Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apa Menarik Di Restoran Pelita?




Hari ini saya nak kongsikan salah satu daripada makanan kegemaran saya. Apa dia tu? haa sabar sabar, kita buat mukaddimah dulu. Saya mula mengunjungi Restoran Pelita selepas Fariza Che Long, rakan sepejabat memberitahu yang dia kemaruk sotong bertelur yang dijual di situ. Dari  situ, saya mula mengunjungi Restoran Pelita di Kelana Jaya sehinggalah cawangan Subang Jaya dibuka. Memang susah nak cari sotong bertelur di tempat lain tapi setakat ini, kalau ke sana memang akan ada sotong yang bertelur. Tapi hari ini macam kurang bernasib baik sebab sotong yang tinggal hanya mempunyai telur yang kecik sahaja.




Telur sotong di sini lain dari telur sotong yang dijual di Restoran Nasi Kandar di Penang di SINI. Kalau di Penang, telurnya bulat bulat kecil. Di Restoran Pelita, ianya memang dijual bersama sotong. Rasanya pun lain, mungkin dihasilkan oleh jenis sotong berbeza kot. Tapi inilah telur sotong yang saya gemari. Perghh kalau dibuat ketupat sotong menggunakan sotong bertelur, lagi lah meletop. Tengok entri ketupat sotong bertelur saya di SINI. Huhuhu kalau setiap hari dapat makan satu ketupat sotong selama sebulan pun, hatta setahun, saya tidak akan pernah jemu, apalagi jika ianya menggunakan sotong bertelur...





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Apa Menarik Di Restoran Pelita?"

  1. pengsan zila tgk sotong ni azie..zila xbrani mik sotong kalu g kedai mamak..skali penah kena mahal sungguh seketui je pun..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..ishhhh bila tgk sotong bertelur kat sini...terussss terliur..lama plak rasanya tak jumpa sotong bertelur kat sekitar shah alam ni...Kat area saya lah...may be shah alam area lain ada kotttttt

    BalasPadam
  3. Salam
    menarik ye makanan2 kat sini...dari cari mee kari terus ke nasi ayam n dah melarat2 hehehe...apa2 pun folo n salam kenal kak

    BalasPadam
  4. saya tak pernah cuba sotong dekat restoran pelita, teruja pulak nak mencuba bila akak kata sedappp :)

    BalasPadam
  5. KakAzie,

    Kalau pi Penang tak makan Nasi Kandar ngan telur sotong tak lepas namanya..
    Memang kena makan gak sebagai pelengkap nikmat ;-)

    ps: Aduhhh kakAzie, dimanakan kucari teloor soton kat sini??

    BalasPadam
  6. Salam puan...sebenarnya saya baru mengenali blog puan ni. dah jadi ketagih pula, setiap hari nak baca. Bila tak ada entri baru, rasa macam frust. kalau setiap hari ada entri baru, sukanya saya. bahasa puan apabila bercerita tentang makanan sangat mengingatkan saya tentang buku resepi Datuk Zakiah hanum, mantan pengarah arkib negara kita dulu. Saya sangat suka bila Datuk bercerita tentang anekdot setiap resepi yang beliau masak. Malangnya semasa berpindah, buku berkenaan hilang dari simpanan.Tiba-tiba saya terjumpa blog puan.Lenggok bahasanya amat mirip dan saya jatuh cinta dengan blog ni.

    Untuk pengetahuan Puan, telur sotong yang puan makan dikedai mamak yang resepinya hanya telur saja tu adalah telur sotong katak. Bukan sotong yang ni. Memang la bentuk dan rasanya berlainan. Dulu kat tempat saya, ada dijual telur sotong saja tapi sekarang dah jarang atau dah tak pernah lihat lagi. agaknya semuanya mamak dah borong.

    BalasPadam
  7. assalam...

    kepada sesiapa yg teringin untuk makan sotong bertelur seperti gambar di atas boleh pergi je ke Nasi Kandar Pelita yang terletak di KLCC. Kebanyakkan sotong2 di sana memang berserta dgn telur sekali....nak senang lagi suruh je mamak2 tu tolong pilihkan sotong yang ada telur.....harga untuk seekor sotong biasanya RM3 - RM3.50 bergantung pada saiz...

    BalasPadam
  8. Salam k azie..mmg terlior bila bc ayat2 power pasei sutun ni..akak mmg terer taww! Tp serius x brani ambik sotong kt kdai mmk..lauk lima bintang tu!

    BalasPadam
  9. Sotong kat Sibu murah aja Satu kilogram RM4.00 aja, tu yang orang Semenanjung terperanjat kalau beli sotong kat Sibu ni.

    BalasPadam
  10. Sotong kat Sibu Sati Kilo RM4.00 aja

    BalasPadam
  11. wau nampak sedap lah semua sotong tu..nyum nyumm :)

    BalasPadam
  12. Mencari telor sotong , ketam lembut, udang lipan & telor ikan tuna belum pernah rase cube beli dulu pasti tidak akan menyesal
    berminat boleh pm/whtsap sy di
    012-6323635
    stok sangat limited kerana terlalu banyak permintaan
    jika berminat untuk menjadi sub- agent di kawasan anda blh pm/whtsp sy
    012-6323635

    BalasPadam