Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tahniah Adik




Semalam kami ke Delicious lagi sempena meraikan Nelly yang telah diserapkan ke dalam perkhidmatan tetap. Tahniah buat Adik, semoga terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan maju jaya dalam karier yang diceburi. Oleh kerana Nelly juga mendapat kenaikan gaji dengan pelantikan ini, dia berhajat untuk belanja kami di mana mana restoran pilihan. Oleh kerana sekarang ini, saya nak mengurangkan makan nasi, jadi saya memilih Restoran Delicious. Memang saya sangat menggemari Spicy Seafood Spaghetti di Delicious yang sangat sedap. 





Oleh kerana birthday hubby pun sudah hampir tiba, Nelly mengajak ke Restoran Delicious di Mid Valley. My hubby memang tak suka ke sana kerana jalan sesak dan susah untuk memdapatkan parking. Jadi Nelly mencadangkan supaya mengambil service vallet parking sahaja. Memang sekarang kami lebih suka mengambil vallet parking kerana menjimatkan masa walaupun terpaksa membayar lebih. Seperti biasa bila ke Delicious, saya akan memesan makanan yang sama iaitu Spicy Seafood Spaghetti. Aween memilih Spaghetti Carbonara dan Hubby pula memilih Duck Confit Spaghettini. Nelly dan Juita seperti biasa tidak jemu jemu dengan Beef Lasagna.







Selepas makan, kami mula mencari hand luggage bag untuk saya serta hadiah untuk harijadi hubby. Sebenarnya dah lama kami tak bershopping bersama sama pun tapi melihatkan banyak sales di sana sini, maka banyaklah juga RM yang mengalir keluar. Penat berjalan saya mencari tempat untuk duduk seketika dan mencari minuman. Dari rancangan asal nak membeli hadiah harijadi, akhirnya setiap orang juga mendapat bahagian masing masing. Dalam hati berkata kata, lepas ni, kenalah juga belanja Boy dan Nana kerana kedua mereka tidak dapat apa apa hari ini. Biasalah naluri seorang ibu, sayang semua anak anak tanpa ada rasa pilih kasih walaupun mereka selalu mengatakan yang saya sentiasa melebihkan Aween. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Tahniah Adik"

  1. Alhamdulillah ;)
    Tahniah untuk anak akak:) Semoga sentiasa dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  2. Azie, your girls are lovely! Congrats to Nelly!

    BalasPadam
  3. Tahniah Nelly. moga terus berjaya dlm kerjaya!

    BalasPadam
  4. tahniah Nelly...
    Adda xpernah pun makan kt situ...
    Tapi tengok menu nya nampak sedap..

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada Nelly. Semoga berkhidmat dengan dedikasi.

    BalasPadam
  6. tahniah dan selamat bertugas ;)

    BalasPadam
  7. Tahniah nelly...semuga terus berjaya dalam kerjaya..amin..dan tahniah juga buat azie & hubby kerana kejayaan anak2 muga diluaskan lagi rezeki.


    suhaila.

    BalasPadam
  8. wahh...nampak furla glitter.. mesti mahal gile bag tu. best nye...*lap ai lio*

    BalasPadam