Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Untuk Berbuka Atau Hidangan Raya?



Rendang Ayam Azie Kitchen


Semalam bila saya post di facebook yang saya telah siap memasak Rendang Ayam, ramai rakan rakan bertanya kalau ianya untuk hidangan berbuka atau untuk hidangan hari Raya. Maklumlah kalau kebiasaannya rendang disediakan untuk hidangan di hari raya dan bukan untuk berbuka. Hahaha tapi saya biarkan kawan kawan saya tanpa jawapan dan tertanya tanya. 

Sebelum kita meneruskan berkenaan rendang, ingin saya kongsikan antara petikan tazkirah Ramadhan oleh bekas Timbalan Mufti Perlis berkenaan keistimewaan Ramadhan di tanah suci. Antara lain berpuasa selama sebulan di tanah suci seolah berpuasa 1000 bulan. 

Manakala solat di Masjid Nabawi mendapat 1000 kali ganda dan Masjidil Haram pula 100000 kali ganda bersolat di tempat lain. Jadi jika berpeluang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan, dinasihati supaya memperbanyakkan ibadah seperti tawaf, beriktikaf, solat sunat, solat rawatib, berzikir dan membaca Al Quran sehingga katam yang seolah 100000 kali katam.

Ceritanya hari Ahad lepas saya memasak 3 kilo daging dengan menyediakan Daging Sekilo Bawang Sekilo di SINI dan Rendang Daging Perak Istimewa. Semasa sedang memasak, Nana masuk ke dapur sementara bersiap untuk ke hospital. Kalau dah dibuat rendang, pasti yang ditanya ialah ayam atau daging. 

Nana bercadang mahu membawa bekal untuk berbuka di hospital kerana ingatkan saya memasak Rendang Ayam. Namun akhirnya, dia bawa juga sedikit Rendang Daging setelah saya meminta dia membawanya. Anak anak saya ni memang menyukai lauk pauk berasaskan ayam. Kalau tak ada ayam, macam tak ada lauk gitew. Sama juga waktu bersahur, kalau dapat ayam goreng pun sudah cukup yang dimakan dengan nasi putih dan kicap. 

Jadi bagi melengkapkan hidangan keluarga, kali ini saya menyediakan Rendang Ayam pula. Saya menggunakan resepi Rendang Ayam Chef Hanieliza. Sebenarnya membuat rendang ni cukup mudah. Cuma sediakan bahan, kisar dan masukkan kesemua sekali ke dalam periuk. Pendek kata, sesiapa pun boleh memasak rendang lah. Lebih lebih lagi, dengan adanya kemajuan teknologi di mana resepi masakan dikongsi di sana sini. Ianya tidak lagi menjadi hak ekslusif anak anak yang ibu mereka pandai memasak. Kalau ibu tak berapa pandai memasak, agak sukar untuk anak anak belajar resepi dan mengorek ilmu dari orang lain. Saya sendiri sewaktu baru baru berkahwin, terpaksa mengorek resepi dari kawan kawan di pejabat dan menyalinnya di dalam buku masakan saya yang masih tersimpan sehingga kini. 


Rendang Ayam Azie Kitchen

Resepi rendang ini memang sangat ringkas dan lebih cepat disediakan. Kalau cara arwah mertua, bahan bahan akan dihiris nipis supaya kuah rendang lebih berserdak. Jadi ianya agak memakan masa untuk menyediakan bahan bahan. Namun begitu, ianya berbaloi kerana memang sedap rendang yang mempunyai bahan bahan hiris di dalamnya.

Jom kita tengok resepinya di bawah...


Rendang Ayam Azie Kitchen

Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor 
Gula
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api

Cara Memasak:-
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.




Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Sesuaikan rasa. 

Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.


Rendang Ayam Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Rendang Ayam Untuk Berbuka Atau Hidangan Raya?"

  1. Aduhai...bestnya rendang....

    BalasPadam
  2. yummy..mmg nampak sedap..

    http://hazinranamir@blogspot.com

    BalasPadam
  3. Rendang ni memang xperlu tunggu raya.. dapat makan dgn lemang ke ketupat wahlal sedapnya...

    BalasPadam
  4. dapat makan dgn pulut kuning pun sedap ni...

    BalasPadam
  5. waduh sedapnya kak azie..dh terasa2 kt tekak kita nih..perghh!!

    BalasPadam
  6. Makasih banyak untuk resep rendang padang diatas

    BalasPadam
  7. minta izin salin resipi, nak makan sama lemang esok..

    BalasPadam
  8. mohon simpan resepi ni ye, thanks

    BalasPadam
  9. Tq kak azie atas resipi yang sgt sedap ini..saya akan cuba..hmmm yummy..

    BalasPadam
  10. Sedap....saya dah cube ....hehehhe....tq kak azie....

    BalasPadam
  11. Sedap. Sayang baru je masak lauk ni makan ngan nasi lemak kukus. Rindu sangat makanan Malaysia

    BalasPadam
  12. Adussssss dapnyeee..!! Rendang dok atas kuali ni...x sabar nak tunggu bbuka ramadan terakhir 2014 ni...tqvm sharing resipi ni..

    BalasPadam
  13. macam sedap je nak try lah resepi ni
    hehehe

    BalasPadam