Masak Lemak Udang Dengan Nenas
Resepi ini saya belajar dari Intan, anak buah kami yang menyediakannya lauk ini semasa majlis tahlil arwah Bonda Mertua di Rawang tidak lama dulu. Walaupun saya suka masakan lemak cili padi yang bukan sahaja sedap, juga menggunakan bahan yang ringkas dan mudah disediakan tetapi saya tak boleh selalu menyediakannya kerana kesiankan Nelly yang tak tahan dengan masakan pedas. Jadi saya kenalah belajar resepi masak lemak yang tidak berapa pedas tetapi tetap sedap. Sebenarnya gulai lemak hari ini pun, dah terlebih pedas untuk Nelly. Rasanya lain kali, letak 2 atau 3 biji cili padi jer pun dah cukup. Jom kita tengok resepi dulu....
Masak Lemak Udang Dan Nenas
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg udang
2 biji bawang besar
6 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas
Santan secukupnya
1 asam keping (jika belum cukup masam) - tak letak
Gula
Garam
Cara cara:
Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup. Masakkan santan dengan nenas dan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai.
Masukkan udang, cili merah, bawang besar dihiris dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa. Angkat kerana jangan masak udang lama, nanti ia menjadi keras.
Siap untuk dihidangkan.
Nota:
saya sangat lapar memandang akan udang tu... owhhh.. tolong lah... saya tak bawa bekal nasi.. tapi kat luar hujan sangat lebat ni.. camne...?
BalasPadamooo tak tau plk ada org cmprkn ikan tenggiri dlm kuh gulai udang..
BalasPadamsedap tu kak tapi kalau lemak cili api tak pedas tak kaw..hehe
BalasPadamsalam k.azie...
BalasPadamwaaa tayang udang plk..dh la besar2...
sabar jer la..dh la ari ni posa...huhuhuh
Azie..u make me hungary he2..memang sedap lauk nie lebih2 lagi digandingkan dengan sambal belacan, ulam n ikan masin..wahlal.
BalasPadamsuhaila.
sedapnya lauk tu kak. terliur saya.
BalasPadamdill.
salam kak..
BalasPadambestnya masak lemak udang tu..sure sedap..
Salam,
BalasPadamSinggah promote Alat buang Duri Nenas
Salam Kak Azie..
BalasPadamLove ur blog...dah try ur Nasi Ayam resipi...mmg sedap! Hari ni nak try resipi ni pulak, in shaa Allah,
Selamat menyambut Ramadhan
udang je ada. Bahan-bahan lain pulak takde..nampak gayanya kena goreng je la udang ni..
BalasPadam