Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuantan Part 2: Makanan Laut Celup Tepung Di Tanjung Lumpur






Selepas bangun dari tidur, hubby terus bersiap siap untuk menghadiri mesyuarat di pejabat lagi. Saya dan anak anak menyambung projek bergayut kat hp, kat ipad dan kat lap top. Haaa keluarga moden gitu lah cara beramah mesra semasa cuti. hahaha. Dalam pukul 6.00 petang hubby menelefon bertanya kalau kami ingin ke mana mana. Mula mulanya jawab tak mahu, tetapi cepat cepat bertukar fikiran bila teringatkan keropok lekor dan sata. Apalagi cepat cepat bangun bersiap dan turun menunggu hubby di lobi hotel.

Destinasi kami petang ini ialah ke Tanjung Lumpur untuk menikmati makanan laut celup tepung. Tanjung Lumpur memang terkenal dengan restoran dan gerai gerai yang menjual makanan laut. Macam macam ada dijual, cuma sotong dan ketam celup tepung sahaja yang telah kehabisan. Maklumlah kami tiba pun sudah agak lewat dan memang ramai pelanggan sedang menikmati makanan laut di situ. Kami memesan udang celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor dan pelbagai gorengan lagi. Tidak lupa sata yang dari dulu tak dapat makan, gara gara dah terlepas Bukit Geliga. Boleh klik di SINI. Bagai membalas dendam, kami pesan 20 biji sata. Harga makanan di sini pun sangat berpatutan. Udang goreng celup tepung itu, hanyalah RM4 untuk satu cucuk dan sata pula, 5 ketul hanya RM2.  







Biasanya percutian pada kami adalah percutian sambil shopping atau percutian sambil makan makan. Ya ampuun esok tak nak lagi makan makan sebab saya dah slim sikit sejak banyak makan buah buah. Tiap hari pasti saya akan makan sebiji buah orange. Bila badan kita slim, keyakinan kita lebih bertambah. Tolong tolong jangan bagi kita makan banyak lagi tau....Tengoklah baru hari pertama, agendanya makan makan dan makan jer ni. Klik di SINI untuk entri sebelum ini.




    
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Kuantan Part 2: Makanan Laut Celup Tepung Di Tanjung Lumpur "

  1. Dulu2 masa lami tinggal kt kuantan mmg setiap minggu akan ke tanjung lumpur cari keropok lekor & seafood celup tepung. I selalu beli kt gerak Mok Naa. Kalau nk mkn ikan bakar pulak kami selalu ke ana ikan bakar petai yg kt tepi laut tu. Kt situ I tak pernah miss order ikan bakar petai & sotong celup tepung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas makluman. Insya Allah malam ni kami nak ke gerai Ikan Bakar Petai

      Padam