Gerai Masakan Kelantan Yang Sangat Sedap
Sejak berpindah ke sini, gerai Sri Kelantan ini lah yang melepaskan rindu saya pada makanan Kelantan. Kalau di rumah lama di USJ dulu, memang banyak gerai yang menjual makanan Kelantan. Tetapi di sini, memang susah nak cari makanan Kelantan yang sedap. Di bulan Ramadhan juga, saya selalu ke sini untuk membeli lauk pauk berbuka puasa. Tambah tambah lagi anak anak saya juga suka makan nasi kerabu waktu berbuka.
Gerai Sri Kelantan yang terletak di seksyen ini memulakan perniagaan mereka dalam pukul 5.00 petang sehingga ke malam. Dari apa yang saya perhatikan, memang ramai orang yang mengunjungi gerai ini dari mula ianya dibuka. Memang tidak putus putus pelanggannya. Hahaha ada kalanya saya makan di sini walaupun mereka sebenarnya hanya menjual makanan yang dibungkus.
Di gerai ini, terdapat makanan Kelantan yang semuanya sedap sedap. Ada gulai ayam dan juga gulai kerutuk daging. Ada juga ikan rebus goreng yang merupakan antara lauk kegemaran saya. Dan juga gulai lemak kuning ikan tongkol yang boleh dimakan sebagai lauk nasi berlauk, atau nasi dagang atau nasi kerabu juga. Memang sedap sedap lauk pauk di sini. Melihatnya sahaja dah membuatkan kita menelan air liur.
Di gerai ini ada dijual makanan yang disediakan panas panas seperti ayam goreng berempah yang digoreng di situ juga. Terdapat ayam berempah menggunakan ayam biasa dan juga ayam kampung. Ayam goreng berempah ini dimakan dengan nasi kukus panas panas.
Di samping lauk pauk, dijual juga nasi kerabu dan nasi dagang bersama sama geng seperti solok lada, bawang jeruk, telur masin dan daging goreng.
Jika ada kelapangan, hubby akan mengajak anak anak ikut sama supaya mereka boleh memilih sendiri lauk pauk yang disukai. Jika anda menggemari makanan Kelantan, bolehlah mengunjungi gerai ini yang memang menyediakan makanan Kelantan yang original. Jika ingin membuat tempahan untuk majlis di rumah, bolehlah menelefon Puan Azilawati atau Encik Yusuf di 013-6650661.
As salam...wawo pun suka makan makanan org kelantan nie...org kelantan pegi mane pun mesti makanan kelantan gak yg dicari...sedap sokmo...dkt mane gerai nie kak azie? Nak gak try la...TQ - wawo
BalasPadamSeksyen 6 Kota Damansara. Kawasan Mc Donalds
Padamsedapnya....nampak meriah kt situ...yg paling penting ada nasi kerabu...
BalasPadam