Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Bakar Pandan Lagi





Kek Bakar Pandan Azie Kitchen


Hari ini saya mahu kongsikan berkenaan dengan Kuih Bakar Pandan, iaitu salah satu dari kuih kegemaran saya yang disediakan pada hari minggu yang lalu untuk dibawa ke rumah Dato Salehuddin. Memang kami dalam ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga sering berjumpa dan bermesyuarat bagi membincangkan aktiviti aktiviti alumni dari masa ke semasa. Oleh kerana perjumpaan selalunya dibuat di rumah Dato Saleh, rasanya elok juga kalau saya membuat sedikit buah tangan. Dalam memikirkan apa yang hendak dibuat, tiba tiba teringatkan kuih bakar yang memang kegemaran saya terutama di bulan Ramadhan. Setiap hari di bulan puasa, saya memang akan membeli beberapa biji kuih bakar pandan yang dibakar dalam acuan bahulu kemboja. Bila dibakar di atas dapur gas, kuihnya masak cantik jer berbanding dengan kuih yang dibakar dalam oven.
  


Kek Bakar Pandan Azie Kitchen



Saya memilih Kuih Bakar Pandan kerana ianya lebih mudah disediakan berbanding dengan kuih lain. Kalau kuih muih yang susah itu, memang saya tak larat. Maklumlah saya baru jer baik dari demam selsema yang teruk sejak hari jumaat yang lalu. Selepas makan ubat pulak, badan saya akan menjadi sangat lemah sehingga badan menjadi menggigil. Rasanya ubat ini memberi kesan mengantuk. Tapi itulah kalau ubat mengantuk, kena ambil 3 kali sehari maknanya, saya kena berehat jer lah sepanjang hari.


Kek Bakar Pandan Azie Kitchen


Saya pernah menggunakan resepi ini dulu, memang sedap. Boleh klik di SINI untuk melihat hasil yang saya sediakan dulu. Selain resepi ini, ada lagi resepi yang hampir sama tapi tak serupa yang juga sedap. Klik di SINI. Kadang kadang susah untuk saya menentukan yang mana lebih sedap. Lain lah kalau ianya disediakan pada hari yang sama, barulah boleh dibuat perbandingan. Jom layan resepi dulu....



Kek Bakar Pandan Azie Kitchen

Kuih Bakar Pandan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair 
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau - saya guna pes pandan
Sebagai hiasan - sedikit bijan

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
Blender hingga sebati. 

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).


Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak @ garing bolehlah tambah masa membakar. Saya bakar selama 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak.



Kek Bakar Pandan Azie Kitchen



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

35 ulasan for "Kuih Bakar Pandan Lagi"

  1. Salam Pn. Azie,
    Pagi2 saya dah search blog ni, bukannya ape bila saya ada masalah blog ni boleh release my stress. I'm enjoyed & love your story. Rasa mcm dah lama kenal je...hehehe. Salam perkenalan walaupun as a silent reader tp cukup buat saya mengenali Kak Azie dr negeri cik Siti Wan kembang ni...Syuhaida Binti Loob.

    BalasPadam
  2. Azie, this is one of my favourite Malay kuihs and I have many favourites! I have been following your posts but been so busy lately. On your PRU 13 post I salute you and hubby for taking the trouble to go back to hometown to vote. Which ever political sides we are are on, friendship and unity prevails.

    BalasPadam
  3. Alahai...pepagi lagi dh teremosi yer... sabarlah Azie... manusia memang begitu tak senang tengok orang lain senang... kita doakan semoga Allah beri dia petunjuk dan hidayah...
    ops! sedap tengok kuih bakar banyak bija tu... wangi jer kan bau bija kena bakar... ermmmm pasti sedap... saya suka kuih bakar...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum azie....saya dr sabah.slalu mengintai n3 azie yg bagi saya menarik terutama keikhlasan azie utk berkongsi ilmu...bnyk yg saya belajar.t.kasih...budi mu puan hnya Allah sj yg dpt mmblsnya. Slm ukhuwah dr saya..

    BalasPadam
  5. assalam kak, saya dah try resepi akak ni dan memang sedap.mintak izin dan halalkan resepi2 akak saya cuba, antaranya nasi kerabu dan kuih pandan bakar ni, mmg sedap dah 3 kali buat.
    memang ada kak jenis manusia yang pelik, niat kita kadang tu baik dan tak membawa apa2 maksud nak sakiti orang namun lain pula penerimaan manusia.
    Yang penting pandangan Allah kan, insyaAllah semoga kita semua dipelihara olehNya. Thanks kak

    BalasPadam
  6. Assalam Kak Azie.. lama betul tak menyinggah.. :) lately saya memang selalu follow kak azie punya post kat fb..(silent reader...hihihi) tu yang jarang singgah kat blog. sy memang respek k.azie! macam yang Phong cakap tu.. ke sana ke mari kerana menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.. :)

    yang perempuan kat FB aritu dah minta maaf belum kat akak? saya memang pantang juga kalau ada yang tak reti nak hormat hak orang lain... yang buat akak emosi ni orang yang sama jugak ke?? sabarlah kak.. nanti kalau dia baca post akak tu..harap2 dia sedar.. ok. chill. :)

    BalasPadam
  7. As salam dear....

    Apa yg su boleh cakap pd azie bky2 sbr ya...ada org yg tak blh tgok org lain senang & bahagia...kata Prof ustazah muhaya org mcm ni ada keladak dlm hati dia..jagalah skt bahasa kita bila beri komen dan jagalah hati org yg nk di kata (PLS PUT URSELF IN PEOPLE SHOES), mcmana pulak eh rasanya klu org lain kutuk dia tentu melenting kot.. mdh2an Allah berikan petunjuk pd org2 mcm ni..Hairan kan azie, klu tak suka jgnlah jengah or baca blog u he2..suka hatilah blog u nk ckp apa kan azie..tentu azie ckp ada aku kisah he2 betul tak azie..jgn patah semangat k trskan menulis ramai lg yg support and love ur blog. semuga azie cpt2 sembuh k.

    Love
    suhaila

    BalasPadam
  8. kak azie,

    abaikan aje org yg mcm tu..

    BalasPadam
  9. Salam Azie! abaikan je komen tu! I ingatkan blog politik saja yang selalu kena hentam... rupanya blog keluarga pun kena juge...

    BalasPadam
  10. saya suka blog akak bnyk resepi menarik

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Azie,,muga akk sihat dan dijauhi segala penyakit.Dah pulih sepenuhnyer ke kak dari selsema,Banyakkan rehat dan minum air masak.Saya baca dlm fb yang Mlysia sekarang panas,tapi disini lagi panas kak.Sekarang baru bulan 5 tapi dah cecah 39darjah..Tak tahu la nanti june,july &august.Kalau tahun 2 sudah kalau keluar rumah dlm bulan 7 tu,,haa macam ddk depan bara api..
    Kebiasaan ramai yg balik Mlsia masa tu sbb cuti sekolah 2bulan.

    Sorry kak bercerita sikit ari ni..Esok nak cuba buat resepi baru kuih bakar pandan ni.Tadi baru jer habis kuih bakar yg dari resepi lama akak.Itu pun dah sedap..

    Ttg komen yg negative tu kak,masuk telinga kanan keluarkan telinga kiri..jgn bagi simpan dalam hati..

    BalasPadam
  12. as salam, akak byk2 sabar k. ignore org camtue.. dlm hati kita sebut jer alhamdullilah.. dan doakan moga hati wanita itu.. terbuka utk mohon maaf. akak jaga kesihatan jgn pikirkan sgt.. teruskan share petua2 dan resepi best2 ya.. moga akak lebih murah rzeki.. amin.

    BalasPadam
  13. slm kenal kak azie...dah lama join blog kak. tq for sharing!

    ~yati~

    BalasPadam
  14. slm. saya baru saya ikuti blog akak ni. yela..baru belajar2 nk masak.hihi. kuih ni saya panggil bengkang hijau. mak saya selalu buat dulu sbb family kami semua suka. thanks sbb ingtkan saya tentang kuih ni. nak try resepi akak ni. xsabar plak..maklumlah bulan puasa. hihi.

    http://qissmemummyhealthy.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  15. Thanks dear. Seronok rasanya dpt kongsi resepi nie. Ptg nie mesti nk cuba utk juadah berbuka puasa. :)

    BalasPadam
  16. BONE STEAK / SUP TULANG MERAH

    5kg tulang kambing / ribs lembu.
    Rebus tulang/ribs hingga 2 jam dan buang air rebusan tersebut.(kurangkan kalestrol)

    Rebus semula daging dgn air panas, masukan 5 batang serai diketuk (rebus hingga lembut)
    Air panas bagi mengelakkan daging susah nak lembut.

    Bahan utk di kisar.

    Bahan A
    Rm 1.00 Lada kering
    5 buku bawang besar
    3 buku bawang putih
    3 inci halia
    I sudu makan jintan halus
    1 sudu makan jintan kasar.

    Bahan B
    1 botol sos kecil tomato
    ½ botol sos cili kalau suka pedas
    4 sudu sos tiram
    1 cawan tpg. Gandum + 3 cawan (pekatkan kuah )

    3 biji Kentang potong kuib
    2 btg karoot potong kuib

    Untuk hiasan

    ¼ buku Kobis potong halus
    1 tin kecil Kacang peas
    Bunga kobis potong kecil di celur.

    3 buku Roti perancis beli kat giants lebih kurang RM1.29 (roti panjang)

    Cara2 masak

    1. Tumis bahan A hingga wangi,

    2. kemudian masukkan bahan B masukkan semua sos kecuali tpg gandum tumis b hingga masak baru masukkan kentang dan karot. jgn lupa garam

    3.Biar agak empuk, kemudian masukkan semua bahan ini kedalam rebusan daging,

    4. setelah sebati masukkan tpg gdm dan kacau cepat2 supaya tidak bergentil

    5. Rasa dan selamat mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq for sharing..resepi ni sy dah Cuba 3 Kali memang jadi..cuma gula sy kurangkan..tq kak utk azie utk resepi Nye..moga dimurahkan rezeki

      Padam
  17. assalamualaikum... kak, jadikan leteran kali ni yg terakhir pasal watak2 antagonis tu. jgn risau pasal pembaca lain2. yg tu serah kat Allah jer. Bukan apa, jaga status kita. supaya tak setara dgn antagonis itu tadi. Saya masa budak2 dulu jer agak terkesan dgn kutukan org. makin tua makin kebas. saya sajer jer ni, sambil2 mengintai resepi orang. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Terima kasih. Saya dah edit bagi tone down

      Padam
  18. assalamualaiku....kak,rinie saya baru nak test resepi akak...harap_harap menjadi... lgpun kuih akak nampak sedap sangat....

    BalasPadam
  19. Kak...klau lembik kuihnye nape? Ke lepas bakar biar sejuk baru potong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sukatan tepat, ianya tak blh jd lembik. Bila sejuk akan lebih keras.

      Padam
  20. Salam puan azi
    Mcm mana cara nak buat pes pandan ye?puas dah google tp xjumpa..
    Mohon tnjuk ajar
    Tqvm dan semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga

    BalasPadam
  21. Salam kak azie..sy baru nk cuba buat kuih ni...dan sy nk tanye kak azie bakar atas dapur atau dlm oven kuih ni...?time kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yng ni bakar dalam oven. Kalau nak garing di sekeliling, bakar dalam bekas bahulu kemboja dsn bakar atas dapur gas dulu sehingga nampak garing, baru pindah ke dalam oven

      Padam
  22. Saya baru lepas cuba resepi ni. Thanks for sharing. :)
    Salam dari USA.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Azie, saya nak mintak share resepi kuih bakar ni tapi boleh bsgitau tak adunanan ni utk berapa besar liyang nyer yea? Ada tak dlm 8"!!
    Terima jadih Azie.������

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Kak..

    Saya salah satu pembaca blog akak dah lama tapi baru hari ni nak cuba resipi ni buat pertama kali setelah sekian lama mengikuti akak!

    Tapi skrg ni sedang buntu.. Hehe. Loyang saiz apa yang harus saya gunakan untuk kuih bakar ni kak?

    BalasPadam
  25. Saya mohon share yer k.azie. sblm ni sy byk jugo intai resepi dr k.azie terutama sekali kek. Saya ni bdk baru blajar baking jd suka sgt tgk blog k.azie. nanti nak vuma buat kuih ni la lak.kuih feveret time puasa ni. Hehe. Tq k.azie

    BalasPadam
  26. Salam kak, api tu atas bawah atau atas sahaja? one more thing nak buat air pandan tu rebus daun pandan sehingga jadi cam mana ehh? tq kak,lama tak makan kuih ni, salam dari Melbourne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Guna api api atas bawah. Nak buat air pandan cuma perlu kisar daun pandan dg air sahaja. Lepas tu tapis

      Padam
  27. Sedapnyer ...Kak Loyang size ape yer?

    BalasPadam