Celakalah Si Pemakan Riba
Celakalah manusia yang memakan riba, apalagi ianya dilakukan secara paksaan dan samseng. Di dunia ini, jika kita rasa diri sangat berkuasa untuk menggunakan kekasaran, silakan lah kerana kita akan diperlihatkan balasannya sementara nyawa masih di kerongkong di saat sakaratul maut. Berapa lama lagi masa kita akan menghadapi detik itu? Kiralah sendiri, kerana baki usia yang semakin singkat setiap hari. Bila rumah menghalau pergi dan kubur pula melambai lambai ke mari.
Hukum Riba Nasiah yakni pertambahan yang diperolehi oleh orang yang memberi hutang akibat penangguhan bayaran semula. Dengan kata lain pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan adalah sangat jelas sekali hukumnya. Al-Qur’an menjelaskan tentang riba, pada surat Al-baqarah:275 dan ayat inilah yang menjadi hukum mengenai status riba
الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Orang-orang yang makan (mengambil) riba[174] tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila[175]. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.(Al-Baqarah:275)
Kalau petikan di atas adalah syarat riba yang dikenakan semasa pinjaman dibuat dan dipersetujui, bagaimana pula dengan kes orang yang menggandakan bayaran hutang atas alasan lambat dibayar dari tempoh yang diberi dan sebagainya? Pasti lagi dasyat kerana ianya adalah jelas haram kerana melibatkan kezaliman, penganiayaan dan penindasan walau apapun sekali alasannya, hukum di sisi Allah adalah jelas menanti si pemakan riba.
Sebenarnya pemberian pinjaman adalah berupa satu pertolongan kepada yang memerlukan dan ganjaran pahala yang dijanjikan adalah sangat besar. Jika seseorang di dapati tidak mampu membayar dan si pemberi hutang menangguhkan atau menghalalkan pembayarannya, lagi besar ganjaran yang menanti jika ianya dibuat secara redha kerana Allah Taala. Tapi sayang sekali kerana dari sepatutnya mendapat pahala kerana menolong, akhirnya bertukar menjadi dosa sehingga kekal di dalam neraka kerana mengenakan riba.
Ianya adalah berbeza dengan hukum berjual beli di mana menjual barang secara ansuran dengan harga lebih mahal berbanding dengan bayaran tunai yang diharuskan (dibolehkan) dan tidak dikira sebagai riba. Syaratnya mestilah diketahui kadar dan tempuh bayaran dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli sebelum pembelian bermula.
Catat Ulasan for "Celakalah Si Pemakan Riba"
Add your comment