Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap - Resepi II


Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap


Oleh kerana terdapat banyak lebihan nasi impit yang telah direbus, saya rasa elok kalau dibuat kuah kacang berdaging untuk dimakan bersamanya supaya tiada pembaziran. Lagi pulak, sepanjang Syawal baru ni, memang saya tak dapat mengunjungi mana mana jemputan rumah terbuka kerana bercuti sakit selepas menjalani prosedur pembuangan batu karang. 

Teringin juga untuk makan makanan yang biasanya dihidang di majlis rumah terbuka. Hubby bising juga melihat saya menggoreng kacang tanah walaupun saya duduk di atas bangku tinggi. Saya buat pun secara berperingkat dimulai dengan goreng kacang, esoknya baru diblend dan mula memasak.

Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap

Dalam tercari cari cara mudah menyediakan kacang goreng, saya terjumpa satu resepi yang dipelajari dari Datin Syuryani, isteri Dato' Mohd Shafie Apdal di mana kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk bersama kulit sehingga separuh halus. Jika ini caranya, memang banyak masa dapat dijimatkan. Yang paling saya tak suka dalam bab menyediakan kuah kacang ialah bab menggoreng kacang tanah tanpa minyak dan membuang kulitnya. Aduish memang bercinta sangat. Zaman dulu dulu, bahagian ini akan diserahkan kepada pembantu rumah sahaja. Bila dah tak ada pembantu rumah, kenalah belajar cara cara yang lebih ekonomi dari segi masa. Tapi untuk makluman lah, untuk kali ini, saya masih menggoreng kacang tanah tanpa minyak ya. Cuma lain kali, saya cadang nak goreng dengan menggunakan minyak jer.


Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap

Kalau nak tengok resepi Kuah Kacang Berdaging yang telah berpuluh tahun saya guna, boleh klik di SINI. Tapi hari ini, saya guna resepi blogger popular, Kak Jee yang merupakan resepi turun temurun keluarga beliau yang memang berniaga Satay Majid dan Satay Anika yang sangat famous satu ketika dulu. Resepinya sangat simple, jadi sesuailah dengan saya yang bukan sihat untuk memasaknya. Terima kasih banyak banyak kepada Kak Jee kerana ikhlas berkongsi resepi beliau. Walaupun tajuk entri hari ini adalah Satay Goreng dan Kuah Kacang, tapi saya akan letakkan entri berasingan untuk satay sebab tak mahu ianya terlalu panjang sebab saya meletakkan banyak gambar langkah demi langkah. Jadi nantikan resepi Satay pula ya. Klik di SINI. Jom layan...


Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap

Kuah Satay

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 





Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.






Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air. 





Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit. 




Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap


Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.



Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap


Nota:
Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap.  



Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap


Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

93 ulasan for "Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap - Resepi II"

  1. salam kak..

    memang best makan satay dan kuah kacang..ada pula nasi impit..memang layan la..

    BalasPadam
  2. As salam dear...semuga azie semakin sehat. Jangan buat kerja berat2 ya..jaga kesihatan. Tengok gambar pun dah terasa sedapnya terliurlah pulak. Su pun kalau buat kuah kacang, kacangnya pun digoreng dgn minyak. Betullah azie kalau nasi impit yg berbaki bolih di je recycle he2..su kadang2 goreng je nasi impit tu..

    Take care.
    love
    suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm jimat masa kalau digoreng dg minyak kan. Kalau diblend lagi tambah penjimatan masa berbanding dengan tumbuk.

      Padam
  3. Puan, kalau nak lagi senang, saya masuk dalam microwave saja. tekan 3 minit, lepas tu stop, kacau dan tekan lagi 3 minit. tunggu sekejab, tengok samada dah garing ke belum. Kalau dah garing, ok, kalau belum, tambah minit lagi. seminit dua. tak perlu lama, takut hangit.Biar sejuk sekejab baru kita tau samada dah garing ke belum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ya. Saya pandai guna microvave utk reheat and defrost sahaja.

      Padam
  4. Salam Kan Azie,
    saya keliru sikit bila akak kata rendam sekejap kacang yang telah digoreng tu. ini kali pertama saya tau cara buat kuah kacang macam tu. err kacang tu tak hilang ke kerangupannya? walau macam mana pun saya akan cuba resepi akak ni. saya suka blog akak ni. dh banyak saya belajar dari akak cara masak lauk pauk yang sedap2. terima kasih kak.

    -Sue-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekejap jer. Lagi pun lepas tu blend dengan air juga.

      Padam
    2. Owh..kcgnye blend ngan air.. Ingatkan blend kering

      Padam
    3. Memang rasa kacang tu lembut. Tak keras, mgkn sebab direndam. Suka sgt makan kuah kacang ni...

      Padam
  5. boleh ke guna kacang yg sudah siap ditumbuk yg dijual di kedai ?

    BalasPadam
  6. Wah..nampak sedap..bolehlah di cuba pada Idul Adha nanti.

    BalasPadam
  7. Kak azie... tang bawang tu.. hiris ke? Kan nanti nampak bawangnye bila dah masak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya macam dlm gambar. Ok ada nampak bawang, lebih cantik dari kuah yg halus jer

      Padam
    2. mulanya saya confuse juga, bawang hiris?? nyaris2 nak tukar lauk jadikan ayam masak merah. tapi saya teruskan juga. Alhamdulillah. tak nampak hiris bila dah jadi kuah kacang

      Padam
  8. Kak azie, gmbar yg masukkn air gtu macam santan je.. Ada tmbah santan ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh blender lepas blend kacang. Saya masukkan air ke dalamnya utk tidak membazir lebihan kacang yg tertinggal di dasar blender

      Padam
  9. salam azie...ni kakyong...nak tanya agak agaknya kalau guna kcg tumbuk segera boleh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Saya pun ingat nak beli utk stand by.

      Padam
    2. Sy aritu ada guna kacang segera, tp mcm keras, nape ek

      Padam
  10. salam..sedapnye kak azie..nk buat esok utk raya haji..thanks for sharing recipe yer ;)

    Jemput jengah blog saya :
    sayangkunurhana.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Salam Kak Azie. Saya ada add member ngan kak azie, saya peminat tegar resipi n blog kak azie. belajar memasak pun dari sini. balik nanti nak test buat kuah kacang resipi kak azie. esok ada buat makan2 kat ofis a.k.a jamuan raya idul adha, balas dendam kena keje time raya.

    BalasPadam
  12. Memang menarik dan mudah. Terima kasih bagi idea.

    BalasPadam
  13. salam kak azie, boleh ke kalau tak letak cili langsung? sbb anak sy xsuka pedas? saya br nk bljr msk kuah kacang :)
    visit my blog
    http://suplemenuntuksemua.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...kak azie klau blnder bawang bsar tu bleh ke?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi nnt kuah akan jd halus sangat. Nk ada kasar sikit baru sedap

      Padam
  15. Assalam,,sis macam ne cara sis buang kulit ari kacang yang telah di goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh digoreng dengan kulit dan tumbuk sekali dg kulit. Saya hanya meramas kulit selepas digoreng tanpa minyak dan kemudian asingkan kulit

      Padam
    2. assalam..mcmana nak dptkan kuah kacang yg cantik dgn warna yg merah tu..dh byk kali buat tapi warna tetap pudar..x menarik..boleh bagi tips.

      Padam
    3. Masak sampai pecah minyak lepas masukkan cili kering dan kacang blend tu..betul tak Kak azie

      Padam
    4. Hari ni msk kuah kacang kat kg tp xbape nk jd . Bile msk kt rumah sdri jd . Sye mmg goreng xgune minyak dan tak buang kulit . Agaknye mase kat kg ade gangguan kot ade yg suruh wat camni2 . Hehehe ... agak kecewa bile msk xbape jd .

      Padam
  16. salam kak azie...sedapnyee teliuq....eh ni xpakai serai eh

    BalasPadam
  17. kalau tak ada bawang besar. bawang telor boleh guna? tempat saya susah nak cari bwang besar,..,

    BalasPadam
  18. Hehe.. Tgh blaja2 nk masak ni.. Nak praktis utk msk raye nnt.. Thanx kak azie resepi ni..

    BalasPadam
  19. best nye! esok nk buat la.. mohon copy resepi ni ye sis. :)

    BalasPadam
  20. Cantik kalernya Azie. Terima kasih sudi cuba resipi Kjee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kjee sudi singgah blog saya. Sangat terharu.

      Padam
  21. Assalamualaikum. ..m, kalau tak guna gula melaka boleh ke? Ganyi brown sugar ke? Malasnya nak ke kedai beli bahan...ogt nak guna apa yg ada kat almari je...hehehe

    BalasPadam
  22. hai...sekadar berkongsi..ni resepi mak sy..klo dia buah kuah kacang, biasanya mak akn ketukkan lengkuas sedikit utk kasi rase...selamat mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh terima kasih atas perkongsian. Lengkuas dihiris kasar dan ketuk

      Padam
  23. Waa so simple ni resepi,,bole la try testing ni kan,,tengah mncari respi kuah kcang y simple,,tq kak,,;-))

    BalasPadam
  24. Salam kak azie ..Sy baru pas masak kuah kacang ..sedap ..thanks kak share resipi

    BalasPadam
  25. Thanx for d simple recepi. Nk try buat esok. Nmpk menarik. Sy memg suka masak2 guna gula melaka. Adik ipar kata gula melaka tu mencantikkan color masakan. 😊

    BalasPadam
  26. Teringin mkn rendang dgn nasi impit...tp x lengkap plak kalo xde kuah kacang... Lapo trus hihihi

    BalasPadam
  27. Salam sis,sy nk buat kuah kacang ikut resepi ni utk raya esok...1st time nk buat..harap menjadi dan sedap..😃

    BalasPadam
  28. Terima kasih dengan resepi ni kak azie.. sy memang fail klu bab kuah kacang ni... tp dengan resepi akak ni, menjadi plak kuah kacang saya kali ni. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  29. Tengok picture sis azie dah teringin nak masak weekend ni..
    Harap jadi sedaap...huhuuh!

    BalasPadam
  30. Sblm kawin xreti msk asyk ikut sis azie nie dah pndai masak..hehehe..thanks sis

    BalasPadam
  31. Salam..saya masak tak jadi la..kuahnye jadi cair..ape yg kurang dalam masakan saya ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah sertakan dg gambar semasa penyediaannya. Kalau cair, masaklah sehingga ianya sesuai dg kepekatan yg disukai. Memasak adalah skil. Bukan bermakna menggunakan resepi yg sama, hasilnya juga sama. Pastilah berbeza dg mereka yg pakar dg org yg baru belajar memasak. Kena cuba dan cuba lagi.

      Padam
  32. Assalamualaikum kak azie

    tadi dah try buat rendang ayam ...tp 1/2 ekor shj kuantitinya.
    da siap minta mak rasa..dia kata sedap...just sy buat kering..jd dia kurang 'minat' sikit..hehehe

    esok @ mlm ni nk try buat muffin n kuah kacang pulak...:-)

    BalasPadam
  33. assamualaikum kak azie saya nak tanya kuah kacang ni ada masukkan santan ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak guna santan pun. Tak ada santan dalam senarai bahan bahan kan?

      Padam
  34. Asalam kak azie garam nya bila pulak nak letak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Bila sudah menggelegak, masuklah gula Melaka dan garam

      Padam
  35. Kak azie..saya nak cubalah resipi kak azie...ni first time nak buat kuah kacang,harap2 menjadilah..resipi nya pun mudah.

    BalasPadam
  36. Sangat menarik dan mesti cuba

    BalasPadam
  37. Salam kak Azie. sy nk tny. resepi akak mmg tak pakai serai ye?

    BalasPadam
  38. Resepi ni walaupun dibubuh cili blend tetap tak masukkan asam jawa ke? Kut2 la kak azie terlupa? T ksh kak

    BalasPadam
  39. Thanks Kak azie...simple dah mudah..

    BalasPadam
  40. As salam kak Azie,terima kasih byk atas perkongsian menu akak..byk dah sy cuba resepi dr blog akk alhamdulillah semuanya menjadi dan dpt pujian..t.kasih kak sbb sudi berkongsi resepi di blog ni...

    BalasPadam
  41. Saya suka blog kak azie kitchen..

    BalasPadam
  42. Salam k.azie..thanks share resepi..byk jgk resepi k.azie yg saya ciplak..coz resepi k.azie kena dgn selera saya..so slalu la masak untuk isteri dan anak.

    BalasPadam
  43. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam
  44. Bahan-bahan di atas untuk portion berap orang ye? Terima kasih

    BalasPadam
  45. Terima kasih kak azie...suka resepi akak...mdhn dpjgkan usia dlm kebaikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aameen. Semoga kita semua dlm rahmat Allah

      Padam
  46. Feberet anak beranak ni. Baca entry ni terus rasa nak makan. Nampak gayanya kena buat laa. Tp refer resepi ni ye. Tq for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas hati jika dimasak sendiri. Famili pun mesti suka merasai air tangan Bonda sendiri

      Padam
  47. dah try...mmg senang resipi ni..., syukran c azie

    BalasPadam
  48. da try....mmg mudah resipinya lebih2 lg bg yg baru nk bljr mcm sy ni...sedap weyh...syukran c azie

    BalasPadam
  49. assalamualaikum... hai kak azie.. sy dh bnyk cuba resepi kak azie alhmdulillah menjadi. sy nak tanya kuah kacang resepi kak azie mmg x bubuh santan ye? bubuh air saja? betul x kak azie.

    BalasPadam
  50. nampak sedap kuah kacang ni walaupun simple. arwah emak saya pun pakai resepi macam ni juga cuma saya terlupa resepi secara betul. thanks kak azie for the recipe. kami anak beranak suka makan nasi himpit dengan kuah kacang.

    BalasPadam
  51. Terima kasih Kak Azie share resipi Kak Jee dan tipsnya. Lama dah teringin buat sendiri kuah satay. Saya cari dalam koleksi Mak saya resipi zaman klasik takde sukatan pula huhu. Insya Allah nak cuba nanti. Tapi kalau goreng kacang dengan minyak, minyak berapa banyak Kak. Sesenduk cukup tak?

    BalasPadam
  52. Br je siap buat..kali kedua dh gn resepi ni. Tp kacang sy gn blender kering je. Alhamdulillah mnjadi n sedap..

    BalasPadam
  53. Kak...tq sbb byk bkongsi resepi..byk jg yg sy ikut cara akk masak..nti nk buat kuah kcg ikut resepi ni..arap mnjadi sbb xpnh buat..

    BalasPadam
  54. askm kak.. cili kring tu kena rbus bgi lembut dulu sblum blend ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak nak rebus pun tak apa. Rendam dalam air panas. Tapi seelok basuh dan rebus. Kita pun tak tahu macam mana cili kering tu disediakan. Bersih ke dsb

      Padam
  55. kak azie..ok ka..ganti gula merah.

    BalasPadam
  56. salam kak Azie, cantik warna kuah kacangnya, bagi saya kuah kacang yang simple macam ni memang lebih sedap, thanks kongsi resepi kak:)

    BalasPadam
  57. Saya cube resepi akak...thanks

    BalasPadam
  58. saya pengikut tegar & byk cuba mskn dr blog kak Azie.. memg best..kna dgn tekak sy & suami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Jangan lupa dpt kan buku resepi saya. one off jer tu. bila habis tak akan ada lagi

      Padam
  59. Salam kAk azi klu tk nk pedas mcm mne ye...ank sy tk mkn pedas..mcm yg jual kuah satay kt luar tu...Tak pedas..

    BalasPadam
  60. Akak...serai halia x payah guna ker

    BalasPadam
  61. Hi kak azie. sedapnya nampak. boleh tahu, resepi ni utk berapa orang makan?

    BalasPadam