Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur


Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur

Seperti biasa kalau ke Pasar Taman Tun, memang tak sah kalau saya tak mencari baby bayam yang memang menjadi kesukaan saya selama ini. Ianya lebih segar dan sangat sedap berbanding dengan yang saya temui di kedai kedai runcit. Baby bayam ini saya hanya membuat masak rebus sahaja. Cukup sedap rasanya. Tapi rahsianya kenalah dibuat stock kuahnya menggunakan ikan bilis. Ikan bilis direbus lama lama supaya rasanya lebih sedap. Masukkan bawang merah yang dihiris.Biarkan ianya mendidih lama lama.


Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur


Setelah stok telah sedia, bolehlah dimasukkan baby bayam. Setelah hampir lembut, masukkan garam dan cili merah hiris. Jangan terlebih masak kerana ianya boleh menghilangkan khasiat sayur berdaun hijau yang sangat tinggi khasiat nya ini. 

Sayur ini boleh diratah begitu sahaja seolah menghirup kuah sup sayur. Cubalah, ianya sangat sedap dan yang paling penting sangat berkhasiat. Sesuai sekali dihidangkan samada semasa berbuka puasa ataupun semasa sahur kerana ianya tidak memuakkan.

Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur"

  1. Azie, I love baby bayam in soups too.

    BalasPadam
  2. kak...mas suka sangat masak bayam gini....sedapppppp sangat

    BalasPadam
  3. sedapnya...ni favourite sy jgk ni...

    BalasPadam
  4. saya pon suke bb bayam..selalunya buat sup sayor..kalau takde ikan bilis kak azie boleh guna udang kering..sedap..rasa natural..tak pyh letak perisa lain pon xpe..pastu mix dgn fishball nyamannn.. tak pyh mkn nasi pon ok :)

    BalasPadam
  5. salam puan..saya ada menyalin dan telah mencuba resepi nasi beriyani sedap dari blog puna...tkasih

    BalasPadam
  6. kita org kelantan mmg favourite mkn yg rebus2 gini kan kak...

    BalasPadam
  7. Teringat allahyarham ayahanda mentua, suka sangat makan sayur bayam gini untuk sahur.

    BalasPadam