Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Raya 2013 Tetap Meriah Di Villa Nur Qaseh





Gembira kerana melihat suasana raya di Nur Qaseh tetap meriah dengan hidangan dan juadah raya walaupun semasa ketiadaan saya. Alhamdulillah, kepulangan saya disambut dengan jamuan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan acar timun, lontong, roti jala dan kari ayam, nasi impit bersama kuah kacang dan lemang berserta rendang ayam dan rendang daging. Yang menjadi kesukaan saya ialah lemang jagung yang sangat sedap disediakan oleh penjual yang berasal dari Parit. Hahaha mestilah sedap sebab sama kampung dengan my hubby tuuu.









Selain lauk pauk, terdapat juga kek buah buahan dan biskut cornflakes yang disediakan oleh anak anak untuk hidangan tetamu yang datang berkunjung. 






Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu saya lafazkan. Malahan, hubby dan anak anak masih sempat mengadakan jamuan moreh, jamuan untuk malam takbir raya semasa ketiadaan saya. Saya sangat bangga dengan mereka. 





Akhir sekali, selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya dan keluarga untuk semua pembaca blog Azie Kitchen walau di mana berada di saat ini.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Raya 2013 Tetap Meriah Di Villa Nur Qaseh"

  1. Slmt hari Raya Aidilfitri buat Azie sekeluarga.
    maaf zahir batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya buat Mamasya dan keluarga. Semoga amalan kita diterima

      Padam
  2. Selamat hari raya Azie n family. Sempat jg update blog.

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Lemang ada jagung yer.. x pernah rasa

    BalasPadam
  4. Salam aidilfitri aunty :D

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Kak.. :)

    BalasPadam
  6. Hi Azie! Hope it is not too late to wish you and all family Selamat Hari Raya! I love all the food served at your villa :)

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya maaf zahir batin, rindu kat azie

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya Azie, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya buat Azie & family, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  10. Boleh tau Kg d bachok kt mana ya....kalau tak keberatan

    BalasPadam