Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Anak Burung Teduhan Kasih






Ini adalah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Saya memang anak kampung yang gemar merayau ke kawasan hutan dan sawah untuk mencari burung dan juga anak anak ikan laga. Memang saya berkawan dengan budak budak lelaki di kampung saya kerana budak perempuan sebaya saya hanya ada 2 orang dan mereka pulak dikawal oleh ibu bapa mereka.

Kenangan menemui sarang burung di hutan adalah amat menyeronokkan. Di bawah adalah gambar pokok bunga yang terletak di tempat kereta rumah kami di Subang Jaya. Kali pertama burung datang bersarang ialah sekembalinya saya dari mengerjakan umrah pada tahun 2004.

Setiap hari sebaik balik dari pejabat, saya akan mengintai burung di sebalik tingkap. Hati rasa sangat terhibur mendengar burung berkicauan. Saya mengikuti perkembangan burung ini setiap hari dari ianya mula membuat sarang, bertelur, menetas dan sehingga anaknya membesar dan dibawa pergi.  


Anak anak burung ini hanya akan diam sahaja dan hanya akan berbunyi apabila ibu burung datang membawa makanan. Seronok tengok anak anak burung membuka mulut dan ibu burung akan memasukkan makanan terus ke dalam mulut anaknya.




Sekarang anak anak burung telahpun tumbuh bulu yang kasar kasar. Ibu burung akan sentiasa mengawasi dan akan mula menghampiri apabila melihat saya cuba mengganggu gugat anak anaknya.




Bulu sudah mula memenuhi badan anak burung dan mata pun sudah mulai celik. Saya curi curi mengambil gambar dengan mengangkat tinggi tinggi kamera dan snap gambar anak burung yang tengah menunggu kepulangan ibu burung.




Sebaik balik dari kerja, Sri Handayani Pembantu Rumah saya memberitahu anak burung telah tinggal seekor. Seekor daripadanya telah cuba untuk terbang dan terjatuh dari sarang. Bila Rizky nampak anak burung, dia pun menggonggong dan membawa masuk rumah. Rizky memang tak makan selain dari pallet tapi agaknya dia pun rasa pelik tengok anak burung. Kesian, tinggallah anak burung ini keseorangan dan bayangkan bagaimana perasaan ibu burung bila balik dan tengok seekor anaknya telah hilang. Memang agak bising bunyi ibunya seolah mencari cari anak yang hilang.





Ini adalah hari yang menyedihkan kerana ibu burung mula membawa anaknya terbang bersama. Dari sarang anak burung dibawa terbang dan hinggap di pokok mangga depan rumah. Di sini, saya melihat ibu burung seolah sedang mengajar anaknya apa yang perlu dibuat. Agak lama juga anak burung berada di sini sebelum mula terbang. Dari hari itu, tiada lagi aktiviti saya yang skodeng anak burung sebaik balik dari pejabat.




Namun begitu, di rumah kami ini pulak, banyak burung singgah untuk membuat sarang, bertelur dan menetas. Setiap pagi saya akan mendengar kicauan burung dari bilik saya. Memang awal pagi burung burung ini sudah keluar dan balik dengan rezeki masing masing. Teringat pesan Ustaz, kesemua makhluk akan memohon syafaat kepada kita seperti bunyi katak yang berbunyi di malam hari selain dari pokok pokok. Saya berdoa semoga kehadiran mereka tidak memberi mudarat kepada kami atau merosakkan rumah tetapi memberi hikmah rezeki dan rahmat kepada kami sekeluarga. Ameen.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Anak Burung Teduhan Kasih"

  1. entah kenapa rasa sedih pula bila tahu salah seekor anak burung tu jatuh, sedih tentu perasaan si emak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seri
      Sebagai ibu, kita boleh rasa perasaan ibu burung tu kan

      Padam
  2. Assalamualaikum,

    Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info Terima kasih.

    Terima kasih

    BalasPadam
  3. Tengok burung mmg rasa bahagia, lebih2 lg kalau nmpk berterbangan. Namun bila di kurung, akk rasa sedih, dunia dia mengecil.
    Mudah2an burung2 ini mmbawa rezeki pd azie sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Ada kisah ttg burung jga d mana ank sy mgadu 3ekor burung sdang trbang ttpi sekor mati kerana trlanggar cermin dpn ketenya..ank berasa sdih n brsalah n mbygkan betapa 2ekor lg mesti sdih krn kehilangn kwn secara mgejut...lebih2 ketika itu mgkin mrk sedg brmain dgn gembiranya..d tempt keje sy setiap pkul 10 keats akn ada 2ekor brtenggek d salur paip tepi tingkap seronok melihat mrk, n kdg2 sy mgusik mrk dgn bunyi2an namun lepas cti sakit yg lama sy lupa pd mrk n rasanya mrk dh lama x mjenguk kami...bila trbca kisah azie bru sy tringat mrk smula

    BalasPadam
  5. kitaran kehidupan. seronok membacanya. sy kecik2 dulu pun lasak, sibuk tangkap ikan sepat kat parit yg cetek...

    BalasPadam