Red Velvet Cupcake Untuk Haliza
Sebenarnya telah lama saya tak membuat update berkenaan dengan tempahan kuih muih dan masak memasak. Saya juga terpaksa mengurangkan tempahan kuih muih yang diambil kerana dek kekangan masa dan tugasan, lebih lebih lagi menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba. Saya hanya akan mengambil tempahan sekiranya ianya bersesuaian dengan masa. Kadang kadang hubby bising juga kerana katanya bila dikira usaha dan penat lelah tidak berpadanan dengan hasil yang didapati. Tetapi demi minat, saya tidak mahu lah menghentikannya terus. Sekadar untuk mengasah skil dan bakat jer.
Untuk tempahan dari Haliza kali ini saya menggunakan resepi Red Velvet yang saya sangat gemari rasa dan teksturnya. Telah beberapa kali juga saya menyediakan kek dan Brownies menggunakan resepi ini. Boleh lihat di SINI dan di SINI. Sewaktu Liza bersama Intan dan Azrul sampai, saya sedang bersolat, jadi agak lama juga mereka menunggu. Walaupun baru pertama kali bersua, terasa sangat mesra seolah telah lama saling mengenali. Jangan serik untuk datang lagi ya, Liza.
Hari ini hujan sangat lebat dan seolah mengerti dengan masalah jerebu yang sedang dihadapi negara kita. Jadi bila tiba di rumah, hari sudah gelap. Jadi gambar hanya sempat diambil ringkas sahaja sebagai kenangan. Jom kita tengok resepi di bawah yang saya letakkan sekali lagi untuk memudahkan rujukan di masa hadapan. Saya menggunakan 1 1/2 adunan untuk cupcake yang disediakan ini.
Red Velvet Cupcakes
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Azie, I always admire you red velvet cakes and cupcakes. I must make an effort to bake it one of these days.
BalasPadamDear PH,
PadamRed Velvet is always my favourite cake in addition to butter cake.
Terima kasih puan azie sbb sudi terima tempahan dr saya..sedapp cupcake.. :)
BalasPadamassalammualaikum akak.
BalasPadamsaya nak tanya skit.adunan yang akak buat ni.berapa biji cup cake yg boleh kita dapat sekiranya guna saiz cup yg akak guna tu..
tq akak. ;-)