Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam dan Lemang Jagung Cuti Hari Merdeka


Rendang Ayam Azie Kitchen

Hari ini saya masak Rendang Pedas Ayam untuk dimakan dengan lemang jagung yang panas panas, baru masak. Semasa kami ke gerai Lemang 3 Brothers yang berasal dari Parit sebelah tengahari, mereka sedang membakar lemang yang ditempah sahaja. Tapi sebab depa dah kenal dengan hubby, mereka bagi hubby bayar 2 batang. Tapi kami diberitahu yang lemang jagung akan dibakar sebelah petang selepas siap membakar semua lemang tempahan. Jadi hubby ke sana sekali lagi sebelah petang untuk membeli lemang jagung kesukaan saya.


Addoooi memang sedap sangat lemang jagung ni. Jagungnya manis, lemangnya lemak dan lembut serta tidak berkerat. Tapi rasanya lemang jagung sedap dimakan begitu sahaja. Macam tak kena pulak, untuk dimakan dengan rendang ayam. Jadi kami makan rendang ayam dengan lemang biasa jer. Kami diperkenalkan dengan penjual lemang ini oleh sahabat saya Datin Sharifah. Kebanyakan orang yang membeli lemang di situ perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Maklumlah lemang ni, kalau sedap pasti orang akan cari. 


Memang rezeki melimpah limpah untuk mereka yang menjual lemang. Lepas ni, nak cuba lemang yang dijual oleh Raja Halida,  sahabat saya pula. Beliau membakar menggunakan tong drum yang menjadikan lemang masak sekata dan tidak berkerat. Hati memang tidak sabar untuk menikmati keenakan lemang sahabat saya yang sekarang ni memang ligat mengambil tempahan kek, biskut dan kuih muih.

Resepi rendang ni, saya buat ikut cara yang mudah jer. Saya blend semua sekali kecuali daun kunyit. Sebabnya sambil memasak, saya membasuh ayam yang baru dibeli dan dalam masa yang sama memasak mee hoon goreng untuk tetamu hubby yang telahpun tiba di rumah. Jadi agak kelam kabut kerana tak mahu tetamu menunggu terlalu lama sebelum dijemput minum. Kalau ada yang baru belajar memasak berminat nak tengok resepi, boleh klik di SINI.


Rendang Ayam Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Rendang Ayam dan Lemang Jagung Cuti Hari Merdeka"

  1. Lmg jgg belah belah parit bota smg spesel .
    .ada kt situ je ...mmg sdp mkn mcm tu je..
    Org perak ni pon lm dh x jumpe ..ada lg k kt dapo k azie tu?hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha bangun pagi pagi, anak anak dah menanya pasal lemang dan rendang. mereka bersarapan dengan lemang

      Padam