Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Umrah Di Bulan Ramadhan


 
 
   
Telah lama saya menyimpan cita cita untuk mengunjungi tanah suci Kota Mekah lagi selepas 6 tahun, lebih lebih lagi di bulan Ramadhan. Kedatangan Ramadhan kali ini memang ditunggu tunggukan di mana saya telah membuat persediaan dan senarai semak bagi memastikan saya bersedia fizikal dan mental. Teringat lagi di mana saya menjadi sangat berdebar debar di malam detik menjelang Ramadhan baru baru ini. Terasa sangat bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk berada di bulan Ramadhan. 






Dengan izin suami, saya bertekad untuk mengisi 10 malam terakhir Ramadhan secara sepenuh masa dengan beriktikaf di Masjidil Haram. Saya melangkah keluar rumah dengan perasaan yang hiba kerana terpaksa meninggalkan suami dan anak anak di kala Aidil Fitri bakal menjelang. Namun saya telah membuat persiapan awal dengan memasak rendang daging dan ayam sebagai juadah untuk hidangan pagi raya mereka. 

Saya memang tidak bercadang untuk menulis banyak berkenaan perjalanan musafir saya kali ini. Hanya catatan ringkas akan saya paparkan sebagai kenangan dalam entri akan datang. Ini adalah azam yang telah saya semat di hati. Gambar yang dikongsikan di sini ialah gambar yang diambil dari kamera rakan rakan sebilik. Di sini juga, saya bertemu dengan Kak Kamariah yang sudah berpuluh tahun tidak bersua. 






Apa yang ingin disimpulkan di sini, saya gembira dan amat bersyukur kerana dapat membuat pengisian 10 malam terakhir Ramadhan dengan berpuasa, mendirikan Ramadhan dan mencari lailatul Qadar di Mekah seperti yang dikongsikan dalam kuliah Ustaz Ibrahim. Malahan semasa di sana, saya masih sempat merujuk kepada beliau beberapa kemusykilan. Saya juga dipesan supaya menjaga kelakuan kerana di tanah Haram, bukan sahaja pahala berganda tetapi juga dosa yang dilakukan. Saya masih ingat ungkapan yang diberi oleh Ustaz Ahmad, muttawif umrah kami yang menyatakan senang untuk membuat pahala namun begitu sukar untuk menjaga nya. Jadi usaha perlu dibuat untuk memelihara pahala yang telah diperolehi.





Jika ditakdirkan mempunyai rezeki, saya berhasrat untuk ke sana lagi. Sama samalah kita tanamkan azam dan panjatkan doa supaya dapat ke sana lebih lebih lagi di bulan Ramadhan. 




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Umrah Di Bulan Ramadhan"

  1. AMIN..AKAK TERGOLONG DI KALANGAN ORANG YANG BERTUAH SEPERTI WAE DAN MAMA SAYA..AMIN SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN AKAK!

    BalasPadam
  2. alhamdulillah Azie syok nya sempat berpuasa di tanah suci dibulan ramadhan, kak noor pun entah bila akan kesana lagi semga ALLAH murahkan rezeki utk kesana aminn

    BalasPadam
  3. Tahniah Azie. Mudah2an apa yg azie mohon semuanya dimakbulkan.

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya kak. Tenangnya rasa tgk gambar2 akak kat sana.

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah...seronoknya Azie. Nanti sharekan ya pengalaman kat sana. Boleh dijadikan panduan untuk kami2 ini yg jika ada rezeki sampai lagi ke Tanah Suci.

    BalasPadam
  6. Salam, kak azie,

    sayu saya rasa kerana kerinduan pada tanah suci.

    BalasPadam
  7. Puan Azie, Nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana merasai suasana Ramadhan di Dua Tanah Suci. Sentiasa berdoa agar diizinkan lagi untuk ke sana.

    BalasPadam