saya membuat 1 1/2 adunan di bawah dengan menggunakan loyang 10x10". Saya adjust suhu oven bila nampak permukaan kek dah perang dari 180 ke 160 dan 150. Waktu membakar adalah 1 jam 30 minit sebab tebal kek nya. Tapi aduhaai, kismis pulak dah terjatuh ke bahagian bawah kek. Pada awalnya macam tak nak letak kismis, jadi saya simpan kismis di dalam peti ais. Jadi itulah agaknya ianya menjadi berat dan jatuh. Apa apa pun, kawan kawan memberi feedback yang positif dan mengatakan kek ini sedap dan sederhana jer kemanisannya kerana ada kawan memang tak suka makan makanan yang manis...
Seronok mendeko kek dengan frosting bagi membentuk karrot. Malahan ada yang menggunakan karot sebenar untuk mendeko kek karot. Semuanya terpulanglah kepada kreativiti masing masing. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan di bawah ini....
Moist, Easy and Freezer Friendly Carrot Cake
1 cawan gula perang
1 cawan gula kaster
1 ¼ cawan vegetable oil
2 sk vanilla extract
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sk baking soda
2 sk baking powder
½ sk garam
1 sk serbuk kayu manis
1 sk serbuk buah pala (boleh guna 2 sk jika suka)
3 cawan karot – parut kasar
1 cawan walnuts
Sedikit kismis, jika suka
Satukan gula dengan minyak sehingga gular hancur, masukkan vanilla dan telur satu dalam satu masa.
Satukan tepung gandum, baking soda, baking powder dan semua serbuk rempah. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Selepas sebati, masukkan walnut dan parutan karot.
Bakar pada suhu 180C selama 40-50 minit atau sehingga masak dan permukaan kek telah firm bila disentuh.
Nota:
Jika ingin menyimpan, balut kek yang telah sejuk dengan plastic wrap dan kemudian dibungkus pula dengan aluminium foil di sebelah luar.
Jika telah diletakkan frosting, letakkan kek yang telah defrost di dalam peti sehingga permukaan frosting telah keras. Bila telah keras, balut dengan plastic wrap dan aluminium foil seperti di atas. Boleh disimpan selama 3 bulan.
Jika ingin menggunakannya, buka aluminum foil dan plastic wrap dan letak kek di dalam bekas kek bertutup. Gunakan toothpicks untuk membuka plastic wrap yang terkena di permukaan kek yang telah defrost. Cream cheese frosting perlu disimpan di dalam peti sejuk, jadi biarkan kek di dalam peti ais semalaman sebelum dihidangkan.
Cream Cheese
Bahan bahan:
1/2 cawan cream cheese - 113 gram
1/4 cawan mentega - 57 gram
1 cawan gula ising - 125 gram
1 sk vanilla extract
Cara cara:
Biarkan cream cheese dan butter pada suhu bilik. Setelah itu, putar cream cheese bersama mentega, masukkan vanila dan akhir sekali, masukkan gula. Jika suka frosting yang lebih manis, tambahkan gula ising.
Nota:
Masukkan frosting ke dalam freezer bag dan tekan tekan untuk membekukan secara leper. Boleh disimpan selama 3 bulan di dalam freezer.
As salam azie..semuga didlm lindungan Allah. Serius azie, kalau 2 or 3 hari tak jengok blog azie..rindu rasanya.thanks kongsi info dan mcm2 resepi.
BalasPadamLove
suhaila
Terima kasih Honey Su.
Padamterima kasih utk info. serius terliur tngok kek nie. warna je dah menarik. haha
BalasPadamsedapnya
BalasPadamSalam akak, sy dah try resepi akak ni!!! Ya allah, sedap sangat (sy suka carrot cake yg x manis sangat) lepas tu menjadik! Alhamdulillah, sy dah 2x buat kek jenis kek span, yg x guna butter, tapi resepi akak, sy tawakal banyak2! Halalkan ye kak! Terima kasih!!
BalasPadamMohon share & mencuba ye.tqvm
BalasPadamResepi ni dah berulang kali di gunakan.. hasil nya memang sangat awesome! Terima kasih kerana sudi share resepi yang sgt sedap ni.. semoga mendapat pahala berganda2
BalasPadamkak azie, nak tanya ,semua bahan ni tak perlu dipukul kembang guna mixer kan? cukup dgn guna whisk?
BalasPadamAssalamu'alaikum...tkasih ats resepi2 yg Pn sudi share kt blog pn. Setakat ini mmg resepi Pn yg selalu menjadi tatapan kami dan kami guna utk mkn bersama famili. Tkasih Pn. Semoga mendapat ganjaran pahala berganda drpNya.
BalasPadam