Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Berkumpul Di Majlis Pertunangan Anak Dato' Dr Junaidy





Petang hari minggu semalam, kami berkumpul sekali lagi bersama rakan rakan dalam ETHICA, Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya di rumah Dato' Dr Junaidy dan Datin Norazah di Sepah Puteri untuk meraikan majlis pertunangan puteri sulung mereka yang merupakan pelajar tahun akhir kursus perubatan di Egypt. Kami memang berpakat untuk sampai dalam waktu yang sama. Oleh kerana kami berjiran di Kota Damansara, jadi kamilah yang sampai terlebih dahulu dari kawan kawan yang lain. 






Makanan yang dihidangkan semua sedap dan masih panas panas lagi, namun saya cuba untuk mematuhi senarai makanan yang diberi oleh doktor. Takut untuk melanggarnya kerana masih terdapat bengkak yang baru muncul di badan. Malam sebelumnya memang tak boleh tidur kerana gatal dan miang di seluruh badan walaupun masih memakan ubat secara rutin. Memang betul betul mencabar apabila seumur hidup kita biasa makan makanan tetapi kini tidak lagi boleh memakannya. Saya makan nasi dengan ayam goreng, pulut dengan kuah durian dan buah buahan sahaja. 

Apabila bertemu, memang riuh rendah dengan usikan dan gurauan masing masing. Ada ada sahaja yang diperbualkan. Antara yang hadir adalah Kamarudin, Dr Abdol Aziz, Azhar, Dr Bazam, Suhaimi dan Alias. Dato' Salehudin dan Kamal yang sepatutnya turut sama tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Keakraban mereka memang terserlah seolah mereka masih di kolej. Masa berlalu tidak sedikit menggugat keakraban antara kami. Jika sebelum ini, kami berkumpul di rumah Datuk Ibrahim yang menerima menantu, kini Dato Junaidy pula bakal menerima menantu. Nampaknya tak lama lagi lebih ramai antara kami yang akan menerima menantu dan akan menimang cucu pulak. Mudah mudahan kami semua akan diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang barkah dan dipanjangkan umur untuk terus menikmati fasa kehidupan seterusnya. Jom layan gambar gambar yang diambil semasa majlis berlangsung.







Akhir sekali, tahniah kepada Azza Farhah sempena majlis pertunangan ini. Semoga berjaya menamatkan pengajian perubatan dan cemerlang dan kembali berkhidmat di tanah air. Ini adalah kerana kami difahamkan tempoh pertunangan adalah sehingga Farhah menamatkan pengajian. 







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Berkumpul Di Majlis Pertunangan Anak Dato' Dr Junaidy"

  1. Aslmkum kak.. smga dlm limpahan rahmat dariNYa.. bila terbaca entry ni.. saja nak beritahu kak azie.. kak azah ni juga kwn saya, kami bertugas ditempat yg sama sebelum kak azah berpindah ke KD.. biasa juga lepak2 dirumah nya di BP.. dr junaidy ni masa anak2 saya kecil.. klau demam msti jumpa dgn dia baru lah sembuh demam walaupun tak mkn ubat yg diberikannya. .hihihi..

    BalasPadam